A piece of my thought.

Semalam muka depan surat khabar terpampang RM 35 ooo untuk orang yang dapat menangkap pembunuh NUrin...Ya Nurin kanak2 yang mati secara sadis ...Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, walaubagaimana pun Syurga buat Nurin dan neraka jahanam untuk pembunuhnya.

Apa yang saya tidak paham di sini>>>>

1) Sebelum Nurin mati duit sagu hati sebanyak RM 20 ooo di hentikan atas alasan akan menimbulkan banyak komplikasi atau mungkin bermaksud akan menimbulkan masaalah lain yang tidak pula di sebut secara teperinci oleh bapa Nurin ketika membuat pengumuman dalam TV .Dua hari kemudian mayat Nurin di jumpai.Kemudian sesudah mati polis offer RM 35 oooo pula untuk menangkap pembunuh tersebut.

2) Motif penculikan Nurin

3) Kenapa pembunuh menunggu hampir 4 minggu sebelum Nurin di bunuh.

4) Kenapa mayat Nurin tidak di buang jauh2 .

5) Kenapa mesti dakwa ibu-bapa atas kecuaian sebagai penyebab kematian Nurin>>> kenapa bukan polis atas kegagalan 4 minggu mencari mangsa.

6) Mestikah kita mengurung kanak2 di dalam rumah 24 jam untuk mengelakkan perkara ini berulang. Mana hak kanak2 untuk bermain dengan selamat di dalam kawasan perumahan kita sendiri.Apakah kerja polis sekarang hanya nak menyaman kenderaan sajake?

7) Mengapa Nurin? Apakah penculikan Nurin secara random dan nasib tidak menyebelahinya. Bagaimana pula sifat perogol gila itu, apakah dia memang jenis yang menyimpan mangsa sehingga dia jemu atau sehingga mangsanya lemah dan tidak boleh menjerit lagi dan terus membuangnya ke tepi jalan.Dan sekiranya Nurin masih boleh menjerit kesakitan tidakkah ada satu manusia yang mendengar jeritan itu.....ada dua kemungkinan ,markas perogol gila itu terlalu jauh dari manusia atau terletak di kawasan orang2 gila tinggal.

8) Mungkin juga perogol tu tak gila ,dia hidup normal di celah2 orang ramai ya! di celah2 kamu dan aku. Dia ada otak! ada visi ! Dia tahu siapa saudara dan sahabat handai kamu....dia mahu duit dan dia tahu kamu banyak rangkaian yang boleh naikkan wang pampasan.Jadi dia simpan mangsa untuk dapat wang lumayan.Dalam dia berkira2 duit yang semakin meningkat sehari demi sehari tiba2 pooh ! hilang dalam sekelip mata>>> sakit hati sebab tertipu terus membunuh Nurin dengan kejamnya dan tinggalkan mangsa untuk memberi satu pengajaran pada keluarga Nurin tetapi lebih kepada mengajar POLIS agar jangan masuk campur.

9) ATAU >>> semua theori saya salah....mungkin Nurin hanya mangsa dendam. Dendam pada orang dewasa seperti marahkan nyamuk tetapi kelambu yang di bakar.Mungkin pembunuh sengaja menyimpan Nurin untuk menyiksa bathin keluarganya...dan apabila kisah Nurin menjadi besar ,pembunuh takut identitinya terbongkar lalu membunuhnya dan menyampaknya di tepi jalan.Nurin di bunuh kerana dia boleh mengenali pembunuh...tetapi di bunuh dengan kejam ini bukan seperti kelaziman untuk melenyapkan bukti tetapi meninggalkan satu message yang kuat kepada family Nurin>>>BALAS DENDAM !

Pernah tak kita tahu kadangkala hal2 kecil bagi kita sebenar nya besar bagi orang yang mempunyai penyakit hati , mudah2an terungkailah mistri pembunuhan Nurin agar derita family nya dapat terubat terutama dengan persoalan, kenapa Nurin?

Sekarang kita nak tenguk sejauh mana kepandaian polis kita melakukan kerja mereka ...gaji dah naik kan , reward pun dah di umumkan....semua kesan2 pada mayat pun dah ada, apa lagi...cari le motif dan start interview orang2 yang di persekitaran tu termasuk si penjual timun dan terung....jangan satu pun yang tertinggal!

Comments

lina pencilbox said…
8) ..."Jadi dia simpan mangsa untuk dapat wang lumayan.Dalam dia berkira2 duit yang semakin meningkat sehari demi sehari tiba2 pooh ! hilang dalam sekelip mata>>> sakit hati..."

saya mungkin fikir kematian nurin sebab faktor duit kerana setelah 4 MINGGU barulaa mayat nurin jazlin dijumpai..
kalau Nurin adalah mangsa rogol , mayatnya mungkin dijumpai beberapa hari selepas itu...

dan

apa yang pelik...mayat Nurin diaibkan dengan meletakkan timun pada alat sulitnya...
selalunya..sebarang kesan jenayah tidak akan meninggalkan sebarang bukti..cth..mayat akan dibakar atau disorokkan..
berbeza pada pembunuhan nurin kali ini,
pembunuh sengaja membuatkan keadaan mayat mangsa sebegitu rupa..seolah mencabar kredibiliti org tertentu dan menyakitkan hati keluarga mangsa..

hehhe
itula pendapat saya setakat ini..

selamat berpuasa:P
NoraHash said…
Lina- selamt berpuasa gak.

Mungkin...kebanyakan kes culik ada 2 sebab -rogool dan duit

Tapi kes Nurin - ada unsur dendam tapi pada siapa ya? Polis atau family Nurin ?

Popular posts from this blog

BERSALAH