ILMU Ghaib

Waktu ni saya cuma menaip separuh hati. Entah kenapa kebelakangan ni malas betul nak bercerita dalam blog ni.

Tetapi sebab dalam blog ni ada talian ke blog tertentu yang saya suka baca jadi saya kena buka juga blog saya.kalau ada entry baru dari blog talian tu saya akan baca tetapi bila tak de entry baru ia agak membosankan.Lalu saya terfikir juga kalau saya tak isi blog saya dengan entry baru walaupun cerita ala2 sampah ada tak orang rasa kecewa menekan talian ke blog saya ...tanya saje hehe, jawapan nya dah tentu nobody cares!

Hari tu kawan antar e mail cerita dia ke Kulim bawa semua keluarganya maklumlah cuti sekolah anak dan mak bercuti panjang.Kesana mereka tak lepas peluang buat rawatan2 tradisi...macam mandi bunga, buang resdung dan mengurut. Fuh , katanya best giler bukan stakat dia seorang tapi sekeluarga pulak tu dan bayaran mencecah RM 175...katanya mengurut Rm 30, buang resdung RM 13 and so on...

I thought all the while my self aje yang suka cari rawatan2 tradisi ni tetapi rupa2nya ramai lagi...tetapi mengurut dengan harga RM 30 - 40 tak lah mahal sangat sebab hari tu saya bawa anak saya mengurut ,the man asked RM 101 dan katanya kalau nak tambah terpulang so i gave him RM 200. But i was satisfied with his service and all his advices to my son and me.

Bila dia bagi tahu pada saya bayarannya dan saya kata saya suka cara itu 'berterus terang' kerana saya juga nanti akan bertanya'berapa?' dari teragak2 nak bagi berapa.Tetapi dalam begitu saya merasai dia sudah scan beg tangan saya yang baru draw duit dari bank hari itu.Kerana orang2 ini ada ILMU scanner yang boleh nampak apa yang berlaku di masa yang lepas dan masa akan datang..seperti ada time mesin yang boleh menembusi masa dan apa saja.ITU PERASAAN SAYALAH.Dan saya kadang2 rasa tak selesa duduk berhampiran orang sebegini.

Percaya tak dia boleh bagi tahu saya yang dia nampak siapa bakal isteri anak saya yang baru berumur 17 tahun tu.Katanya pasangan anak saya orang Perak ,umur 15 tahun dan putih orangnya...apakah dia dah tahu kami berasal dari Perak dan umur anak saya 17 tahun jadi sebagai laki2 mestilah tak akan ambil isteri yang lebih tua darinya manakala putih pula...sudah tentulah secara general laki2 suka wanita yang berkulit putih.Banyak anak...laaaa ini bermakna anak saya tu penafsu.ADAKAH DIA HANYA MAIN AGAK pun entahlah....

Dulu masa di Kuching ada 'orang berilmu' ni pandai tenguk susur jalur jodoh seseorang,itulah 'ilmu' dia yang saya maksudkan. Saya yakin juga kerana Allah memang dah jadikan kita dengan pasangan2 kita kan.Tapi saya rasa calon2 pasangan kita bukan seorang kerana ia akan jadi statik dan kita tak perlu berusaha langsung jadi kata orang ilmu tu kalau orang itu memang sudah ada dalam jalur jodoh kita kena usaha.Pernah juga kawan saya yang teringin jodohkan anak perempuannya dengan seorang budak tu tetapi tak berjaya lalu katanya orang ilmu itu pembohong.

Saya juga pernah bila di minta tolong cuba juga bertanya .Bila dua orang bercintan dan yang laki2 tu dah beristeri tentulah desperate juga nak tahukan.Jadi kata orang ilmu tu nama perempuan tu tidak ada langsung dalam jalur tu, maksudnya mereka langsung tidak akan berjodoh ,bercintanlah sehebat mana pun...saya rasa lega tapi detik menunggu kebenarannya tu yang mencemaskan samaada benar atau tidak.Dan ternyata memang benar mereka tidak berjodoh tetapi malangnya si lelaki tu kahwin jua kerana nak menunjuk pada perempuan itu kalau kau boleh kehwin dengan orang lain aku juga.Jadi dalam hal ini untuk isteri2 kalau dah tersurat kamu akan di madukan maka bermadulah kamu.

Saya juga dapat tahu yang orang2 ilmu ini kadang2 sudah nampak kematian di depannya...yang saya pernah dengar ialah mereka dapat lihat darah yang keluar dari bulu roma dan ini menandakan orang itu tidak ada harapan lagi...dan saya perkuatkan lojiknya satu kerana ada ayat mengatakan sewaktu kita mati banyak darah yang keluar dari badan tetapi tidak nampak dan kedua, doktor juga boleh tahu kematian seseorang kian hampir melalui mesin degupan jantung si pesakitnya,jadi ini tidak mustahil .

Walaupun rezki, jodoh dan maut di tangan Tuhan,keadaan ini boleh berubah2 dengan usaha kita dan doa kepada Allah Taala. Cuma khiamat saja yang tentu dan tidak akan berubah2 dan tidak di ketahui bilanya kerana malaikat telah mengawal ketat pintu2 langit agar iblis tidak dapat mencuri dengar perkhabaran khiamat itu.


Kata orang ilmu tu lagi dia boleh lihat siapa yang menuntut ilmu hitam atau pakai hantu raya.Wajah2 mereka nampak oleh orang biasa sangat ayu dan cantik tetapi pandangan mata orang2 ini ,separuh muka mereka nampak hitam begitu juga mata mereka yang seperti tidak ada warna putih tu(macam yang di gambar2kan dalam filem pulak).

Katanya setiap manusia ada nurnya dan nur ini boleh keluar dan masuk kedalam badan atau jasad kita. Nur ini perlu di jaga biasanya dengan ayat2 quran. Ayat 3 khul sperti Al Ikhlas , Al Falaq dan An Nas memang bagus di amalkan sebagai pendinding hati di mana nur itu terpancar.Kerana di situlah Iblis suka membisik dan menghasut.


Sewaktu anak hendak diurut baju dan seluarnya di tanggalkan dan di letak atas tepi katil dan kemudian baju itu di buat andalan .Katanya lagi kau lihat lah baju tu, itulah jasad engkau tanpa ruh atau nur ia tidak ada apa2, tidak boleh bergerak .Bila kau pakai ia nampak cantik mengikut bentuk engkau. Bezanya badan kau yang sudah di tinggalkan ruh akan busuk lalu orang akan tanam kau ke dalam tanah.

Sebenarnya banyak lagi yang di cakapkan ,ada yang saya ingat dan ada yang tidak....tapi keseluruhannya saya akui kata2 nasihatnya memang bagus tetapi tilikannya...wallahualam.

Mudah2an anak saya dengar ,mudah2an anak saya lihat dan mudah2an anak saya paham.....mudah2an kami mendapat hidayah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH