Cerita pendek: SALAMAH

Sebut saja Hj Bahar semua orang kenal, taukeh jual ikan di pasar Kurau. Mana ada orang kampung yang boleh beli kereta macam dia atau bina rumah dua tingkat macam dia .Walaupun tanah tu Pak Husim yang punya tapi Pak Husim pun tak sekaya dia.

Kampung Raja bukan nya besar sangat , adalah lebih kurang 30 buah rumah.Rata2 nya orang kampung tu bekerja nelayan ,sedikit saja yang berniaga dan dua tiga kerat saja pesara termasuklah Pak Husim, tuan tanah kampung tu.

Pagi2 lagi Salamah anak gadis Hj Bahar sudah keluar rumah menunggu bas untuk ke sekolah di tepi jalan pinggir kampung.Uniform Putih yang di pakainya boleh nampak dari rumah Pak Husin yang terletak paling depan.

"Hoi! Salamah," jerit Latipah anak Pak Husim dari jauh.Sambil berlari2 mendapat kan Salamah.

Gadis ayu yang lemah lembut saling tak tumpah wajah ibunya menyapa,"Ada apa, Ipah?"

"Nanti bila kau lalu depan rumah dia, tolong campakkan benda ni ..." sambil menghulurkan bungkusan plastik yang terkandung sekeping envelop putih siap ada seketul batu kecil di dalamnya.

"Oh, kau nak bagi surat terbang ye ?" sambil mereka berdua ketawa.

"Oklah Salamah ,aku balik dulu nanti emak tercari2 pula," sambil melambai pada Salamah."Oh ya !jangan lupa petang ni kat tempat biasa !" jerit Ipah . Salamah hanya tersenyum manis.

Latipah anak Pak Husim dah lama berhenti sekolah.Tak mampu nak bayar yuran sekolah dan beli buku teks yang mahal.Lagi pun kata Pak Husim ,"belajar tinggi2 pun nanti menikah duduk kat dapur juga macam anak Lebai Seman tu."

"Mak, kesian Halimah kena paksa kahwin dengan Ustaz Zaki, jadi bini nombor dua pulak tu...Kalau Ipah jadi macam Limah ,mak setuju ke?" Ipah memancing soalan pada ibunya.

"Hati ibu mana yang suka anak dia bermadu tetapi mungkin juga Lebai Seman tu nak kan menantu orang alim..."kata ibu. "Kenapa? Kau pun dah gatal nak kahwen?"

Walau telinga Ipah berdesing dia masih mampu tersengeh2 macam kerang busuk.

Petang tu lepas asar Ipah dan Salamah duduk2 di atas bangku kayu bawah pokok jambu air yang terletak di belakang rumah Pak Husim.

" Mana Limah ni? Sejak nak kahwin dengan Ustaz selalu lambat!" rungut Ipah."Kesian abang Leman. Dekat lima tahun juga depa bercinta .Nak buat macamanakan dah tak de jodoh dengan Limah.Aku dengar Leman dah keluar kampung tak mahu balik2 lagi kesini."Ipah yang terkenal dengan mulut becuknya tak berhenti2 bercakap.Salamah hanya diam seperti berfikir.

Salamah gadis ayu dan pandai mengaji Quran berlagu. Dia belajar mengaji dari ibunya sendiri.Baginya ibunya adalah wanita yang tulen dan penyabar tetapi entah kenapa ayahnya sanggup kahwin lagi.Sejak ibu tahu badannya kurus kering ,makan hati.Ibunya ingin menghantar Salamah ke sekolah Agama tetapi di bantah oleh ayahnya yang beria2 mahu Salamah ke sekolah menengah Inggeris.Mahu lebih pandai dari orang kampung katanya.
Salamah terus dalam dunianya.

"Cik adik, boleh tumpang tanya.Jalan hendak ke stesen keretapi arah mana?"

"Itu depan tu lepas round about,"sambil ia menuding jarinya."

"Terima kasih ,dik." Dan kereta toyota bewarna biru terus berlalu.

Macam biasa hari itu Salamah terlambat bas yang sepatutnya di naikinya terlepas jadi dia terpaksa menunggu setengah jam lagi di perhentian tersebut.Dan ketika kereta toyota itu pulang dia masih berada tercegat di situ.Awan agak mendung seperti mahu hujan.

"Cik adik belum balik lagi?" sapa pemandu yang cuma tinggal seorang saja tu.Belum sempat Salamah menjawab dia terus bertanya ,"tinggal di mana?"

"Kurau." jawab Salamah ringkas.

"Marilah saya hantar, hari pun nak hujan."

Melihat air mukanya yang tenang dan lembut itu Salamah pun setuju.

"Hai, saya Hisyam. Tadi saya baru hantar kawan nak balik ke Butterworth.Saya baru saja kena posting kesini jadi tak berapa paham jalan. Dapat hantar Cik Adik ni boleh bantu saya kenal jalan baru. Oh ya! nama Cik adik apa?".

"Salamah."

Sepanjang perjalanan itu Salamah hanya banyak mendengar celoteh Hisyam yang bekerja di kementerian kesihatan sebagai pegawai .

"Berhenti di sini saja." pinta Salamah apabila kereta toyota biru itu sampai di depan kedai Ah Kow.

"Mana rumah Cik Salamah? Kalau Cik Salamah turun di sini selamat ke?" Salamah hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

Sejak hari itu Salamah tidak dapat lupakan Hisyam. Bukan kerana Hisyam ada kereta atau tubuh badan yang tegap dengan rambut yang kemas rapi tu tetapi kerana pertuturannya.Dia mengambil berat tentang diri Salamah.Dia tak pernah lihat ayahnya bercakap dengan lembut terhadap ibunya.Silap sikit kena tengking.

Hari itu hari terakhir peperiksaan Cambridge nya dia amat resah berdiri di stesen bas.Bukan kerana bas lambat datang tetapi dia risau lelaki yang bernama Hisyam akan terus lenyap.Mungkin juga dia hanya bertepuk sebelah tangan.Mungkin dia sahaja yang jatuh hati pada Hisyam .Di dalam dia tertanya2 tiba2 muncul kereta Hisyam .Hati Salamah berdegup kencang.Salamah seperti terpukau apabila di ajaknya ke suatu tempat.

"Boleh saya panggil awak Sal?"

Salamah angguk,masih malu2.

"Syam takut tak dapat jumpa Sal lagi sebab hari ini hari akhir Sal bersekolah kan.Syam takut tak dapat nak luahkan isi hati Syam pada Sal sejak pertama kali berjumpa dahulu.Sal nak buat apa lepas ni?"

"Sal Nak minta maktab, " jawabnya ringkas.

"Ini untuk Sal tanda kenangan pertemuan kita,"lalu di hulurkan sebuah kotak kecil dan di sambut oleh tangan gementar Salamah.Seutas rantai perak dengan loket hati yang tertera nama Sal dan Syam, siap dengan tarikh pertemuan pertama mereka."Biar Syam pakaikan di tengkuk Sal!"lalu dia merapatkan badannya kepada Sal dan memautkan rantai itu di lehernya.Bau badan Hisyam yang harum menusuk hidung Sal dan sentuhan tangannya yang lembut di leher jinjangnya tiba2 terasa panas.

Salamah meraba2 tengkuknya tiba2, "Heh ! kau Sal ,apa yang tersengeh2 ni !" sergah Ipah yang dari tadi mengomel sorang2. Salamah tergamam sekejap.Belum sempat berkata apa2 ,tiba2 orang kampung riuh rendah dengan berita orang mati gantung diri di rumah Lebai Seman.

Ipah dan Salamah bingkas bangun dan berlari kerumah kawan baik mereka si Limah."Astaghfirullahalazim...Ya Allah!"

Tiga bulan kemudian dan seminggu sebelum Salamah ke Kuala Lumpur untuk memasuki maktab perguruan sudah ada desas desus orang mahu datang meminang Salamah.Tetapi pada hari yang di tetapkan ada sedikit kekecohan.Pinangan itu di tolak oleh Salamah sendiri kerana dapat tahu Hisyam sudah berkeluarga.Isteri Hisyam sendiri yang datang bertemu Salamah.

Dalam keadaan huru hara begitu Salamah telah di hantar ke Kuala Lumpur lebih awal untuk tinggal dengan saudara sebelah ayahnya.

Ipah terkejut bila Salamah muncul semula di depannya.Dengan hati sayu dia memberitahu "aku mengandung Ipah, aku mengandung anak Hisyam!"

Dulu sewaktu Limah mati bunuh diri, Hj Baharlah orang yang lantang mengutuk keluarga Lebai Seman tak pandai didik anak.Nama saja lebai tetapi anak mati cara murtad.Sehinggakan berbulan Mak Tom isteri Lebai Seman tak keluar rumah kerana malu.

Mahu atau tidak Hj Bahar terpaksa juga melangsungkan perkahwinan anaknya dengan Hisyam yang dah ada dua orang anak tu. Kalau ikutkan hatinya mahu di tempelengnya Si Salamah kerana telah malukan dia tetapi takut jadi macam anak Lebai Seman.Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur.

Tidak setitik pun air mata keluar dari Mak Cik Miah, ibu Salamah untuk bersedih .Malahan katanya, "Dulu kamu aniayakan anak dara orang sekarang Allah tunjuk bagaimana anak dara kamu di aniaya. Dulu kamu kutuk orang lain tak pandai didik anak, sekarang Allah tunjuk pula cara kamu mendidik anak."Ego Hj Bahar yang dulu macam puncak Gunung Everest ranap sama sekali kerana Salamah .




TAMAT.








Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH