Diari

Ahad - 1 Julai Ada jemputan kahwen di Bukit Sentosa ,Rawang.Ong dan isteri sekali lagi mengikuti kami kerana Ong memang tak cekap jalan di Kuala Lumpur.Kami bertolak dalam pukul 8.45 pagi,aku tak sempat nak makan ubat( penahan sakit) di rumah jadi aku ambil dalam MPV. Di rumah kenduri kami sekali lagi bertemu dengan Datuk/Ustaz Harun Din dan kawannya Datuk Osman.

Oleh kerana kakak kepada ibu pengantin itu mempunyai perniagaan dlam catering dan menyewa khemah ,maka teserlahlah betapa hebatnya apabila hampir 8 buah khemah di pasang dan di hias di sepanjang jalan raya di depan rumah nya yang siap beralas carpet hijau dan di tengah nya carpet merah(sebagai liner) untuk tetamu berjalan,dan oh ya nasib baik tak terbakar dengan api puntung rokok yang di campak sewenang2nya oleh suami dan mungkin orang lain juga.Hari itu agak panas walau pun di setiap khemah itu di pasang dengan ceiling fan ,ianya tidak mencukupi lalu di pasang lagi kipas sisi yang mengeluarkan asap sejuk di dua sudut. Dan tiba2 langit jadi gelap seketika dan hujan dari langit turun dengan lebatya selama 5 minit kemudian bertukar menjadi sedia kala semula.....kata tuan rumah itu hujan rahmat ...untuk menyejukkan suasana.Biasanya bagi tuan rumah yang mengadakan kenduri kahwen untuk anak mereka, hujan sangatlah membimbangkan kerana takut orang yang di jemput tidak semua hadir manakala mereka telah memasak sekian banyak untuk jemputan.

Semasa bersalaman dengan tuan rumah Ong telah memberi beberapa keping envelope yang telah di kirim oleh orang2 tertentu yang tidak dapat hadir.....setahu aku dulu sewaktu anak Jihad kahwen Ong telah mengirim envelope yang berisi 500 ringit kepada kami untuk di berikan kepada bapa pengantin.Aku pula salam dengan tangan kosong kerana suami yang beri pada bapa pengantin,tapi tak lah sampai beratus2. Cuma semasa kahwen anak Jihad , best friend suami, dia hulur dua ratus.Bila aku tanya pada isteri Ong tentang adat kahwen kaum china ia adalah perkara biasa....seperti membayar harga meja.

Makanan kenduri hari itu di buat istemewa iaitu masak gulai rebung buluh yang di bawa dari Kedah dengan daging ayam hutan yang di tembak dekat ladang2 sekitar Johor.Macamana pun
rasanya tak lah sedap sangat.....aku lebih suka kalau rebung itu di masak lemak cili api dan di campur dengan udang atau pun dengan isi ayam hutan pun boleh juga.Di samping gulai rebung tuan rumah juga menghidangkan kerabu taugeh yang di campur kacang botol, ini pun bagi pendapat aku lebih sesuai di gantikan dengan kerabu taugeh yang bercampur kerisik dankerang /perut lembu ,isi ikan yang di potong kiub dan di salut tepung dengan sos tiga rasa,yang ini sedap dan kami terpaksa minta tambahan,daging yang di hiris nipis dan di tumis dengan cili merah ,yang ini juga ok dan ulam pucuk raja dengan air asam,dimana pucuk raja itu tidak ada orang yang menyentuh nya.....kalau lah di tukar dengan perut lembu tentu selesai air asamnya tu.

Lepas makan dan tenguk pengantin bersanding....(kesian pengantin kena duduk bersanding dulu sebelum makan....aku terlihat makanan nya dah di jamah lalat ketika pengantin sibuk di tepung tawar dan di ambil gambarnya).Kami pun minta izin untuk pulang dr tuan rumah.Sampai ke Kluang pukul 5.30 petang dan kami sempat melihat Qayum dan Khaliq pulang ke asrama.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH