Laling Gua

Hari ni aku nak tulis pasal laling gua. He's so special ,i mean his character...susah nak jumpa dalam seribu....

Mula2 kenal dengan dia ... tak terus jatuh cinta sebab waktu tu tak nampak apa2 yang istemewa pada rupanya..tak macam rupa shashi kapoor atau jetendra yang menjadi kegilaan wanita2 di tahun 80han atau waktu sekarang macam shah rukh khan. Susok badan pun tak lah tinggi mana tapi ada something yang menarik mata aku waktu tu iaitu punggongnya yang agak bulat bila dia pakai seluar kodroi ketat..aku tak pernah tenguk budak laki2 yang punya bontot solid macam tu....its kind of cute to me.

Bila dah jadi kawan dia suka bagi hadiah walaupun aku jenis yang tak pernah minta dan harap apa2 dari dia .Kalau aku minta entah2 lagi besar kot aku dapat.

Sekarang dia dah dah jadi suami aku. Ustaz yang pernah mengajar aku pernah cakap ,isterilah orang yang paling mengenali suaminya...maksudnya apa...maksudnya emak dia pun tak berapa kenal dengan fe'el anaknya.Sebab emak sekadar pernah tidur dengan dia waktu dia kecil je tapi bila dah tua dengan siapa pulak dia tidur kalau bukan dengan isterinya.

Laling gua berbintang Capricorn dan lahir dalam tahun Anjing..kalau baca sifatnya dalam dua2 zodiak ni nearly 100% true.Dalam banyak2 sifat yang dimilikinya yang satu amat aku sukai ialah sifat semulajadinya melindungi orang2 yang disayanginya.Aku yakin sebab dia pernah lempang seseorang kerana aku!

Dulu masa muda ada satu sifat yang dia paling benci ia itu jangan komen apa yang dia buat...susah tau nak tegur apa2 sifatnya yang kita tak suka...mungkin waktu tu yang boleh komen dia hanya Bos dia je atau ayah dia je. Atau mungkin aku tak paham di tempat kerja dai di arah dan di komen oleh bos dia jadi di rumah dia tak suka dikomen tetapi banyak beri komen dan arahan dan aku perlu dengar dan patuh .

Satu lagi yang dia tak suka bila aku menjawab dan jawapan aku langsung tak menepati soalannya. Bab ni aku rasa pelik sikit dia suka mengajukan kata2 yang berbentuk soalan dan aku pun serba salah nak memberi kata2 yang bukan dalam bentuk jawapan...

Kalau laling gua baca blog ni , saya nak cakap macam ni..."Abah, dari mula2 kawin sampai sekarang, mm suka tenguk wajah abah, suka tenguk perangai abah walaupun kadang2 terover macam pakai topi cowboy dalam pekan tapi abah confident gila kalau Ayum ade sure dia yang malu tersengeh2(contoh aje),sekarang mama rasa aman sebab abah dah boleh control sifat garang dan amarah abah tu,darahtue dah cool sikit ,boleh terima orang komen walau abah suka cakap who cares ,man? Kadang2 tu abah tinggikan suara, marah2 tapi abah lupa abah yang buat benda tu...luculah abah ni.Macam abah suka bagi lecture tak eluk makan manis2 nanti kena kencing manis tapi bila mm buat teh tawar ,abah tak minum."

Mama suka bila abah tak kisah mama pegang tangan abah bila jalan2 dalam pekan especially bila nak lintas jalan ,sebab mama jenis slow sikit bukan je dari motor tapi dari segi pick up pun.Bila jalan dengan abah mama tenguk banyak orang perempuan akan pandang abah(mungkin misai abah tu) tapi abah tak sedar pun,mama yang sedar, bukan tu je orang laki2 homo pun cuba nak menggatal .

Kalau masuk kedai abah boleh tanya orang kedai tu dari abah tak tahu apa-apa sampai abah tahu..tapi abah tak beli pun ....abah puji cara orang tu handle customer macam abah.

Suka bila abah kutuk-kutuk mama sebab tak paham hal komputer tapi abah tak boleh ajar mama sebab abah tak de aura seorang 'guru'. Mama terpaksa belajar dari anak-anak sampai mama pandai dan abah tak leh kutuk mama lagi.

Actually banyak lagi yang mm nak tulis tapi macam biasa..mm dah ngantuk dan mula bosan nak tulis panjang2..anyway thanks sebab jaga mm dan thanks juga sebab belanja ikan bakar kat Jeram tadi, night abah ,sleep tight ,sweet dreams.

p/s
Mama dah start exercise ni, running on the spot , cha cha ,naik turun tangga dll nak dapat figure macam Anita Serawak atau Tina Turner ,semua tu dalam ranking nenek glamour dan sexy...doa2 mama success ye ...

Comments

IF said…
:)
Azlan said…
love u mama
Unknown said…
omg so sweeeett..
i almost cried bile bace ney..
jatuh jugak la barang setitik due :)
NoraHash said…
Tiq, entry untuk suka2 bukan untuk nangis. Alan , luv u too n tq sebab banyak ajar mm ,If ;)...

Popular posts from this blog

BERSALAH