BALASAN

Benarlah kalau Allah SWT nak balas kezaliman yang kita lakukan kat dunia ni kadang2 tak perlu tunggu lepas mati , waktu hidup pun tuhan akan tunjuk.

Tenguk saja dalam dunia politik kita hari ini. Dulu aku tak berapa paham juga bila kita di suruh berdoa untuk elakkan fitnah ,sampailah ke liang lahat jangan ada fitnah.Maksudnya jangan ada orang bercakap hal2 buruk atas kita.

Kalau orang tak alim dilonggokkan dengan fitnah mungkin aku paham contohnya kalau perempuan pakai baju sexi di chop sebagai jalang atau yang bukan muhrim yang bebas pergaulan di fitnah kan dengan perangai2 jijik.Tapi bila kamu bawa imej alim tiba2 kena fitnah ,ini aku tak paham !

Dulu aku kesian sangat kat Dr Mahathir ,bila sorang hamba Allah dari puak PAS ,dah arwah pun ,tulis buku ibaratkan Dr Mahathir macam najis. Nauzubillahiminazzallik. Tak ada seorang pun yang menegur hamba Allah tu malahan ada yang menganggap perkara itu biasa .

Hari ini aku banyak melihat gambar-gambar seorang insan yang di gelar ulamak di pamerkan dengan cara keji dan apa yang boleh aku katakan kecuali Allah itu maha kaya.Bagaimana kamu hina seseorang maka akan datang harinya orang lain akan menghina kamu.Nauzubillahiminazallik .

Comments

Anonymous said…
lagi banyak seseorang mendekati Allah lagi banyak dugaan yang akan diterima untuk menguji keimanan terhadap Nya
NoraHash said…
Setuju dengan ayat sdra/ri bahawa lagi dekat kita mendekati Allah lagi banyak dugaan untuk menguji keimanan...dugaan berbagai2 ,tetapi persoalan di sini apakah Fitnah ini dlm kategori menguji keimanan ...mudah2an begitulah.

Popular posts from this blog

BERSALAH