ISLAM dalam KACAMATAku

Hairanlah bila nak bercakap pasal agama saja orang2 jadi tegang. Semua orang2 cepat marah cepat membangkang cepat melatah.Apa ada dengan agama kalau agama itu tidak di amalkan.

Aku cuma nampak agama itu di pakai seperti baju yang ada cop saja sama macam di mykad. Seperti orang2 yang memakai baju yang ada cop Islam di poket bajunya jadi orang2 tau dia Islam atau yang lebih teruk yang copnya tersembunyi di kolar baju sehinggakan orang ramai tidak tahu dia pakai cop apa sebab nak kata agama Islam tak pernah ke masjid ,nak kata Hindu tak pulak ke kuil . Dahlah namanya tak melambangkan agamanya malahan dia langsung tak pernah mengaku atau menunjuk apa2 reaksi terhadap agama, fahamkan?Dan sekarang ni lagi dasyat banyak haramjadah siap buat tatoo nama ALLAH (SWT) dan MUHAMMAD (SAW) di atas badan mereka.Mereka lagi daring tunjuk COP atas badan mereka walaupun mereka kafir.

Bila aku terbaca kisah Datuk Najib memberi ucapan bahawa Malaysia adalah negara Islam banyak orang2 tak puas hati terutama yang bukan Islam.Yang bestnya yang hantar surat bantahan dan yang kuat membangkang ialah orang MCA. Mula2 hairan dan kesal jugak tapi bila kita masuk kan bab politik sikit dah jadi tak hairan....ujung2 cina akan sokong MCA dan melayu akan sokong UMNO dan ujung2 BARISAN NASIONAL juga yang menang.


Dan ini satu lagi pasal kes orang2 yang pakai cop Islam saman blog RPK kerana telah membiarkan orang ramai menghina cop mereka.Iaitu cop Islam ! Dan ini seterusnya secara langsung dianggap MENDERHAKA...bukan kepada TUHAN tetapi kepada Raja Yang Di Pertuan AGONG.

Kadang2 aku teringin sangat nak tenguk orang2 yang guna cop Islam ini di TEST semula dan di beri markah sejauh mana Islam mereka....terutama bab rukun .Bila tahu theory tambah markah kemudian tolak balik sebab tak pernah buat praktikal.Orang yang tahu theory je tapi tak gheti nak buat amali biasanya lebih senget dari orang yang tak tahu apa2.

Bila di fikir apa salahnya buat kenyataan yang terang dan jelas bahawa Malaysia terdiri dari berbagai2 kaum dan agama...mesti menghurmati undang2 dalam agamanya dan penganut2nya sekali gus.
Oleh kerana termaktub dalam akta ( sekian,sekian) bahawa Islam adalah agama rasminya maka agama rasmi Malaysia adalah Islam.Yang tambah2 sekular, fundamental ,hadhari tu buat apa...Lagi menyakitkan hati apabila si tukang cakap tu sendiri hanya pakai cop saje.Sekarang ni memang ramai orang2 macam ni dan aku yakin di Malaysia ni lebih ramai orang akan berani menghina agama Islam kerana confused dengan orang2 macam ni !Di sini aku yang ingin hidup dengan seluruh jiwa raga ku demi Islam ingin merayu kepada orang2 ini janganlah
mempersendakan agama demi kepentingan diri tolong lah !

Nota: orang2 di sini bermaksud alat yang menyerupai manusia yang di pacak di atas tanah sekitar sawah padi untuk menakut2kan burung (binatang perosak) dari datang memakan padi yang hampir masak.

Comments

Anonymous said…
hi auntie naha
at last i found your blog after miss to read it sooo much=)

well..
erm..
not much to say
just wanna say hi..

=)
take care ya
:)

Popular posts from this blog

BERSALAH