Sembang kosong.

Sejak berfacebook ni macam tertinggal pulak blog tempat curahan hati ni mcam my hubby suka tulis ayat curhat ,malming yg di maksudkan malam minggu dan apa2 lagi ayat rigkas orang indo ...manakala bahasa serawak untuk org tak biasa pun susah nak paham.

Alhamdulillah, 2 tempt yg aku mention kat atas ni aku dah pernah tinggal jadi dapat juga paham walaupun tempias jer.

Apa yang aku belajar dari fb ni kalau kita nak beri komen dlam fb orang indo kita kena tulis ala2 dilect diorang kalau tak rasa macam tak menyambung komen kita ,begitu juga dengn fb orang serawak atau orang2 kita ...

Ada yg kalau kita baca ayatnya seperti mengutuk , ada yang macam miang2 ngade , ada yang serius ada yang berbentuk ilmiah ,walau apapun cara bahasanya yg aku perasan kalau ada orang jenguk dan bagi komen dlm face book kita rasa macam kita di ajak berbual atau welcome macm tu.

Face book boleh mendekatkan orang yang jauh macam aku yg tak kenal sangat dengan orang kg ku dah boleh berinteraksi kemudian boleh join jadi fan Kuala Kurau iaitu bandar kecil tempat aku membesar.Semua ini buat aku tak miss buka fb seperti aku tak miss buka e mail ku setiap hari.

Aku yakin sesuatu yang baik tentu juga ada buruk nya. Kadang2 ia boleh melekakan kecuali kita kena kawal waktu kita supaya ada ruang untuk aktiviti lain ..sekian sembang2 kosong malam ini.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH