Aku baru Tahu

Memang dari dulu aku rasa ada yang tak kena je dengan negara Malaysia ni.....Masa aku berumur 9 tahun tiba2 je ada perintah berkurung kat kampung aku di Kuala Kurau.Waktu tu pertama kali aku nampak askar berlegar2 dalam pekan manakala semua kedai di tutup begitu juga sekolah tempat aku belajar.Mak bagi tahu aku tak boleh keluar rumah nanti kena tembak !

Bila aku dah dewasa sikit masuk sekolah menengah ,cikgu BM yang lepasan Universiti Kebangsaan mula bercerita tentang pengalamannya yang ketika dalam darurat tu .Oleh kerana terlalu takut mereka terpaksa mencari apa saja yang boleh di jadikan senjata untuk mempertahankan diri mereka maka apa yang mereka lakukan ialah membuka semua besi2 katil mereka untuk di jadikan senjata.

Bila aku dapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan menyewa di flat kawasan Sg Baru, tuan rumah pula bercerita bagaimana dia dengan kumpulan anak2 muda pergi 'berjuang' dan tangannya merah bermandikan darah kaum cina.Sungai di depan flat itu juga turut menjadi merah kerana tempat mereka membuang mayat.

Apa yang aku benar2 tak paham ialah aku semasa bersekolah di Kuala Kurau berkawan dengan anak2 cina dan aku sedikit pun tak nampak mereka itu jahat.Malahan kalau bukan menjadi satu larangan dari ibuku, persahabatan ku dengan seorang budak laki-laki cina yang bernama loo wah lai mungkin berpanjangan.Dan lagi tak paham apabila cerita yang aku dengar dari mulut ke mulut ialah pergaduhan kaum itu berlaku apabila sebuah parti politik pembangkang menang mereka telah laungkan ' Melayu Mati' dalam bahasa cina.

Aku baru je tahu.....


Kemudian ada pula alkisah raja2 belasah rakyat, kisah prebet Adam mengamuk dan macam2 kisah raja2 ....apabila rang undang2 di buat agar raja2 tidak boleh kebal dari di bicarakan aku memanglah setuju kerana raja2 pun manusia juga sama macam aku yang tidak sempurna.


Aku baru je tahu.....

Kemudian kes liwat Anwar Ibrahim ,kes Daim Zainudin dan lain2 kes.

Aku baru tahu....

Terima kasih bloggers terutama Sang Kelembai, A Kadir Jasin, Aisehman, Raja Petra,Screenshots,Rocky bru,Kickdefella and others.Melalui kalian aku baru tahu !

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH