WORDS DON'T come EASY

Masa berkawan dulu semuanya nampak macam mudah...yang saya maksudkan ialah bila nak meluahkan perasaan kita pada pasangan kita. Waktu itu kita adalah diri kita secara semula jadi....walaupun pernah terbaca bukan semua orang especially laki2 akan tunjukkan their true colors. Kalau keluar semua colors tu nanti habislah pasangan akan lari.

Tetapi itu yang laki2 la.... yang perempuan biasanya atau kebanyakannya tak pandai hiding sama seperti tak pandai main politik. Kalau dia orang cuba juga sure kantoi sebab lelaki kenbanyakan ada deria tajam nak mengesannya.

Sebab tu sewaktu berkawan lebih ramai perempuan yang lebih emosi dari laki2 ...kalau tak kena mana2 akan merajuk sakan atau bila marah sampai melangit atau bila di kecewakan menonggeng berbulan2. Lelaki pula kalau tak salah mereka selalu set otak mereka kalau nampak seperti sesuai dengan jiwa mereka itu lah satu..tak payah beremosi2 sangat kecuali ada aral melintang barulah ,tak dapat barulah sedih itu pun rasanya tak dapat kalah kan kesedihan perempuan.

Tetapi ada juga segelintir perempuan yang memang dah expert bab laki2 ni..dah pro dengan tipu daya mengawan ni...mereka pandai main emosi laki2. Biasanya perempuan ni punya ciri2 yang lelaki suka dan mudah mendapat perhatian kaum adam ni. Kalau lelaki tak bijak menilai mereka akan jadi habuan wanita2 licik ini. Mereka kebanyakan mementingkan diri sendiri dan pandai merayu...

Betul kah lelaki suka perempuan MERAYU? Entahlah, wallahualam!

Dulu cara nak meluahkan perasaan hati ialah melalui warkah.....rasa rindu rasa cinta pada suami tetapi sekarang selepas duduk bertahun2 sebumbung....hmmmm sepatah pun berat nak sebut!

Apakah perasaan tu dah padam? For me the answer is NO cuma susah nak sebut.

Ok kat sini saya nak sebut khusus untuk SUAMI ,samada dia baca atau tidak itu tak penting.....

YANG SAYA SUKA:

1)Saya suka lihat wajahnya ketika dia sedang nyenyak tidur......tak ubah macam tenguk bayi sedang tidur ...nampak tenang dan comel...hati saya pun tumpang tenang.

2)Bila dia bercakap dan tangannya bergerak2 ubah apa saja barang di depannya.Saya selalu tersenyum geli hati....boleh kira berapa kali barang tu bergerak.

3)Bila berjalan dengannya di tempat asing saya rasa selamat seperti selalu dilindungi.....

4)Kecerdesan akalnya dalam menangani masaalah...saya selalu kagum dengan cara dia berfikir...jadi setiap kali pendapat saya di tolak saya takle rasa saya bodoh sangat sebab dia yang terlampau pandai hehe...

5)Bila dia buat sesuatu pekerjaan ,dia akan lakukan dengan serius tak main2 walaupun waktu tu dia sedang bermain ,seperti first time tenguk dia main bowling....kalahkan gaya pemain pro....masa dia menghayunkan bola dan melepaskan nya,suami siap melompat dengan PENUH GAYA dan NAMPAK sungguh comel macam budak sekolah rendah gitu...buat saya ketawa menyeringai nampak gusi. Itu yang buat dia nampak ISTIMEWA sangat di mata ni.

Dulu bila saya rasa dia dah tak sayangkan saya kerana tak pernah lagi sebut perkataan tu saya akan buka semula warkah2 lama yang di hantarnya jadi hati saya jadi berjiwang2 semula .Sekarang formula tu dah lapuk saya dah tak simpan surat2 tu lagi....jadi saya tulis dalam blog ini untuk kenangan.

Mungkin suatu hari nanti dia dah tak sayangkan saya seperti dulu, mungkin juga sebaliknya dia tetap akan menyayangi saya malahan lebih ....apapun saya akan cuba mengerti kerana WORDS DON'T COME THAT EASY.







Comments

Lily Abdullah said…
Yup..yup...100% agreed. Tapi memahami & menerima adalah dua perkara berbeza.

Ish..ish..sakit hati ni sb hubby buat saya teramat bengang + geram malam ni.

HAPPY NEW YEAR.
NoraHash said…
This comment has been removed by the author.
NoraHash said…
Waterlily, tengah confused ayat mana yang lebih sesuai ye antara terima dia dan cuba memahami atau pahami dia dan cuba terima....atau terima dan pahami saje ...

Popular posts from this blog

BERSALAH