Hati seorang ibu



Salam again.Dua hari berturut2 saya asyik membaca satu laman web yang sangat menarik hati saya. Minat ini lebih banyak di tarik oleh naluri keibuan bukan sebab semata2 minat untuk membaca.Penulis nya seorang laki2 yang sedang menuntut di Melbourne Australia dan berusia 22 tahun.

SEbagai seorang ibu banyak yang merisaukan hatinya..apatah lagi budak ini telah memenuhi sedikit dari ruang masa anak perempuannya..kalau boleh dikatakan begitu.Tapi lebih merisaukan ibunya bukan sahaja takut pelajaran anaknya tertanggu malahan lebih kpd perasaan luka kalau dikecewakan oleh manusia yg dipanggil laki2.

Siapa yang tak mahu merasai perasaan cinta..tambahan di usia yang sedang memekar ini.Apa yang menakutkan saya dan kaum ibu yang lain di zaman ini ialah daya intelek mereka,keterbukaan minda berinteraksi,budaya campur,saingan yang rapat,kekurangan benteng penahanan nafsu dan sifat 'explorasi' mereka.

Namun apapun ada pada diri mereka, saya rasa pada dasarnya jiwa mereka tidak sekebal manapun.
Atas sebab2 inilah saya habiskan masa berjam2 membaca blog budak ini yang di panggil If,kisahnya yang ditulis di dalam blog adalah panduan untuk saya mengenalinya lebih dekat.Dia yang akan dan telahpun merangkupi ruang rasa kasih anak perempuan saya.Persoalannya apakah anak saya sesuai untuk dirinya?...apakah hubungan ini akan berjaya tanpa halangan dan dugaan.?..Apakah akan selari jua kejayaan anak saya n dia dlam pelajaran mereka nanti.?

SEtelah membaca blognya banyak peribadi2 istemewa dalam dirinya yang saya nampak dan tidak terdapat dlm diri anak saya...maksudnya dia terlalu hebat untuk anak saya...di sini saya hanya berperanan menasihati anak saya sebagai seorang ibu...Dia kena berubah demi cinta...dia harus meminati apa yang teman lelakinya minat walau tidak sepenuh minat tetapi mesti berminat . Contohnya soal politik.DIa kena ada daya toleransi yang tinggi,membuang rasa curiga dan mengawal rasa cemburu kerana budak itu banyak teman.itulah peraturannya jika mahu berterusan...dan akhir sekali sebagai seorang ibu apa lagi yang harus saya katakan....cuma memanjatkan doa pada Illahi semoga selamat kedua2nya di dunia dan akhirat.Dan saya juga ingin mereka berjaya mencapai matlamat hidup mereka. sekian jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH