MuDahNya JaDi JutaWan?

Di Kuala Lumpur hari tu singgah dan tidur 2 malam kat rumah adik di Kota Damansara .Rumah apartment 3 bilik ,tingkat satu di blok Melati.

Dia adik perempuan bongsuku bercita2 untuk menjadi usahawan yang berjaya....dah bertahun2 dia bercakap hendak berhenti kerja dan mahu menternak kambing di kampung hinggalah pada hari aku ke rumahnya dia sudah hampir seratus peratus bertekad mahu berhenti kerja...suaminya pun telah memohon untuk berpindah ke Setiawan.

Waktu aku sampai , dia sedang menyediakan ramuan2 untuk memasak esok. Rupa2 nya dia telah mula menjual nasi lemak, mee kari ,mee goreng dan mee hoon goreng yang di agih2 kan ke pejabatnya atau sekolah suaminya dan pada hujung minggu pula dia akan menjual di tepi jalan raya.Katanya ini semua sebagai preparations bila dia pulang ke kampung nanti.

Katanya masa dia berjual on saturday and sunday for a few hours tu dia memperolehi 300 ringgit bersih. No wonder banyak tokeh taugeh yang jadi milion air.....Kalau dia berjaya aku tumpang gembira kerana dia akan menjadi adik aku yang ke dua masuk line business.

Aku pula kalau sudah pulang ke Taiping nanti teringin nak buka kedai bunga dan nak jadi kaya raya ya..ya...ya....macam sapa tu ?

Ini my simple calculation >>>>let say you dapat untung bersih dan simpan apa yang you dapat sebanyak 50 ringgit se jam. You kena kerja selama 20 ribu jam bahagi 24 jam sehari bersamaan 833 1/3 hari.Sebab you perlu tidur dan berehat cukuplah sekadar 12 jam sehari jadi apabila di congak ia mengambil masa kurang dari 5 tahun untul mengumpul sebanyak sejuta ringgit.

Mula2 aku pun tak percaya yang taukeh laksa kat KL boleh beli rumah bayar cash atau big2 share holders asalnya petani yang jual sayur kangkung. Now i somehow believe ITS a REALITY !

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH