Isu BAHASA

Kadang2 susah nak kata sistem pelajaran di Malaysia kita ni salah ke betul ,sebab saya tak pernah kerja dengan jabatan ni, tak pernah jadi cikgu atau cikgi malahan kerani pun tidak tetapi saya dengar dari mereka begitulah....

Tapi kalau saya pakai lojik rasanya betul la kot sebab tenguk lah berapa kali tukar . Sekejap matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris sekejap Bahasa malaysia kemudian tukar ke Bahasa Inggeris. Alasan banyak budak kampung tak tau cakap Inggeris sampai nak kerja pun tergagap2 tak boleh jawap soalan ketika di temu duga. Itu yang menemuduga orang putih ke orang Malaysia ? Dan yang tak tahu cakap oghang putih tu nanti depa tak boleh buat kerja ke...yang kita perlukan ni adakah otak mereka atau cakap mereka,lainlah kalau nak jadi ahli kelentong pandai cakap tapi tak ada otak!

Buku2 teks pun begitu juga , bertukar2 penerbitnya ,isinya bukan ada penambahan fakta tapi di olah berlainan cara .Kemudian ibu bapa yang gaji lebih sejemput kena beli buku2 teks baru.Buku tahun lepas yang sepatutnya pass kat adik dah terpaksa masuk kedalam gerobok buruk.Macam tu lah lebih kurang. Dengar dari anak saya buku teks tahun depan free tapi keutamaan tetap kepada budak2 yang miskin....maksud nya apa? Kalau tak cukup kamu mesti beli sendiri lah.

Itu baru bab mata pelajaran yang di ajar belum lagi dengan sekolah2 pengantar. Kepelbagaian memang bagus( Sek Tamil ada sekolah Arab ada,Sekolah Cina ada, sekolah Inggeris pun ada)dan kita pula bebas nak pilih sekolah mana ( maaf sebenar nya tak bebas 100%) .Kita nak hantar sekolah Tamil ke ,Sekolah Kebangsaan ke kita punya pasallah.Tapi kalau nak hantar ke sekolah2 berasrama penuh ,anak kita mestilah lulus cemerlang dalm akademik dan ko-korikulum sekolah rendah.Sekolah Arab pun kita kena lulus juga dan tahu tulisan jawi.

Di saat kita berlumba2 untuk maju kan anak2 kita supaya masa depan nya lebih cerah atau lebih baik dari kita,ada beberapa rintangan yang kita perlu hadapi.Selain berlumba2 mencari sekolah yang berprestasi cemerlang dimana bilangan pelajarnya terhad,kita juga berlumba2 mencari pusat2 kelas tambahan yang juga mempunyai rekod bagus.Duit adalah fakta penting kerana ini adalah pelaburan masa depan anak2 kita.

Tempat2 tuition ini meletakkan yuran yang lebih tinggi selaras dengan keupayaan mereka memberi service yang bagus. Dan di sini juga menjadi satu dilema apabila mereka yang termampu sahaja yang boleh menghantar anak2 ke sana.Yang tidak mampu akan ketinggalan terutama apabila berada dalam kelas yang sebenarnya.

Saya dapati juga dari pengamatan mata saya kaum Melayu masihkurang kesedaran dan berkira2 untuk mengorbankan sedikit duit untuk menghantar anak2 mereka ke kelas2 tambahan ,tidak seperti kaum Cina dan India dari segi pendapatan yang sama jika saya boleh rumuskan begitu.Bagi saya minoriti bukan bermakna mereka akan terus di tindas tetapi lebih banyak kepada kesanggupan untuk bangun berdiri di celah2 majoriti.Bersaing dan berusaha...dan melakukan pengorbanan yang besar untuk masa depan anak2 mereka.

Oleh kerana timbul isu Hindraf baru2 ini dan banyak pendapat yang saya baca ,ada yang menyokong dan ada yang marah .Jadi saya boleh rumuskan ada dua artikel yang menarik hati saya dan berpihak kepada penulisnya ,satu ialah isu konspirasi yang di tulis oleh Raja petra sendiri dan satu lagi ialah penulisan seorang guest columnist dalam Malaysiatoday seperti link di bawah. Dan saya rasa ia amat releven sekali dengan isu di sini.

http://www.malaysia-today.net/nuc2006/guestcol.php?itemid=740

Saya tetap dengan pendirian saya bahawa sistem pembelajaran di Malaysia masih PINCANG.Masih penuh dengan campur tangan politik dan isu perkauman. Masih belum boleh menjadi penyatu bangsa menjadi kannya satu rakyat Merdeka iaitu rakyat Malaysia. Mustahil tidak ada satu formula yang boleh di lakukan....saya rasa kerajaan ingin dan boleh melakukannya tetapi pembangkang pula bagaimana...masih mahu ada kepelbagaian bahasa dan bangsa walaupun di luar rumah ,maksud saya di sekolah2 ?

Comments

Lily Abdullah said…
Salam Naha,
Begitulah adatnya orang politik. Semua nak dipolitikkan. Bosan!!

Popular posts from this blog

BERSALAH