ALAHAI EPF

Yang ketara tentang EPF ini ialah komplen dan komen yang datang dari orang ramai. Mula2 nak beri komen juga dalam blog RPK bawah tulisan seorang kolumnis yang bertajuk bila harta rakyat di rampok ,tapi sebab belum ada akaun lagi maka tak dapat lah. Walaupun semalam aku dah hantar butir2 yang di perlukan ,sampai pagi ini belum ada reply melalui e mail.Aku tahu laman nya mempunyai berjuta2 pelayar. 14,000 yang berdaftar ,500 yang di sekat dengan tujuan memantau komen dan dia hanya ada seorang saja pembantu yang cekap!Agaknya berapa jam dia mengadap komputernya dalam satu hari dan dia bernasib baik kerana sekarang ada alat canggih seperti communicator, i pod dan lain2 yang aku tak tahu...jadi aku dapat bayangkan dia akan bawa benda tu walau pun terpaksa ke tandas sekali pun untuk melayan kerenah2 peminat lamannya.

Bercakap tentang EPF ni memang melecehkan......sepatutnya aku tak boleh komen apa2 sebab aku tak bekerja jadi mana ada tabung EPF...kalau ada pun dulu mungkin sebanyak tahi gigi je....jadi aku tak perlu bubuh penama ,cukup lah kalau aku meninggal duit itu pergi ke baitul mal mudah2an bila aku pulang ke rahmatullah ada bekalan.

Oh ya lagi satu suami2 orang yang pernah bubuh penama selain isteri2 mereka tu tolonglah semak semula .Mana tahu kalau dulu sebelum kahwin bubuh nama ibu sedangkan ibu dah pun meninggal dunia.Kerana sekiranya terjadi dan anda meninggal dunia, kemungkinan besar duit anda satu sen pun tak kan sampai kepada isteri anda manakala untuk anak andapun akan melalui proses yang lama.ITu pun kalau tidak masuk campur tangan waris2 ibu anda. fikirkanlah dan kasihanilah isteri dan anak2 anda.Kerana banyak kisah yang saya dengar selepas kematian suami isteri terpaksa membesarkan anak2 tanpa mendapat apa2 dari peninggalan suami.Baca kisah pengalaman saya.
http://pelaburan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=166&Itemid=103
Kawanku yang kematian suami tahun lepas pun sampai sekarang belum dapat keluarklan EPF suaminya kerana ada kes pembahagian harta dengan isteri muda arwah suaminya.Katanya lagi kes ini mungkin berlanjutan hingga 2 tahun. Dan ada sorang pensioner dari telekom pula terpaksa tunggu 6 bulan lagi kerana nama nya Mohamad di tulis dengan nama Muhamad .Bayangkan lah bila umur kita dalam 40han ke 50han, waktu inilah kita benar2 memerlukan duit. Waktu ini jangan harap anak2 kita semua nya sudah bekerja. Waktu inilah anak2 masih struggle untuk mendapatkan Diploma dan Ijazah dan waktu inilah kita akan kerap berulang alik jumpa doktor.

Dan ini kisah birokrasi dalam EPF yang memang nak susah kan orang ramai mengeluarkan duit sendiri. Bayangkan lah bagaimana suami tak melenting dalam pejabat EPF apabila dia tak mahu terima fotostate copy IC tanpa IC origanal ketika suami mahu mengeluarkan EPF buat tahun kedua pengajian anak di UPM.Suami kata "awak boleh cek cop jari saya sekarang samaada serupa atau tidak ?" tetapi katanya itu prosedur.Ini cerita tahun ini apabila suami tertinggal kad pengenalannya di rumah sedangkan semua borang lengkap.Kata suami" awak semua macam mentality sekolah juga, tiap2 tahun minta benda yang sama, isi borang yang sama!"

Tahun pertama dulu suami marah juga apabila satu lepas satu dokumen yang di minta tidak lengkap...bayangkan bila kita sudah kepilkan surat tawaran ke University dengan surat pengesahan pelajar,IC ,surat yuran semester ,Surat beranak dan bila kita bawa dia minta pula sijil SPM. Apa ke jadah TU? Apa kaitan SPM tu dengan duit yang suami nak ambil untuk pembiayaan anak kami.Anak saya nak ambil Ijazah bermakna dia sudah ada Diploma.Bagi kami yang berpindah randah dokumen2 yang sudah bertahun2 simpan akan menjadi masaalah mengingati dimana letaknya.Bila suami argue dengan selamba kerani akan menjawab " sepatutnya encik kena bawa budak itu kemari."Ini yang membuat suami panas hati...memang sah lah EPF bukan tempat yang pergi sekali urusan akan selesai.....paling kurang 2 kali itu pun kalau anda bernasib baik!

Entahlah bila kita hendak di ajar akan mempunyai mentality kelas pertama pun tak tahulah.....orang bawahan nak selamatkan air muka dari kena marah kalau buat silap akan menurut je perintah dengan memberi alasan ikut PROSIDUR .Sebenarnya mereka macam Si Luncai dengan Labu nya.....kalau di suruh terjun mereka pun terjun!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH