TIPAH TERTIPU

Dalam dunia yang serba kompleks ini banyak perkara2 canggih yang berlaku.Dunia sekarang manusia bertungkus lumus mencari duit untuk hidup senang.JIka boleh kita tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan penggunaan teknologi tinggi yang canggih.Lihat saja penggunaan talipon bimbit masa kini. Ia bukan saja di gunakan oleh orang dewasa malahan digilai oleh kanak2 yang baru hendak melangkau alam remaja.Kalau dahulu talipon hanya sekadar memanggil dan menerima panggilan,sekarang tidak lagi.Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar dan muat turun data2 yang lain ke internet.
Sementara orang2 pandai mencipta rekaan ini telah mendapat keuntungan yang besar dengan daya kreatif mereka dan telah kaya-raya.Yang pandai tapi kurang daya kreatif pula akan meniru setiap model2 yang telah mendapat nama di pasaran.orang2 ini kadang2 mengaut keuntungan yang lebih kerana tidak perlu mengeluarkan modal untuk patent right .SEbagai pembeli pula kita kadang2 terpengaruh membeli yang tiruan kerana harganya murah walaupun kualitinya tak seberapa,janji boleh pakai.


Dalam dunia perniagaan yang sedang rancak inilah timbul bermacam2 jenis business baru.Kadang2 mereka tidak perlu ada produk sendiri untuk berniaga cukup sebagai jadi ejen penjual.Oleh kerana kelemahan manusia amat mudah terpengaruh,maka muncullah segelintir peniaga yang melariskan jualan tanpa produk dengan cara meyakinkan pembeli dengan berbagai2 kemudahan dan potongan harga apabila menjadi ahli.Walau macamana kita cuba berhati2 dengan peniaga2 seperti ini kita sering kali juga terpedaya dengan penerangan yang meyakinkan dan juga promosi2 hebat yang kononnya kita akan perolehi dengan menjadi ahli.Mana tak hanya bayar amoun yang kecil anda sudah menjadi ahli seumur hidup dan layak mendapat harga istemewa ketika menginap di hotel2 begitu juga tambang kapal terbang dengan harga diskaun.Anda juga dikata kan telah di beli insuran kemalangan untuk setahun.Kereta anda juga jika rosak dlam linkungan 200km akan ditunda secara percuma.Semua ini hanya menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran ringgit malaysia 199.
Dan aku salah sorang pembeli yang terpengaruh membelinya tanpa was-was.Perasaan was-was hanya timbul apabila suamiku menimbulkan beberapa soalan kepadaku seperti nama syarikat itu,siapa pemilik nya.Kalau betul ada insuran mana polisi nya.Apa mereka betul2 akan datang ketika kereta kita rosak dan menunda ketempat yg kita suruh.Ketika itu aku benar2 kelihatan bodoh.Apa yang nyata disini mereka dengan mudah mendapat wang dari saku aku sebanyak RM199 dan sedangkan aku belum tahu sama ada akan mendapat apa yang dijanjikan oleh mereka atau tidak!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH