Kata-kata

Dari dulu aku ingin sangat nak tahu siapa Melayu2 pertama yang ungkap kata2 kiasan yang boleh di pakai sampai sekarang.

Pendek ,ringkas ,padat dan sedap bila di sebut...cubalah orang sekarang reka satu simpulan bahasa atau pribahasa baru kalau boleh.

Tak termasuk siapa yang mula2 buat resepi sambal belacan ,sambal tempoyak atau sambal cincalok.Masaalahnya orang kita dulu tak tulis atas daun kering,tak de trade mark sampai nak gaduh2 satu nusantara.

Orang tua dulu suka pas2 dari mulut ke mulut dan jadile apa yang jadi sekarang .

Contohnya;
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa,cuba kau buat ayat lain yang sama maksudnya susah kan....ada juga orang cuba tapi dah jadi lawak pulak..macam ada udang di sebalik batu dah jadi ada udang di sebalik mee atau mee hoon.

Sebenarnya aku nak cakap sikit pasal kata-kata.Kata-kata keras dan tajam boleh membinasa diri kita,kata-kata lembut boleh mencairkan jiwa kita .Kata-kata boleh menjelaskan maksud dalam hati.Kata-kata juga boleh mencerminkan diri.Kata-kata boleh jadi janji yang ditagih dan dengan kata-kata juga orang boleh ingat sampai mati.

Maka dengan itu control le kata-kata terutama sewaktu marah .Macam hari tu aku kat kedai Mat Bangla ni nak beli tuala kecil..murah je dlam 5 ringgit untuk 5 helai ,different colors.Nak ambik yang tersangkut kat depan tu tapi dia suruh masuk pilih dalam. Yang itu kononnya untuk display.

Bila aku tenguk semuanya teruk. Ada yang kecik ada yang tak 4 segi..tak serupa yang digantung di depan. So aku tegurla "apasal semua tarak cantik."Dia boleh kata balik kat aku ,"tak mau beli sudah lah!"

"Mestilah (tak mau beli)! depan awak gantung banyak cantik kasi tipu orang...."

Sebenarnya aku tak berniat pun nak sakit kan hati dia yang mungkin tengah bengong kan benda lain . Tapi ada kalanya kata-kata boleh keluar secara otomatik dan itu lah yang selalu berlaku.

Apasalahnya kalau aku tak berkenan , terus je belah dari situ.

Nota: Sebenarnya aku selalu terfikir-fikir mahu terjah staff kat CIMB tu!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH