Negaraku



Negaraku
.Tanah tumpah nya darahku..... .

Saya bukan nak cakap mengenai lagu kebangsaan kita....walau pun saya dah tahu iramanya tu di ceduk dari lagu Orang Putih...aaaaah apa salah nya dulu pun banyak lagu Melayu di ceduk dari irama Hindustan ,macam lagu DJ Dave,meletup2 dalam corong radio tak ada siapa marah pun malahan ada yang terbayang2 wajah penyanyi yang bermata kuyu tu.

Sempena kedatangan Hari Merdeka ni tentu lah banyak cerita mengenai negaraku Malaysia. Ada yang dah memasang bendera kat atas bumbung ,pagar dan pokok. Ada juga setengah orang yang minat gila dengan bendera ni akan lekat bukan satu malahan penuh bumbung keretanya dengan bendera...tapi orang macam ni memang kuranglah yang saya nampak, hanya satu dua je... tu pun di kampung.

Semasa pulang melalui highway Plus minggu lepas tak banyak kereta yang memasang bendera Malaysia.Kalau saya boleh kira apa yang saya ternampak ada kot dalam 10 buah...kebanyakan mereka suka rentang dan lekapkan bendera tu atas bonet depan kereta.Ia nampak menarik dan kemas dan mungkin tidak merosakkan kereta jika di bandingkan dengan bendera2 cacak yang terpaksa di gamkan tiang atau pemegangnya atas kereta.

Saya juga terserempak dengan dua buah kereta jenis proton memacak dua buah bendera ,sebelah bendera Malaysia dan sebelah lagi bendera PAS.Malangnya kerana kereta kami terlalu laju,saya tak sempat nak tenguk macamana pemiliknya mencacak tiang yang agak besar tu (kalau ikut saiz benderanya yang besar tu sudah tentulah tiangnya mesti besar juga) di sebelah depan kiri kanan bonet keretanya. Yang ini sungguh unik kerana bendera2 tersebut berkibar dan nampak megah .

Seperti selalu kalau nak balik kampung dari Kluang ke Taiping kami kena sediakan lebih kurang RM 70 untuk Tol dan RM 130 untuk minyak darab 2 untuk pergi dan balik akan mencecah empat ratus....hampir sebulan duit pencen bapa kat kampung.Kalau kami pulang berempat beranak jadi satu kepala seratus ringgit pergi dan balik ,masih berbaloi lagi bila di bandingkan dengan tambang bas ekspress.Maka tak hairanlah kalau anak2 yang duduk jauh tak dapat nak jengah ayah bonda di kampung kecuali kalau betul2 perlu.Lalu aku pun berfikir macam orang bodoh( memang pun)....Mengapalah air tak boleh di gunakan sebagai bahan bakar sedangkan air pun ada oksigen dan oksigen boleh terbakar....aaaaah kalau lah otak aku bergeliga.....

Sepanjang perjalanan pulang iaitu hari Isnin macam biasalah panorama di Malaysia, mesti ada kemalangan jalan raya untuk kita perlahankan kereta walaupun kemalangan itu berlaku arah jalan yang bertentangan tapi yang traffik jam nya sebelah yang tak ada kemalangan...inilah yang bestnya tentang negaraku. Sempat juga mencuci mata yang tengah mengantuk bila panjang tengkuk tenguk kereta 2 yang remuk kerana kemalangan tu.Bila mata dah mulai segar pecut 120km balik!

Di Taiping pula semasa singgah kat kedai cuci kereta lain pula senarionya....pekerja2 Myanmar yang ada macam muka Cina dan juga muka Melayu sedang ikat anjing tua dan anak anjing .Bila kereta kami membelok masuk ke kedai tersebut ,yang seorang tu macam malu2 di lepaskan tali anak anjing tu...tapi yang bapa anjing tu mereka tak lepaskan.Sekarang ni ramai pemilik2 anjing dan kuching takut melepaskan binatang2 kesayangan mereka berkeliaran kerana di khuatiri silap haribulan binatang2 tersebut akan jadi lauk atau gulai orang2 ni..Sekarang kerajaan tak perlu pening kepala nak upah penempak anjing liar ...kalau difikirkan anjing2 kita dah tua dan berkurap lepaskan saja di kawasan2 yang banyak orang2 ni.Inilah Negaraku, banyak masaalah yang boleh diselesaikan dengan cara mudah.

Lebih kurang setengah jam datang pula dua orang budak Mat Rempit ...yang bestnya mereka bercakap dalam Bahasa Malaysia ,bahasa negaraku dengan budak2 Myanmar ni siap bagi tau waktu dan wang taruhan untuk racing pada malam merdeka ni....fulamak macam aku dan anak2 aku ni pekak , buta dan tuli tak dengar apa2....bukannya bisik2 tapi selamba rancaknya bercakap....." kalau kau tak de tiga ratus...bawa je makwe kau tu, jika aku menang kau bagi makwe kau tu kat aku ",sambil gelak2...

Inilah penghuni2 Negaraku,cemerlang , gemilang, terbilang ...........di bandingkan dengan anjing kurap yang boleh di jadikan makanan.... manusia macam Mat Rempit hanya merosakkan bangsa dan negaraku...dan dari segi mentality dan kreativiti walaupun Mat Rempit tu membawa bendera Malaysia pada hari merdeka kelak apakah ia akan membuat saya megah...saya lebih terhibur dengar lagu rap Negarakuku....siapa makan cili dia rasa pedas...orang yang ada pelajaran bila buat kesilapan mudah tersedar bila di tegur jika dibandingkan dengan orang bodoh sombong!


SELAMAT MENYAMBUT HARI CEMERLANG ,GEMILANG DAN TERBILANG!

MERDEKA!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH