Permainan Orang Atasan

Kehidupan masyarakat di kalimantan tidak jauh berbeza dengan Sarawak pendalaman.Penduduk majoriti ditempat suami bekerja iaitu Bodok adalah penempatan kaum Dayak.Kebanyakan mereka beragama kristen.Sikap orang dayak disini masih kuat dengan adat serta kedaerahan mereka.Orang Madura yang sifat semula jadi mereka memang keras dan dianggap pendatang sukar mendapat tempat baik di kalangan orang melayu maupun orang dayak disini.Sewaktu pemerintahan Suharto media massa indonesia tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk menyiarkan berita2 pergaduhan antara kaum.Antara tahun 1997 hingga 2000 pintu masuk antara Sarawak dan Kalimantan ditutup sebanyak dua kali kerana takut pergaduhan kaum yg bermula disana merebak ke sini.Pada mata dunia masaalah dalaman yang berlaku tidak serius dan dapat dikawal oleh kerajaan tetapi keadaan sebenarnya jauh lebih dasyat.
Dalam era inilah suami saya bekerja membanting tulang untuk menjayakan satu projek bersama dengan pengurus2 Malaysia yang lain.Era dimana keadaan ekonomi dan politik Indonesia sedang kucar kacir.Pernah sekali saya masuk bersama keluarga dan terus ke Pontianak.Waktu itu baru selesai pergaduhan antara orang melayu dan madura sehinggakan kerajaan mengishtiharkan darurat.perjalanan dari kuching ke pontianak mengambil masa lebih kurang lapan jam.Masaalah yg paling utama di dalam perjalanan ialah tidak ada tandas2 awam yg bersih disediakan.Keperluan asas seperti paip air memang sukar sekali.kami sampai lebih kurang pukul 7 malm jam Indonesia. Waktu itu Pontianak hampir lengang,yang kami nampak hanya kepulan asap dari beca2 yg dibakar.Tiap2 selekoh ada timbunan kayu atau 'barricade'manakala kedai2 ditutup.Sekali sekala kami nampak jip2 tentera mara dengan laju seperti mengejar sesuatu.Jip suami yang dipandu oleh supirnya yg berketurunan dayak terpaksa bergerak 10km/jam.Di tepi jalan ada segelintir manusia rata2 terdiri dari anak muda yang memakai pengikat kepala yang bewarna.Kata supir suami pengikat itu menandakan kumpulan mereka.Mereka ini lah yg mengawal 'barricade' sambil memegang bilah2 pedang.Keadaan kami ketika itu seperti 'cowboy' sesat dalam pekan hantu atau 'ghost town'.Kami bernasib baik kerana dapat bilik hotel yang terakhir di Hotel Kapuas.Banyak orang yang terkandas tidak dapat kemana2 setelah kerajaan mengishtiharkan darurat.Di hotel itu terdapat ramai pemberita dari dalam dan luar negeri dan dari situ juga kami dapat tahu angka kematian yang mencecah beratus2 orang.
Malam itu juga suami buat tempahan penerbangan ke Jakarta untuk esok.Kami berangkat pagi2 lagi dalam keadaan polis sedang berkawal.Oleh kerana kami pemegang passport antara bangsa dari Malaysia kami diberi laluan mudah ke lapangan terbang. Di Jakarta kami tidur selama dua malam.Dari Jakarta kami dapat tahu bahawa orang besar berpangkat general telah turun ke Pontianak.Apabila kami pulang semula ke Pontianak selepas dua hari,bandar itu menjadi bersih seperti sediakala seakan2 tidak ada rusuhan berlaku semalam dan kemarin.Ia seperti'camouflage'.Kami langsung tidak nampak kesan2 kebakaran atau longgokan2 kayu tepi jalan.Didalam akhbar2 tempatan pun tidak ada liputan.Cerita dan gambar hanya dapat diseludup keluar dan berisiko tinggi.Itulah kehebatan Indonesia!!
Di Indonesia wang dan pangkat adalah aset penting.Kedua2nya punya pengaruh yang besar di sana.Kita kena ada wang untuk berikan pada orang yg berpengaruh .Tanpa rasuah kerja kita terbantut.Sebagai Gm suami mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi belum cukup tanpa wang.Untuk mendapatkan surat izin mengimport benih kelapa sawit dari Malaysia suami terpaksa membayar sejumlah wang pada menteri pertaniannya.Untuk berjumpa menteri suami kena terbang ke Jakarta dan berjumpa dengan beberapa 'contacts'nya yang terdiri dari reporters.Mereka juga perlukan duit pendahuluan.Dalam keadaan suami sebagai Gm tetapi kuasa duit di tangan finance manger adalah menyulitkan kerja suami.Akhirnya 'supplier' yang bersimpati dengan suami telah mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu suami biayai perbelanjaan untuk berjumpa dengan Pak mentri.Apabila berpeluang berjumpa mentri tersebut suami terpaksa meyakinkan secara bersungguh2 dan consistent mengapa kerajaan Indonesia kena bagi keistimewaan pada suami untuk membawa masuk benih dari Malaysia.Setelah panjang lebar berbual suami pulang semula ke Pontianak tanpa ada kata2 persetujuan yang penuh dari menteri.Keadaan suami semakin tegang apabila 'orang KL'terdesak dan mendesak mahukan loan koperasi diluluskan oleh bank Indonesia manakala petani pula memberi syarat mahukan benih dari Malaysia kerana tahu mutunya yang baik..dan suami tersepit jika permintaannya tidak diluluskan oleh menteri pertanian waktu itu.
Akhirnya suami menyusul dengan satu surat formal kepada menteri tersebut dan akhirnya beliau bersetuju memberi izin dengan beberapa syarat tertentu.Ini adalah satu kejayaan yang amat besar untuk suami kerana sebelumnya ada orang2 tertentu mencuba tetapi di tolak bulat2 walaupun wang sogokan di sediakan.Waktu ini suami terpaksa mendesak orang KL turun ke Jakarta untuk meangambil surat izin dan menjadi saksi apabila sejumlah wang yang terpaksa dikeluarkan sebagai imbalan kepada 'orang tengah'dan mungkin juga ada sagu hati untuk orang2 tertentu.Setelah syarat pertama telah berjaya timbul pula syarat kedua apabila ketua koperasi mahukan sejumlah 1% dari wang atau loan yang akan dikeluarkan dari bank.Suami tidak ada bidang kuasa dari segi ini lalu terpaksa membawa wakil2 koperasi bertemu orang KL yang bertaraf directorsDi KL mereka dilayan seperti raja.Di dalam perjumpaan ini juga wakil2 itu meletak syarat bahawa suami saya di keluarkan dari syarikat Indonesia lalu menjelik2kan suami didepan pengarah untuk memancing kemarahan suami dan menggagalkan perjumpaan tersebut. sebenarnya mereka tahu hanya suami yang tidak tunduk pada tekanan yang berjaya mematahkan semua strategi jahat mereka.Akhirnya orang atasan yang memikirkan mereka boleh handle dayak2 ini telah bersetuju menghantar suami pulang.Sebenarnya dayak2 ini menjadi sebegitu kerana ada dalang yang menyuruh dan dalang2 itu terdiri dari orang Malaysia sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH