Bajet

Dalam keadaan ekonomi yang sedang mengalami inflasi ini harga barangan semakin melambung naik.Baru2 ini harga ayam dan juga gula naik dengan mendadak.Pada hemat saya pada waktu ketika rakyat malaysia sedang berpuasa, dan kedatangan syawal serta deepavali tidak lama lagi adalah bertepatan untuk peniaga2 mengaut keuntungan dari kenaikan ini.Kalau dahulu,waktu wabak selsema burung kita dihidangkan dengan harga daging ayam yang termurah, kini giliran kita dihidangkan dengan harga yg sebaliknya pula.Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk membeli ataupun tidak.Yang menjadi persoalan saya sekarang ialah kenapa kita tidak menggunakan hak tersebut.Jika kita semua tidak membelinya penjual terpaksa menurunkan harga ayam kerana barangan itu tidak tahan lama.
Satu lagi harga barangan yang cuba dinaikkan secara haram (iaitu barangan kawalan) ialah gula.Kerajaan berkali2 telah memberi jaminan bahawa masaalah kekurangan gula akan selesai secepat mungkin tetapi hingga sekarang keaadaan belum pulih seratus peratus.Salah satu sebab kekurangan gula dikatakan kerana diseludup keluar negara jiran manakala yang satu lagi ialah kerja2 menyorok stok gula oleh sesetengah pihak dengan tujuan hendak menjual dengan harga yg lebih mahal.Untuk mengelak perasaan gawat orang ramai,Kerajaan telah memberi satu mesej bahawa gula adalah racun apabila digunakan secara berlebihan.Pada hemat saya kemungkinan juga gara2 kekurangan gula ini memang disengajakan oleh kerajaan.95% gula adalah diimpot dan dengan mengurang pengimpotan gula kerajaan berhasil mengurangkan wang negara mengalir keluar.Kerajaan juga mungkin tidak mampu membiayai kos perubatan rakyatnya yg banyak mengidap kencing manis.Adalah wajar sekiranya kerajaan lebih telus mendidik rakyatnya secara formal tentang bahaya gula dari mendatangkan masaalah kepada peniaga2 kecil yang menjual kuih-muih atau minuman ringan.Walau apapun secara individu saya sedikitpun tidak risau dengan kekurangan gula kerana saya telah lama mengamalkan minuman tanpa gula manakala sarapan pula saya mempunyai alternatif lain seperti makn roti,telur,migoring kicap,roti canai dan lain2.Saya yakin kenaikan harga barang2 diatas terjadi sebab kedua2nya dikategorikan sebagai harga barangan yang dikawal oleh kerajaan..iaitu tidak boleh dinaikkan seenak2nya tanpa kaebenaran kerajaan.Dan harganya jauh lebih murah dari harga sebenar.
Dalam keadaan ekonomi sekarang,saya selalu tertanya2 bagaimana seseorang itu boleh hidup dalam lingkungan bajetnya?Pekerja yg bergaji paling rendah ialah pembantu hospital yang dikatakan tidak mencecah lima ratus ringgit sebulan.Saya teringat waktu mula2 berkahwin dengan suami dalam awal lapan puluhan.Waktu itu gaji permulaan suami ialah seribu ringgit,waktu itu suami hanya mampu membeli Fiat ST yang dikeluarkan dalam tahun tujuh puluhan.Setelah menolak loan kereta(yang wang depositnya dipinjam dari kakak),duit petrol,perbelanjaan dapur,duit ubat jika sakit baki tiap2 bulan hanya cukup untuk menunggu gaji masuk.Ini tidak termasuk waktu2 darurat seperti kereta tiba2 sakit dan masuk klinik kereta.Semua ini membuatkan baki duit gaji suami tiap2 bulan tinggal kosong.Apatah lagi pada waktu sekarang dimana nilai duit semakin rendah dan kos sara diri semakin tinggi.
Sekarang alhamdulillah sebagai senior managr pendapatan suami agak lumayan.Pun begitu kami suami isteri masih suka mencari barang yang berkualiti tapi pada harga yang rendah.Kami juga selalu membanding2 kan harga sebelum membeli...mengapa mesti jadi bodoh membeli barangan yang sama pada harga yang lebih tinggi!Perbuatan ini sudah menjadi sebati dengan diri kami hinggakan anak2 juga terikut2.
Bagi saya berapapun pendapatan anda,yang palimg utama berbelanjalah secara berhemah.Rancang lebih dahulu apa yang hendak dibeli dan belilah mengikut kemampuan.Bagi anda yang bergaji kecil boleh juga mencari kawan2 untuk membeli secara sistem kutu.Sistem ini saya dapati sangat berkesan dan diamalkan oleh ibu saya sejak saya kecil lagi...tapi bak kata kawan saya Saodah bermain kutu kena sabar untuk menunggu giliran tambah2 lagi kalau undinya jatuh pada nombor yang terakhir. sekian jumpa lagi.
agam manusia

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH