Scary Tales Pt 1



Pagi ni selepas dua malam tak tidur di rumah kerana ikut suami ke Kuala Lumpur.....my gardener...( actually estate gardener ) informed me dia dengar suara orang bercakap2 dari dalam rumah .Suara orang perempuan macam sedang berbual2 dalam talipon.Katanya dia ingat anak perempuan saya ada di dalam tinggal sorang2 dalam rumah walau pun semua pintu berkunci dan AP ia itu polis bantuan dah bagi taunya yang tuan tak de dalam estate kerana ada mesyuarat di KL.
Dia hairan juga kerana anak tuan tinggal sorang2 tapi sebab AP suruh dia mengunci semula pintu pagar bila habis kerja, dia hanya menurut saja dan tak cakap apa2 pada AP.Bila pulang dia hanya ceritakan pada suaminya sahaja.Ini berlaku dua hari berturut2 semasa kami di KL.

Apabila saya beritahu dia tak ada sesiapa di rumah ,dia baru tahu yang di dengarnya bukan suara anak saya mungkin juga bukan suara manusia....mungkin juga suara penunggu rumah...nak kata pencuri ,tak ade pula barang yang hilang atau tanda2 rumah di masuk orang......kenapa mesti suara perempuan ,itu yang menjadi tanda tanyaku ketika itu.

Aci bersumpah2 dia memang dengar suara perempuan bercakap seperti sedang berbual2 dalam talipon dan sekali sekala ketawa kecil sambil dia mengajuk2 bunyinya, dan berkata macam ini mem,di ajuknya bunyi orang itu ketawa sambil ber sumpah mem saya tak tipu ,mem.........

Malam itu juga anak perempuan ku pulang untuk habis kan cuti hujung minggu....dan aku dan abahnya tak mahu cerita apa2 sebab kami tahu dia memang takut dengar cerita2 ni ,nanti tak boleh tidur pulak.Dulu masa rumah kami ada kelawar pun dia tak berani nak ke dapur, aku lah terpaksa tangkap kelawar2 tu ,ikatkan dalam plastik dan buang.

Dalam rumah ini ada macam2 binatang . Sebelum kelawar datang dalam bumbung tu dah ada sarang lebah.....dah suruh orang panjat masuk dalam umbung rumah tu dan asapkan agar lebah tu lari dan berketul2 sarangnya yang masih melekat madu di keluarkan. Salah sorang dari pekerja tu tu mungkin terlalu takut, tergelincir lalu jatuh atas siling .Bila siling ini bocor,mungkin kelawar ni keluar dan masuk dalam rumah.Selain kelawar aku juga pernah tangkap anak burung hantu sehinga berdarah jari ku di patuk oleh paruhnya yang tajam.Selain binatang di atas ni yang biasa2 ialah tupai yang memang suka masuk dalam rumah untuk buat sarang,biawak,burung layang2, merbuk dan burung enggang yang muncul sekali sekala untuk makan kumbang tanduk.

Satu lagi yang menghairankan aku ialah dalam bilik ku yang selalu di masuki oleh belalang daun yang bewarna hijau dan berbentuk nipis .Oleh kerana bentuknya yang seperti daun inilah belalang ini di panggil belalang daun tapi juga dikenali oleh orang tua2 sebagai belalang pelesit
Kata orang tua belalang ini lah yang selalu di gunakan oleh bomohnya menghantar pelesit kerumah mangsa sebagai pengintip atau sebagai orang suruhan nya.Kenapa bilik aku yang jadi kegemarannya sedangkan rumah ini kan luas.....

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH