Kata cucu ,LEBIH GERAM dari KESIAN

ENTRY TAMBAHAN;
Aku tahu aku dah tua sekarang tapi bila aku jadi bertambah tua macam orang dalam rumah ni aku minta dijauhi jadi macam tu..... Kalaulah itu bukan rumah aku sendiri rasanya aku tak akan duduk lama dalam rumah tu...aku selalu dalam delima bila berada di rumah tu lama2,nak marah takut berdosa nak tegur takut melukakan hati dia lebih tua dari aku..banayk kali juga aku menegurnya ,mungkin dia dah paham sikit kot mungkin juga dia suka buat2 tak paham.

Aku Rimas tahap dewata bila...

Setiap kali suami aku keluar dia selalu tanya aku kemana suami aku pergi...10 kALI suami aku keluar sepuluh kali dia tanya dan sepuluh kali aku jawab , TAK TAHU tapi dia tetap tanya jugak.

Bila TV meragam ... berulang2 kali sebut...biasalah dah uzur tenguklah sampai rosak. Tapi tidak dalam fikirannya dah bayangkan suami mesti beli baru untuk suami dia kerana suami dia bapak suami aku.

Pantang kami balik , dia mesti terus cakap dia nak pergi sana pergi sini kalau Noor Aini boleh bawa kereta....mestilah aku boleh bawa kereta.Dia Nak pergi GIANT for the sake of belum pergi dan boleh cerita kat orang dia dah pergi. Bila tanya apa dia nak beli....dia blank sebab dia cuma nak cari tudung dan asessori untuk kenduri ....aku bukan jenis yang suka melaram dan berhias jadi aku tak suka tabur duit beli benda2 macam tu....jadi aku bagi alasan benda2 tu kat KL jauh lebih murah ...dia siap tunjuk jenis macammana dia mahu,kalau dia betul2 mahu beli dengan duit dia tak kan berganjak nak beli juga kan....Di rumah, apak sarapan biskut jari kering cicah teh o sedangkan pencen dah masuk ,bulan masih muda. Apa le penting sangat nak berhias pada usia sebegitu.. tapi itu kata aku.

Aku terpaksa ikut bontot dia kemana dia pergi sedangkan aku pun nak cari barang juga ...aku tak boleh tinggalkan dia sebab tak mau dia panik cari aku ,dulu aku bagi hp dia bagi kat orang kerana tak tahu nak guna atau tak tahu nak top up.Bila dia nak cari bedak , aku suruh alang tunggu ,entah kenapa dia tak beli pun ...alasannya mahal tapi aku kadang2 buruk sangka juga sebab kalau aku ada situ tentu jadi nya walaupun mahal sebab dia tahu jenis aku akan bayar ... itu prasangka aku.

Bila dia rasa nak balik dia akan sebut perkataan mak cik nak balik berkali2 sampai aku tak de feel nak cari barang aku.





DIALOG BIASA
----------------------------------
Hari ni dia tahu kakak ipar nak datang,
'Mak Cik nak masak ,takut gas habis..'

'Kan ada dua tong gas ,kenapa tak isikan buat spare satu.'

'Ani bolehlah ada duit ....'

'Mak Cik ....bukannya untuk kami, kami datang sekali sekala je tapi untuk senang kan mak cik dari pada mak cik duk susah hati takut gas habis tengah memasak ...memanglah mahal sikit tapi untuk permulaan je lepas tu macam biasalah ...bila habis baru isi yang kosong.'

Mak cik - .............diam

-------------------------------
Bila aku bersiap untuk keluar dengan suami,
'Noor Aini boleh beli susu Everyday dengan teh lipton ,teh yang mak cik beli tu tak berapa sedap ,apak tak mau minum...'
Sedangkan aku tak pernah dengan apak merungut pun.

---------------------------------------
Sedang kami bersiap mahu ke rumah kenduri,

'Bedak Atuk dah habis ...farah hantar opah pergi kedai @@@ nanti opah balik jalan kaki...'

'Hari tu masa kami bawa pergi Giant kenapa tak beli?'-aku.

'Mahai ,kat Giant....kat kedai ni murah sikit.'

'Mak cik ,duit minyak pergi Giant lebih mahal dari harga bedak tu tau!-aku.


------------------------------------------
Esuk sebelum balik,

'Noor aini susu apak dah habis......mak cik dah pesan tapi orang kedai tu lupa hantar...'

BENCI BETUL DENGAN PERANGAI HIPOKRASINYA .
----------------------------------------------

YA ALLAH YA TUHAN KU , KAU BERI LE AKU BANYAK2 KESABARAN .....

Sebelum balik ke Selangor,
'Abah, jom kita pergi supermarket beli barang untuk rumah.'

Aku jumlah kan semua bil ada kot 400 ratus ringgit. Susu Everyday ,susu anlene, teh lipton, milo ,minyak masak ,tepung ,gula , beras ,minuman dalam kotak dan botol, telur ayam ,biskut oats , b iskut jacob , asam , mentega , sekaya ,roti ,kek ,buah2an ,mee hoon saiz paling besar , rempah ratus , pencuci dinamo saiz paling besar dll. Aku dan suami tak kisah dengan jumlah tu sebab memang tiap kali kami pulang kami akan beli tapi tolonglah jangan berkira 2 sangat.



'Hehehe,Banyaknya Atan beli barang...'

Aku buat rumusan yang makcik tahu kami akan pulang sebab ada kenduri jadi dia sengaja tak beli apa2 bulan tu. Sepatutnya aku simpati kerana dia tak ada kenderaan tapi pelik kalau dia boleh menumpang adiknya sama2 pergi ambil pencen di bank ,tak ke dia pun boleh cari barang2 keperluannya juga. Dulu dia kerap juga talipon bila ada masaalah bila aku tanya kenapa tak minta tolong anak dan cucu tiri yang duduk dekat2 dengan rumah kenapa aku yang duduk jauh beratus2 batu ni kenapa harap anak aku yang akan balik teman dia bila cuti panjang...mana aku dapat paksa anak aku kalau mereka tak mahu balik...fikir le sendiri kenapa semua orang mula menjauhkan diri....kalau ikhlas ..tak perlu minta orang akan bagi.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH