PEMBERITAHUAN TINDAKAN MAHKAMAH


MAJLIS PERBANDARAN KLANG Tarikh : 25/06/2007
Tingkat, Menara A & M
Garden Business Centre
No 3 Jln Istana
41000 KLANG BANDAR DI RAJA
Selangor Darul Ehsan. No Siri : :MPK/SPLK/84xxxx




BUTIRAN KENDERAAN : BGX XXXXXX

JUMLAH KOMPAUN : 5

JUMLAH PERLU DI BAYAR : 340.00



Melalui rekod kami tuan/puan telah gagal menyelesaikan bayaran kompaun yang tertunggak dalam tempoh yang di tetapkan di atas sebab melakukan kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan ( Peruntukan mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Perbandaran Klang, 1996.Butir2 lanjut mengenai kesalahan boleh di dapati di tempat seperti tertera di jadual di bawah:-



TINDAKAN MAHKAMAH AKAN DIAMBIL DAN WARAN TANGKAP AKAN DI KELUARKAN TANPA MERUJUK KEPADA TUAN/PUAN SEKIRANYA TUAN/PUAN GAGAL MENJELASKAN BAKI YANG TERTUNGGAK DALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH PENERIMAAN NOTIS INI.

Sila abaikan notis ini sekiranya pembayaran telah di buat.


"KEJUJURAN DAN KETEKUNAN"
Saya yang menurut perintah,

......................
FADZILAH BINTI ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
b/p Yang DIpertua
MAJLIS PERBANDARAN KLANG.


Surat ini bukan saja satu keping malahan dua keping dan sampai dengan selamatnya ke alamat kami di Kluang.Tenguklah betapa efficient nya surat saman yang di keluarkan oleh pihak MPK Klang kepada pemilik2 kenderaan yang gagal mempamirkan tiket parking yang harganya hanyalah 50 sen sejam dan sekiranya waktu anda memparking tiba2 melebihi satu jam samaada SENGAJA atau TIDAK kenderaan anda akan di selit dengan surat saman yang mengatakan anda di denda sebanyak 30 Ringgit Malaysia ..Dan sekiranya anda tidak mengambil pusing dan anda ingat anda BEBAS maka anda teramat2lah TERSILAP.

Di sini aku bukan nak argue aku salah atau betul tapi aku nak argue sekarang dah tahun 2007 ,peruntukan tu pada tahun 1996 ,MPK tak teringin ke nak buat survey untuk pembaharuan supaya sistem parking tu lebih teratur dan masuk akal di samping menyenangkan semua pihak.Kat sini aku nak buat rujukan aku semasa berada di Kuching ,Sarawak dari tahun 1996 hingga tahun 2002.

Di Klang ,rakyat yang nak parking kereta tepi jalan kena masukkan duit kedalam satu mesin yang akan di letakkan di beberapa lokasi mungkin dalam radius yang sama dari tempat meletak kereta.Mesin ini akan mengeluarkan tiket. Jadi rakyat kena keluar dari kereta cari mesin tiket kemudian pulang semula kekereta untuk menempek tiket tersebut.Kemudian akan ada pula polis MPK meronda dengan motor untuk tenguk waktu luput.

Di Kuching buku2 kupon(optional) dijual dengan mudah di pondok2 yang terletak di beberapa lokasi.Anda juga boleh beli sekeping tiket untuk setengah jam parking dan sekiranya anda terlebih masa dia hanya akan charge tidak sampai 100 persen stiap 30 minit,contoh nya untuk 20 sen rakyat mungkin kena bayar 32 sen dan rakyat di beri tempuh 3 hari kalau tak salah dan sekiranya lambat barulah surat saman sebanyak 10 Ringgit Malaysia di hantar ke alamat anda.

Apa yang berbeza di sini hanya ingin memberitahu bahawa rakyat di Kuching lebih berhemah dari segi membayar parking kereta kerana mereka di beri waktu yang wajar sedangkan di Klang aku cuma nampak rakyat di ajar secara keras tidak ada kompromi macam SAMSENG untuk membayar saman . SEKIAN>.



Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH