Hak - Aku bukan Melayu ,Undi Tunggul sebagai Pemimpin

Sekarang ni kemana2 ceruk kamu berjalanpun akan terhidu semacam ada bau yang mengatakan waktu mengundi sudah semakin hampir depan kita....dalam TV dalam surat khabar dalam warung dan di mana2 sahaja ada je bau-bau macam tu.Aku pernah suruh anak laki2 ku yang tak minat politik(malahan semua anak2ku tak suka politik) mendaftar sebagai pengundi. Tau tak apa aku kata ?"Kalau tak daftar rugi tau, entah2 satu undi kamu ada orang sanggup tawarkan dua ratus ringgit."Terukkan aku,tapi aku rasa orang tak mengundi lagi teruk.

Dulu bapa ku yang memang setia dengan kerajaan pernah mengundi pembangkang...bukan apa sebab dia sakit hati dengan wakil rakyatnya yang tak mahu langsung bermasyarakat dengan orang kampung contohnya waktu ada kematian atau kenduri kahwin.Bapa ku bukan seperti mereka Yang Tun Dr Mahathir fikirkan.http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=13385

Macam dialog dalam filem purba 'Raja adil raja di sembah ,raja zalim raja di sanggah!'
Bapa ku yang berketurunan pahlawan(aku bermaksud seorang soldadu) tak mungkin boleh terima seorang wakil rakyat yang sombong.Bapa juga walau tak aktif secara langsung dalam politik tetapi mempunyai ramai kawan, maklumlah orang lama di situ, siapa yang tak kenal dengan Pak Ngah Hashim...

Lagipun Bapa selalu menyembahyangkan jenazah orang2 kampung yang tinggal di sekitar kawasannya.Jadi aku yakin secara tak langsung bapa akan melobi keburukan wakil rakyat tersebut.

Selepas wakil rakyat itu kalah ,dia baru insaf dan berubah.Dia mula mahu menegur sesiapa saja yang di jumpainya.Manusia kadang2 harus belajar dari kekalahan kalau tidak mereka semakin bongkak dengan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Aku dah lama tak jumpa bapa ,teringin juga nak tahu pendiriannya dengan pemerintah baru ni...apa pandangan nya dan bandingannya yang dulu dengan yang sekarang.

Sebenarnya aku takpernah menyukai perhimpunan yang berbentuk politik kerana mereka tak pernah berkata2 satu yang baik pun yang boleh menyukakan aku.Kerja mereka ialah mencela orang .Aku berharap satu hari nanti politik kita akan berubah .Mereka akan bersatu ,menghurmati ,menerima pakai ,menilai dan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Mereka tidak boleh menolak pandangan pembangkang hanya kerana mereka di bawah panji pembangkang.Dan sesiapa yang tidak ikhlas dalam perjuangan merperkasakan seluruh rakyat Malaysia harus di nyahkan dari berpolitik!

Hingga ke saat ini aku tertanya2 apakah tidak ada satu formula pun yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan budak2 muda merempit, ponteng sekolah, merokok dan lain2.Sama seperti kita hendak mengurangkan penagih2 dadah di Malaysia.Aku yakin di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Apabila saman tidak di bayar semua kenderaan yang di saman tidak dapat memperbaharui cukai jalan maka berlumba2 lah orang membayarnya.Jadi mesti lah ada caranya hendak membersih sampah2 yang ada dalam masyarakat kita.Itulah hak mutlak setiap warga negara yang cintakan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH