Orang Bergaduh Aku yang Menang.

Aku dah lama nak bercakap pasal penama EPF dengan suamiku tetapi selalu tertunda....bukannya aku tak ingat ke apa tetapi aku dah masak dengan sikap suamiku yang jenis egois ni.Kalau di tanya dia selalu buat tak tahu...kalau sekadar buat tak tahu saja tak apa lah tetapi dia selalu sinis dengan jawapannya kadang2 boleh rsa kecil hati dan menyedihkan.Ada suatu ketika dulu selepas mendengar nasihat dari kawan, aku pernah bertanya pada suami samaada dia namakan ibunya pada pewaris dan kalau ya lebih baik di tukarkan kerana ibunya sudah meninggal dunia dan aku beri beberapa alasan yang aku tahu. tetapi jawabnya kalau dia pula yang meninggal dan isteri pula yang kahwin lain macamana?

Sejak hari itu aku sudah tidak bertanya apa2 lagi mengenai EPFnya.Cuma aku akan sedapkan hati ku dengan berkata Aku berserah pada Allah yang akan tentukan segala2nya buat aku dan Dia Maha Mendengar segala keluh kesah ku.

Kadang2 rasa menyesal juga berhenti kerja dulu tetapi apabila difikirkan faedah2 lain seperti aku boleh rileks di rumah, tidak perlu kena marah dengan majikan,tidak letih dan stress bekerja aku terima dengan lapang dada.Suatu perkara yang amat ketara dengan sifat lelaki ini ialah perubahan watak sebelum dan sesudah mereka mengahwini orang yang mereka cintai.Biasanya sebelum berkahwin mereka nampak seolah2 seperti seorang lelaki budiman tetapi akan berubah seperti seorang majikan mengarah pekerja .Jarang sekali mereka mahu menghurmati pendapat seorang isteri apatah lagi menerimanya bulat2.

Banyak perkara yang berlaku di dunia ini kadang2 tidak terjangkau dan terfikir dek akal ku .Kadang2 ia boleh berlaku.Dalam satu soalan kadang2 mempunyai dua jawapan kadang2 sepuluh. Dan kenapa kita terima satu sahaja jawapan dari sepuluh jawapan yang ada. Kenapa kita tidak boleh menerima jawapan orang lain selain dari yang ada di dalam kepala otak kita.

Otak kita selalu berfikir dan kita jarang dapat menyimpannya di dalam linkungan pemikiran kita sahaja. Buah fikiran harus di keluarkan. Walaupun kita tidak memaksa orang lain menyetujuinya tetapi lebih kepada mahu semua orang mendengarnya atau sekurang2nya memahaminya.Apabila tidak di terima di sinilah akan terbentuk rasa tidak puas hati dan pertelingkahan.Perkara yang kita selalu abaikan ialah sifat mengelak dari mendatangkan perasaan marah orang baik apabila kita bercakap atau melakukan sesuatu.Lebih tepat lagi ialah menjaga hati.

Menjaga hati bukan lah satu perbuatan yang mudah dan ia bukan seperti melakukan kebaikan untuk mendapat imbalan seperti mengampu.Kadang2 kita tidak termampu untuk menjaga hati semua orang dan pada banyak hal pula hati kita akan sakit.

Lagi satu penyebab pertelingkahan ialah apabila jumlah manusia semakin bertambah maka bibit2nya lebih kerap terjadi. Sebelum berkahwin tiada timbul sebarang masaalah dengan pasangan atau anak2 . Penambahan angka ini juga berlaku pada saudara2 kita seiring dengan peredaran masa apabila mereka meningkat dewasa dan berumah tangga.

Sewaktu di Taiping dulu seperti biasa mak mertuaku yang baru(mak mertua yang asal sudah meninggal dunia) mengadu itu dan ini padaku...kemudian kakak iparku pula mengadu itu dan ini padaku .....Tuhan saja yang tahu siapa yang benar dan betul dan siapa pula yang salah. Patutlah Maha Suci Tuhan membenci pada Si Pengadu2 Domba ni kerana mereka lah penyebab orang lain boleh bergaduh antara satu sama lain.

Aku di luar rumah ketika aku mendengar suara suami bercakap dengan nada yang kuat melalaui telefon dengan kakaknya.Memang jelas semua butir percakapan suami dan suaranya macam orang berang. Dari dulu lagi suami memang pantang orang mengadu domba dengan nya. Aku rasa semua suami / laki2 pun tak suka dengar cerita remeh temeh seperti orang tu kata macam ni ,orang ni kata macam tu.

Aku masih ingat lagi kata2 suamiku melalui telefon tu..." Ya, apa salahnya aku bubuh nama isteri aku . Kalau aku mati nanti adake orang yang sanggup bela anak2 aku !"

Memangnya dari dahulu aku teringin sangat hendak tahu siapa penama EPF suami ku.Hari ini aku baru tahu dia tak pernah meletak nama sesiapa. Hari ini setelah hampir 26 tahun bersama baharu suami mahu dengar apa yang hendak aku katakan sepuluh tahun dahulu.Itu pun setelah dia tersedar manusia akan sentiasa bergaduh akan sentiasa tidak puas hati akan sentiasa berfikiran dia sahaja yang betul.Ada orang akan mengambil kesempatan atas pergaduhan orang lain . Ada orang baru tersedar setelah bergaduh.Bagi aku pula baru berjaya menyatakan buah fikiran untuk sekian lama.


Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH