Kawan Baru

Semalam di Megaview Hotel Kuantan ,saya dapat bersembang dengan kawan baru dari Golden hope Estate...macam2 topik kecuali politik je.


Mula2 kami cakap pasal topik penyakit barah, dia ada pengalaman menjaga pesakit barah tulang selama bebarapa bulan dan menyaksikan sendiri penderitaan pesakit tu, memang dasyat.Katanya lagi dari self survey rata2 pesakit barah di kalangan wanita banyak berlaku kepada wanita yang mempunyai anak kurang dari 3....tanya saya terkejut betul ke?...dan dia yakin memang betul jadi dia bernekad mempunyai anak paling kurang 4 orang...Tup2 dapat 6 orang termasuk yang tak sengaja dapat....fuh cerita hebat yang saya harus kaji... ada kena mengena dengan pil perancang ke.,tanya saya lagi ....mungkin katanya.

Nada suaminya pulak ada seperti kekesalan kerana kahwin agak lewat.,katanya susah nak dapat jalan berdua2an.....bayangkan lah kami mempunya anak 5 orang dan yang bongsu akan memasuki Ting 3 manakala anak bongsu dia baru berumur 2 1/2 tahun.Seperti saya isterinya juga berhenti kerja malahan dia sanggup meninggalkan pekerjaannya yang bagus demi hendak meguruskan anak2nya bersama suami.

Saya tak lah setuju sangat sebabnya kami jenis suka angkut semua anak2 bersama setiap kali kami berjalan,kosnya memanglah agak tinggi, tetapi meriah ....Walau macamana pun saya setuju suami -isteri kena ada ruang untuk berdua2an....untuk memadu asmara dan merasai detik2 indah bersama tanpa gangguan.

Dari pada kisah barah kami berpindah ke topik beranak dan topik mati dan topik kena hikmat. Saya samakan detik kematian seperti detik melahirkan...kesakitan yang amat sangat bukan ketika budak itu lahir tetapi sewaktu hendak melahirkan,kematian juga amat menyiksakan ketika sedang nazak(sebelum nyawa keluar dari jasad) bukan ketika sudah mati.....seperti labour pain....kalau lama labour pain tu lamalah sakitnya tetapi kalau sekejap maka alhamdulillah pendeklah sengsara tu sama seperti ketika nyawa hendak di lepaskan dari jasad.Saya berdoa semoga Allah kurangkan azab sakaratulmaut ,azab kubur dan jauhi azab api neraka.

Saya sambung lagi, dulu emak saya cakap sakit nak beranak macam nyawa di hujung rambut....tetapi saya pula bagitahu anak2 macam ni.... ambil gunting tajam, dan gunting kulit kamu selebar 3 atau 4 inci tanpa bius ,apa rasa?Kata saya lagi ,salah, langsung tak rasa apa2 walaupun saya boleh dengar bunyi isi dan kulit saya digunting (macam bunyi kain di koyak) kerana kesakitan mahu melahirkan lebih dasyat dari rasa isi yang terkoyak!Sebab itulah kalau kami mati ketika melahirkan di anggap mati shahid. Dia setuju dan beritahu doa2 yang di amalkan ketika mengandung sehingga melahirkan anak.


Kemudian cakap pasal korban dan hukumnya pula....katanya kalau buat korban eloklah kita ada dan tenguk sendiri kerana itu di tuntut . Supaya kita berani seperti Nabi Ibrahim alaihissalam ,Datuk Fazilah pun kata begitu ( dia tak tahu saya tak berapa berkenan dengan Dr tu) Katanya sekarang kalau nak buat korban di Indonesia kena sertakan gambar sekali....saya lagilah tak setuju...mana boleh gambar gantikan orang hidup.Saya tak berapa setuju, jadi saya tanya apakah itu wajib , jawabnya tidak..

Saya lebih menekankan kepada keikhlasan , samada kita sanggup untuk mengorbankan sebahagian dari harta kita.......ia satu simbolik kepercayaan dan keimanan Nabi Ibrahim yang tidak ada tolok bandingnya bukan soal berani atau tidak menyembelih anaknya....Saya yakin kejadian daging korban yang mempunyai kalimah ALLAH adalah hasil korban dari insan yang betul2 ikhlas dan korbannya di terima oleh Allah....ya saya yakin tu.....

DAN BANYAK LAGI YG KAMI BUALKAN .........

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH