BiLa Yang Buruk Itu Yang TerBaik Untukku.

Pernah berkali2 aku menyoal diri aku kenapa begini ,kenapa begitu. Sebenarnya aku sedang mencari HIKMAH atau penjelasan di sebalik apa yang berlaku .Tuhan ku pernah berkata di sebalik sesuatu kejadian ada hikmahnya.

Rambut yang mula memutih ada hikmahnya. Sakit yang berpanjangan ada hikmahnya. Kegagalan juga ada hikmahnya. Banyak hikmah yang Tuhanku berikan cuma aku yang tidak menyedarinya dari awal.

Mungkinkah yang buruk itu terbaik untuk ku?
Contoh nya kalaulah rupaku secantik Angelina Jolie apakah aku akan lupa diri.Apakah rupaku akan menjadi paparan dalam majalah2 dan surat2 khabar dan aku mula mendedahkan aurat ku untuk tontonan orang ramai. jika begitu maka aku bersyukur kerana tidak cantik.

Atau kalau aku kaya raya , apa pula yang akan berlaku pada ku sekarang? Mungkin aku akan jadi riak dan takbur sehingga aku tidak perlu mengadu apa2 pada Pencipta ku.

Atau kalau aku mendapat insan yang dipanggil suami yang baik hati dan lemah lembut,apakah anak2 ku akan mengambil kesempatan atas sifat ini, kerana zaman sekarang banyak anak2 yang pandai membuli.

Hari ini aku bersyukur kerana sifat garangnya itulah yang membuat anak2 takut dan tidak berani melakukan sesuatu yang tidak di sukainya.Sifat garang itulah yang telah membuat anak2 ku lebih berdikari untuk membina jati diri.Sifat garangnya itulah yang meletakkan dia di tempat paling atas dalam keluarga.

Dan aku mengaku tidak semua yang baik itu terbaik untuk aku.

Dengan otak ku yang lembab ini aku masih tercari2 hikmah di sebalik peperangan dan penderitaan yang berlaku di bumi Iraq, Palestine dan Afghanistan>>>aku masih belum ada jawapan.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH