Pemimipin Yang Hebat - TDM



Sebenarnya seorang pemimpin tidak perlulah meminta2 untuk di sanjung,orang akan tahu juga siapa yang mereka nak sanjung dan akan tetap menyanjunginya tanpa di minta atau di suruh....seorang pemimpin juga tidak perlu meminta2 untuk di muliakan tetapi ia akan tetap di muliakan dan pemimpin juga tidak perlu meminta2 untuk di kenang kerana ia akan tetap di kenang atas apa2 perbuatannya yang baik di dunia ini.Manusia yang kejam juga macam Hitler pun akan tetap di kenang juga jadi dalam soal mengenang ini terpulanglah pada individu.


Orang yang hebat ialah apabila dia jatuh manusia tetap mahu mengangkatnya , bila dia hilang manusia tetap mahu mencari di mana dia , bila dia meninggal dunia sekalipun manusia tetap mahu mengabdikannya dalam lipatan sejarah mereka.Mereka kebanyakannya mempunyai jiwa yang besar. Jiwa yang besar berarti mereka tidak lari dari tanggung jawab yang mereka pikul.Berfikiran jauh ,berwawasan dan tidak somborono membuat keputusan.Kebanyakan mereka akan meletakkan kepentingan rakyat dahulu dari hal2 peribadi.Rakyat yang di bawah pimpinannya akan mendapat tempias kemegahan yang di bawanya.Apabila mereka memuji2 pemimpin kita dengan secara tiba2 kita rasa bangga yang kita adalah rakyat negara tersebut.Itulah dia contoh seorang PEMIMPIN yang besar walau negara yang di pimpinnya tidak sebesar mana pun di peta dunia tetapi boleh menggoyahkan peribadi pemimpin2 negara besar.

Orang yang hebat juga apabila dia bercakap semua orang diam dan dengar , bila dia menegur semua manusia akui dan sedar ,bila dia bekerja orang2 yang malas membencinya kerana kerajinannya.Dan bila dia mengeluarkan buah fikirannya ada yang tidak dapat menjangkau dan menganggap nya mustahil ,tetapi akhirnya dapat di terima apabila terbukti hasilnya.Tetapi malangnya bila dia lama memerintah ramai yang keluh kesah dan menganggapnya diktator.....orang2 yang tamak dan tidak sabar mula merasai keberadaannya seperti duri di dalam daging.

Di sini aku ingin menyatakan yang benar dan....

Apa salahnya menyatakan yang benar walaupun dia di benci tetapi ramai yang membencinya kerana mereka tidak dapat menyamainya....

Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat!

Ini catatan aku: Tidak ada seorang manusia di muka bumi ini yang sempurna seperti Kekasih Allah walau pun mereka tersangat2 menginginkan mengikuti jejaknya....Rasul adalah pilihan dan kekasih ALLAH SWT. Jiwanya telah di bersihkan oleh Allah sehinggakan Iblis pun terlalu sukar hendak menghampirinya.Setiap langkahnya di jaga oleh Malaikat dan setiap permintaannya akan di kabulkan oleh ALLAH....tetapi sifatnya yang terlalu pemalu dan merendah diri pada Penciptanya sehinggakan dia tidak pernah meminta apa jua untuk kepentingan dirinya walaupun di suruh oleh Malaikat supaya memohon pertolongan ALLAH begitu juga dia sebagai pemimpin yang sanggup menahan lapar dari meminta2 dari pengikut2nya yang setia .Apa yang paling penting dalam hidupnya ialah semata2 keselamatan umatnya dan menyeru manusia sejagat ke jalan ALLAH.Jadi apalah kita sebagai hamba nya yang sentiasa di kelilingi oleh bala tentera Iblis...yang kadang2 boleh terleka dengan kemanisan hidup dan kadang2 boleh terbawa dengan nafsu am marah. Tidakkah kita sedar kenapa orang semakin menjauh dari kita? ?Dan kenapa NERACA perlu walaupun kita mati dengan nama Islam.Sebaik2 insan dimataku ialah orang yang selalu merendah diri walaupun di dadanya penuh dengan ilmu dan bila dia bercakap penuh dengan nasihat dan kasih sayang kepada semua umat dan apabila dia melihat seseorang yang kufur dan penuh kemaksiatan dia terlalu sedihnya dan ingin mengajak bersamanya ke jalan yang lurus .Janganlah mendabik dada aku lebih alim dari kamu maka aku lebih di kasihi Allah kerana takut satu hari nanti kita jadi riak dan sifat riak sangat di benci oleh Allah...bukan kah orang yang kufur itu kejadian Nya jua....Hanya Allah yang mengetahui....

Comments

Anonymous said…
Yes if the truth be known, in some moments I can reveal that I approve of with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is quiet a question as you did in the decrease publication of this beg www.google.com/ie?as_q=golden ftp server pro 3.02 ?
I noticed the phrase you have not used. Or you use the dark methods of development of the resource. I suffer with a week and do necheg

Popular posts from this blog

BERSALAH