Manusia vs kuching

ragam manusia:
Hari ini telah masuk hari ke duapuluh umat Islam berpuasa.Dah sampai penghujung suku ketiga dan nak masuk suku akhir.Ada orang mula sibuk bercuti khusus nak bakar biskut dan kek,anak2 yang belajar di institut tinggi pun ada yang mula bercuti dan ada juga yang tengah sibuk dengan peperiksaan semester.
Walau apa suasana pun,kita harus bersyukur dapat menikmati kehidupan ini.Yang sebaik2 kehidupan ialah besederhana.Dalam kita keletihan dan sibuk beribadat kadang2 kita terlupa untuk memberi perhatian pada makhluk Allah yang lain iaitu binatang peliharaan kita.Adakah kuching kita hari ini mendapat makanan yang secukupnya atau dia juga terpaksa berpuasa seperti kita.Harus kita ingat menzalimi binatang sangat dilarang oleh agama.
Di negara barat sudah terdapat undang2 yang melindungi binatang-binatang peliharan mereka tidak termasuk binatang2 liar yang hampir pupus.Mereka mempunyai skuad mereka sendiri yang akan menangkap tuan2 punya binatang dan akan menghadapkan mereka ke mahkamah jika didapati bersalah.Penganiayaan terhadap binatang termasuklah tidak memberi makanan,tempat tinggal yg sempurna ,rawatan dan kasih sayang kepada binatang2 peliharaan mereka.Sepatutnya negara2 Islamlah yang menerajui hal2 ehsan binatang ini terlebih dahulu kerana ia dituntut oleh agama suci kita.
Sebenar nya saya menyedarkan diri saya juga dalam hal ini kerana sejak bulan puasa saya jarang ke pasar membeli ikan untuk kuching saya.Saya cuba gantikannya dengan nasi yang digaul dengan ikan sardin tapi tidak digemari olehnya.Mungkin kerana kurang makan dia agak kurus dan sekali-sekala datang pada saya seakan2 minta dikasihani.Atas dasar simpati saya korbankan sedikit duit saya dengan membeli makanan kucing dalam bentuk paket yang saya tahu menjadi kegemarannya...sekarang dia dah tak ganggu saya lagi.
Ada peristiwa yang menyentuh hati saya hari ini.Antara manusia dan kuching yang mencari makanan dalam tong sampah.Ia berlaku di stesyen bas KLuang ketika saya menunggu anak pulang dari Melaka.Saya berhentikan kereta saya hampir pada sebuah tong sampah yang besar kerana ada tempat kosong.Disitu memang tempat kuching berkeliaran tapi waktu itu saya hanya nampak dua ekor.Niat hati nak cari seekor lagi untuk kawankan dengan kuching dirumah.Saya tak dapat tangkap kuching yang saya minat sebab dia lari masuk kedalam longkang yg tertutup.Kecewa,lalu saya masuk semula ke dalam kereta.Waktu itu saya melihat seorang laki2 yg berbadan tegap,ber t-shirt putih dan seluar hitam dan memakai selipar menghampiri tong sampah tersebut.Saya tak memperdulikan sangat apa yang dia buat atau cari sehinggalah saya ternampak dia memakan sisa2 daging ayam yang ada dalam bekas polistrin putih yang telah di buang orang.Seketika tekak saya rasa loya.Kemudian lahir rasa simpati.Dia makan dengan lahap seolah2 benda itu sangatlazat untuk dia.Inilah yang dikatakan manusia yang hilang akal.Kerna akal lah yang membezakan kita dari binatang.Dan walau pun akal sudah hilang nafsu makannya masih ada dan Allah bagi dia rezki dengan cara mudah yang dapat difikirnya.Disinilah saya melihat manusia dan kuching sama mertabat bila kedua2 mencari rezki di tempat buang sampah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH