Astro and ME

Source: Malay Mail

Astro dish sensitive to misalignment


Dear Editor, WE refer to Kamal Kaur’s feed back on Dec 5 and would like to advise that the disruption in re ceiving clear transmission on certain channels is a result of the satellite dish misalignment, not the channel numbering.
Our channel renumbering exercise does not have any impact on the transmission of the channels.

Over the years, weather conditions can cause the outdoor satellite dish to move. Customers are advised to look into realigning the dish so that the satellite dish can receive optimum signal trans mission from our satellites.

Wong Chee Eng

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ini cerita saya....

Masuk bulan ni dah 3 bulan agaknya kami tak melanggan Astro....bukan tak pasang Piring Atro tu ,dah pasang dan dah banyak kali tukar transmitternya yang asyik kena sambar petir. Akhir sekali sebab tak tahan dok bayar harga transmitter tu panggil orang ubah Piring Astro tu baru le ok sikit ,almaklumlah rumah atas puncak bukit sure kilat suka main sambar2.

3 bulan tak langgan ? Boleh ke tak de astro?

Hmmmm...mula2 tu memang le mengelitin macam ulat bulu tak jumpa daun tapi lama2 tu dan mungkin sebab ada internet juga dah tak ngelitin lagi.

Kat sini nak komplain, nak komen atau senang cerita nak tulis sikit le pasal Astro dan saya ni.
Sebelum Astro semasa di Kuching saya pernah melanggan satu stesyen TV apa tah namanya dah lupa..nanti bila ingat saya akan tulis disini...oh ya Mega TV. Mula2 siaran tu ok tapi a few months later service makin teruk gambar selalu kaku kadang2 langsung tak ade siaran. Bila Mega TV nak saman pelanggan sebab tak bayar bil nya semua pelanggan marah kerana masaalah service tu lah....dan akhirnya Mega TV gulung tikar..bukan sebab pelanggan tak bayar bil tapi sebab pengurusan yang tidak effisien.

Bila pulang ke Kelang , Astro yang waktu itu muncul sebagai pesaing Mega TV adalah pilihan.Sebab saya tinggal di dalam ladang kelapa sawit yang tak ramai makhluk mestilah saya amat gembira walaupun waktu itu pemasangan Piring yang ada tulisan Astro tu agak mahal.Yang menjadi maaalahnya sewaktu orang Astro datang pasang suami sudah dapat surat pindah ke tempat lain....

Waktu itu saya boleh bagi tahu bahawa siarannya langsung tidak memuaskan...dalam kita menonton channel Malaysia ia boleh bertukar ke channel Indonesia dan lama kelamaan terus tak dapat siaran Astro..Pernah sekali Cina kedai tu datang dan betulkan tetapi masaalah nya berulang.....sehinggalah kami berpindah.Malang sekali apabila kami bertemu dengan wakil Astro baru di tempat yang baru, solution yang di berikan ialah daftar lain dengan nya jadi kami mendaftar dengan alamat baru tetapi nama yang sama.

Dalam sedap menonton Astro dan membayar service yang kami terima dari Astro tiba2 panggilan kurang sopan menagih sebanyak lebih kurang RM 600 ringgit dari no akaun yang dulu.Dan yang akhir sekali secara biadab (kerana suami tak layan sampai suruh pihak Astro bawa kes tu ke mahkamah) ,siaran kami di potong walaupun kami baru bayar bil melalui ATM.

Biasanya setiap kali kami terlambat membayar bil Astro kami akan mendapat sms atau panggilan untuk mengingatkan kami akan bayaran seterusnya tetapi sejak hari itu kami tidak lagi menerima apa2 msg atau panggilan sehinggalah ke hari ini.

Di sini saya nak tanya Astro , kenapa boleh lantik bersepah2 kedai jual TV sebagai agen jual Astro tetapi tak bagi mereka kuasa untuk mengutip bil atau menerima komen atau sekurang2nya kalau kita tiba2 tak puas hati dengan siaran yang kita terima dan nak tukar ke nak potong ke sekali gus kenapa kita kena talipon dan serah hal tu kepada pengurusan astro di KL pulak.Kalau ID kad kita hilang semasa pengiriman siapa pulak nak di salahkan , pelanggan jugak kan?

Kalau saya betul2 nak tenguk Astro saya boleh mendaftar dengan nama orang lain dan kasi identiti orang lain, tetapi buat masa ini saya tak teringin lagi melanggan ASTRO saya benci cara mereka menggunakan pendekatan samseng seperti mahu mengajar saya supaya menyembah2 mereka,dah lah naik kan harga tanpa pelanggan boleh berbuat apa2. Saya cuma mohon agar ada stesyen lain muncul sebagai pesaing Astro kerana kuasa mereka telah monopoly siaran TV keselurannya buat mereka RIAK dan SOMBONG pada penonton seperti saya.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH