Operasi bersih bilik

Pagi tadi dalam pukul tujuh pagi waktu m'sia, Ahmad Shah berangkat ke tempat kerjanya dengan kete satria yang dipandu oleh adiknya, azlan.Belum sempat aku nak bagi segulung nasihat dia dah sound awal2 dia pergi seminggu je....mmm tak jadi nak bagi mutiara kata buang sepatah dua.

Lepas semua orang dalam rumah dah clear ,tugas aku yg pertama ialah masuk gua atau sarang dia bertapa .Buang kotak rokok kosong ,puntung rokok dan abuk rokok,buang tin-tin minuman kosong ,plastik wrappers dan segala mak-datuk sampah...penuh dua beg plastik tesco. Kutip kain baju termasuk selimut ,cadar, sarung bantal dan tirai tingkap, ada kut setinggi bukit rumah aku ni ,punyale banyak.Suruh Aci cuci bilik air dan mop lantai sampai bersih..sebab setiap kali aku masuk bilik dia dan pijak tempat basah...aku akan tinggalkan kesan tapak kaki yg hitam sebab terpijak abuk rokok dalam sarang tu!Ambik bantal busukk dan jemur bawah matahari.

Kalau kecik lagi rasa macam nak rotan2 je supaya jage kebersihan ,jangan dok buang sampah merata2 dan sepuk baju busuk sampai bau tu sebati dengan badan dah tak tahu mana yang sebenarnya busuk baju atau badan.

Dalam hati terfikir juga bila dia tak de ,abah susah le sikit nak ke KL tanpa driver. Macam kat Taiping tu mak cik dok le puji teringat kat Ahmad suka makan sayur bendi..bila dia ada dulu dok le tuduh orang tu bagi hilang barang atuk le, buang kucing dia le..macam tu lah lumrah manusia...nampak yang buruk je bila depan mata bila dah jauh baru nampak yang baiknya.

Ape2 pun kat sini mama nak doakan yang terbaik untuk anak sulung mama.... buat kerja dengan tekun dan amanah ,jangan melawan cakap orang atas kecuali kalau kita ada pendapat yang lebih eluk boleh bincang cara berhemah...jangan tak baca berita2 semasa juga jangan berhenti menimba ilmu...mudah2an cepat dapat confirmation ,cepat naik pangkat ,insyaallah.








Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH