BumiPutra IstimeWa ??

Aku adalah bumiputra dan sepatutnya aku merasa gembira kerana mendapat 30% discount sekiranya aku mampu membeli rumah apartment atau condo atau membeli rumah bunglow di tanah2 yang di bangunkan oleh developer atau syarikat2 hartanah di seluruh Malaysia. Tapi aku hanya suri rumah tangga dan tak pernah atau tak mampu membeli jadi aku tak dapat merasai discount tu...

Aku juga tak bekerja jadi aku juga tak dapat 30% keistimewaan kota untuk bekerja dalam mana2 jabatan baik kerajaan mahupun swasta. Dan aku juga setiap tahun kena membeli buku2 teks untuk kelima2 anak ku kerana pendapatan suamiku melebihi seribu ringgit.Jadi apa istimewanya aku sebagai bumiputra !

Bila isu DEB atau NEP di ketengah kan lagi kononnya untuk membantu bumiputra aku selalu terfikir ..... betulkah ia boleh membantu ? Kalau dalam syarikat swasta milik kaum bukan bumi akan mengambil pekerja2 Melayu yang bertaraf TUKANG SAPU dan PENJAGA STOR untuk memenuhi kota 30% nya maka kerajaan boleh kah mengwar2 kan yang Dasar Ekonomi Barunya berjaya. Begitu juga apabila dalam syarikat kepunyaan kerajaan yang rata2 akan memasukkan anak pinak dan saudara maranya(KRONI ) tanpa melalui prosuder yang betul seperti melalui temuduga yang sebenarnya secara telus dan adil .Dan inikah yang di agung2kan oleh ahli2 politik mengenai DEB yang di polopori oleh mereka sejak bertahun2 dahulu.Kalau inilah yang terjadi dan akan berterusan maka aku tidak bangga menjadi kaum bumiputra.

Sebenar nya kalau kerajaan betul2 ikhlas tak perlu canang DEB dan Bumiputra QUOTA cukup kalau tenguk statistik rakyat miskin dan bantu sungguh2 supaya mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.....sekarang ni untuk mencari dan mendekati mereka lebih mudah dari dahulu .Dan tak perlulah tenguk kulit atau bangsa atau kaum . Hentikan guna media mencari orang2 miskin dan paparkan untuk dapat rating yang bagus kemudian panggil pula orang2 kaya buat donation supaya mereka dan barangan mereka menjadi popular .Dasar Ekonomi Baru kena di tukar dengan nama lain kerana ia hanya memalukan aku yang memegang title BUMIPUTRA!

Comments

mariannie said…
Entahlah...saya pun masih tak faham apa ISTEMEWAnya berstatus bumiputera ni...lagi tak faham....apa istimewanya...menjadi golongan ISTIMEWA kat bumi betuah ni....naik LRT pun kena berdiiri.
IF said…
Well spoken and totally true.

Bila cakap pasal DEB memang isu hak bumiputera akan terungkit semula. Ya, memang DEB berat sebelah kepada kaum bumiputera dan dikatakan bertujuan untuk menyamaratakan pegangan dalam ekonomi negara.

Namun, setelah bertahun2 polisi ini diamalkan, hanya sedikit perubahan yang terlihat pada golongan yang betul2 memerlukannya. Kaum bumiputera majoritinya masih lagi gagal memperaiki secara keseluruhan , status ekonomi mereka. Pun begitu, para pelaksana polisi berbangga dengan pencapaian mereka dan kononnya telah berjaya meningkatkan pegangan ekonomi kaum bumiputera. Memang betul, pegangan ekonomi bumiputera meningkat tetapi bukanlah secara keseluruhannya. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin ketinggalan. Polisi DEB yang asalnye bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara bumiputera dan kaum2 di Malaysia, sebenarnya telah mewujudkan jurang penguasaan ekonomi di dalam golongan bumiputera itu sendiri.

Jelas terlihat di sini bahawa polisi itu sendiri tidak dilaksanakan dengan bijak. The price that we paid, the social unrest that it has caused between the races will in the end amount to nothing.

The bumiputeras(those who do get a chance to benefit under this scheme) have to be educated on how to make full use of the opportunities given to them and not lay back and relax for I say to you, should this be the case, the policy should be revised and funds reallocated. They will have to forego some stuff to give way to their less fortunate brothers and not keep taking in more for themselves. Be proud of your brothers' and sisters' achievement and quit pulling them down. To those already on top, don't look down on those who have less. Help them, encourage them and support them for that is how our forefathers meant it to be.

Yes, it is true, DEB is racism. Yes, it is true, we bumiputeras benefit from it. Do not take pride in then because we did not earn it ourselves. It a right that you're born with. Make the best of it while it is still around. We do not know what the future holds...

Sorry I got carried away...
NoraHash said…
If- i hope ada satu badan bebas bukan kerajaan(NGO) yang buat post mortem supaya dapat tahu kenapa DEB masih gagal.Bumiputra esplly yg kuat beragama masih susah bersaing kerana mereka di larang menipu (ini my silly ideale)baik dr segi penimbang atau kata2....kalau tak dah lebih kaya dr bangsa lain contohnya banyak juga orang melayu yang kaya dan otak penipu!
Mariannie-Ya le Marisnne ,dulu ada TV buat iklan pasal keretapi tentang orang buta yang tolong budak sengal tu ,saya sokong kalu lebih banyak iklan mcam tu tapi saya juga tak fikir budak2 sengal akan berubah sebab mereka memang jenis SENGAL !
IF said…
Yes, it should be that way. The government needs to be more transparent in its ruling. There must be checks and balances in a good governing system.

Popular posts from this blog

BERSALAH