CIMB PENIPU!

Perasan tak orang Malaysiani banyak yang kaya hutang. Pergi bank kalau tak caya .Hutang apa yang tak boleh buat ,nak hutang beli kereta ,beli rumah , beli kedai ,nak kawen ,nak belajar ,nak melancung ,cakap je mesti bank bole kasi dengan syarat anda ada IC menunjukkan anda baligh dan anda boleh bayar balik bersama kuntum2 bunga yg memekar selalu.

Hari tu aku ngan anak pergi bank tanya pasal simpanan apa yang paling bagus pulangannya.Nak tau apa depa promote ,ambik loan ASB!

Dalam sekitar bulan Ogos budak2 IPT atau IPTS memang tengah kaya dengan duit hutang PTPN atau JPA mestilah aku kononya yg cerdik ni nak mengajar anak melabur untuk CERAH MASA DEPAN.

Dan aku baru je perasan bila hujung tahun je adelah promosi beli ASB dengan tawaran bank rate yang rendah ,tak caya tunggu hujung tahun ni.

Syaratnya cukup mudah
Ada IC = cukup umur
Ada buku ASB dengn minimum 10 ringgit.
Ada pekerjaan ATAU penjamin jika tidak bekerja.
Ada buku simpanan CIMB kalau tak de kena buka dengan amount 250 ringgit.

Cara perempuan2 yg kerja kat situ bertutur (esp puan johani dan supinah)memang convincing.

"Tahun pertama kita bayar instalment tiap2 bulan the next year tu tak payah bayar apa2 dah sebab dividen asb tu akan automatically tolak instalment tu..."

Anak2 aku sain Letter of Offer dalm bulan Ogos dan Sept dan bila aku tanya directly about the loan dapat ke tidak kat dua perempuan nama di atas ,jawapannya dah dapat...

Mestilah aku dah kira at least dua bulan dividen yang patut kami dapat out of 50 thousand loan.Dalam 7-8 ratus juga kan. Tapi malangnya bila pergi upgrade buku asb anak2 kat pej pos ...tak de pun .

Lepas tu aku pergi direct jumpa puan Supinah sebab puan johani tak ade pun dekat meja depan (dapat tahu dia dah cabut kerja ngan bank lain ,alasan; tak gamak menipu)

Lidah puan supinah masih lembut ( dia memang gadis lembut kot tak macam aku).

Bila dia bagi alasan mungkin loan approved bulan 12 jd div tak masuk lalu aku jawab dulu kamu juga yg bilang loan anak aku dah approve dlam bulan 9.

Jawabnya lagi ,yang beli saham bukan mereka tapi Kuala Lumpur .Kebanyakan clients nya akan kontek dia directly n keep asking about the loan..dalam hati masyaallah dah berpusing dan berbelit2 cakap pulak dah.

Yang saya dengar dengan jelas puan kata once loan dah approve dia akan deduct automatically dari saving acc anak saya that's why saya make sure duit dalam bank anak saya cukup untuk bayar instalment tu selain dari tu puan tak cakap apa2.

Dia ada tolak tak?

Saya baru check ,baki yang ada tetap sama..apa makna semua ni?

Bagi no talipon puan nanti saya call.

Dah 2 bulan satu phone call pun tak de dari puan supinah.Sudah lah tu bila suami call manager CIMB Bestari Jaya ..after a week or so datang dua keping surat beralamat nama anak aku bertarikh 24 Dec.

Ref: 3572009006756

Re:Application for CIMB BANK CREDIT CARD


dan satu lagi ,

Date 24 Dec

Ref : 3572009006761

Re: Application for CIMB ISLAMIC BANK CREDIT CARD

We regret to advise blablablablaaaa...............



Yours faithfully ,

Direct Banking and Cards




This letter is system generated . No signature required.

(Maksudnya tak de sape nak bertanggung jawab le tu kecuali komputer )


Dan yang paling aneh ,anak aku masih menuntut dan tak pun pernah apply dua2 card tu.Kalaulah mereka fikir nak kan duit 100 ringgit unrefundable fees yang dikali dengan dua org anak aku dan mangsa2 pelajar2 lain(esp UNISEL) yang cuba apply ,aku masih tak kisah ...tapi cuba le fikir students yang tinggal jauh ,nak exam ,curi2 balik sebb nak sain borang proposal tu, cuba le fikirkan budak2 yang mengharap dan sudah berkira2 ada dividen hujung tahun untuk mereka gunakan pada sesuatu .

Cuba lah fikirkan! dan kamu tak boleh hantar sekeping surat untuk mengatakan loan mereka gagal!

ATAU ,kamu hanya peralatkan nama2 applicants untuk keluarkan loan dan kamu beli asb atas nama kamu dan guna semula borang jual yang sudah siap di sain untuk jual semula dan masukkan semula ke dalam bank .

Aku berani kata DIVIDENnya KAMU KEBAS.Sebb itu promosi hujung tahun kamu memang HEBAT!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH