VIRUS

Komputer aku (asal hak milik anakku) kata anakku yang lagi satu dah kena virus. Kalau aku yang kena demam virus boleh la aku cerita bagaimana uncomfortablenya diri ini dengan tak de selera makan nya tapi dalam tak sihat ada kebaikannya pula bila perut kempis sikit dan kolar bone pun timbul sikit. Tak payah aku nak turun naik bukit (exercise)lepas tu ada orang minta belas kasihan nak pinjam sepuluh hinggit mengapa tak minta seratus ke sribu dengan senang hati aku kata 'Takdak!', ini sepuluh ,kan susah dan impossible nak kata tak ada!

Komputer aku yang kena virus aku yang sakit !Sakit hati sebab lembab dan kadang2 susah nak masuk facebook atau nak buka e mail..kata anak aku yg konon katanya dia terrer tu ,alamat e mail aku orang da spam habis2an kadang2 aku pun keliru tiap kali nak masuk banyak sangat soal security questions sampai aku pun fedup, bukannya aku ingat sangat apa yang aku tulis naseb baik le ada satu kali tu jawapannya tepat bila dia tanya nama pet aku..of courselah aku tak boleh lupa nama kuching aku si Pushie tu..jadi boleh la aku buka e mail aku tu.

Hari tu pun jadi lagi kes gila babi bila aku tak boleh nak upload gambar dari kamera digi aku..ada lak dia tulis apatah dekat skrin tu dah lupa kemudian gambar hilang..kata anakku yang kononnya terrer tu ,ini semua pasal anakku yang lagi satu suka pakai pendrive .Katanya pen drive le yang paling banyak bawa penyakit komputer . Bukannya sorang kawan dia tapi berdua campur dia yang ada pen drive tiga orang sekali gus dok ngadap komputer ni download lagu ke apa tah. Marah2le anakku yang kononnya terrer tu pada adik dia ,aku pun macam nak tumpang marah je dengan anakku yang ini . Tapi jarang yang berkesan ...agaknya kalau aku marah ,setakat mana sangat gred nya...weak ,good , best,excellent.

Sebab aku ni jenis ibu yang kuat marah tapi anak2 tak de rasa gerun pun jadi satu hari tu aku nekad betul nak lepaskan marah aku dengan sempurna...dah le malam tu dia susahkan abang dan abahnya drove dari BB ke The Times nak jemput dia dan dia ngan kawan dia ,sedap2 dah sampai BB naik bas..Esuk tu tanpa minta maaf dia ikut pula kawan2 dia yang nak pulang ke KL , bila aku tegur katanya dia pegi hantar dan akn pulang terus....bagi juga cun2 30 ringgit ,duit tambang ,bayar hutang dan minum (dengan harapan dia tak melepak dan merayap jauh2).

Dalam duk tunggu dia pulang (maklumlah risaukan H1N1 ,lagi) ,dia boleh talipon abngnya dia singgah Klang. Apalagi aku pun macam nak marah balik ,tapi no point marah depan dia sebb aku tahu sangat gred kemarahan aku pada anak2 aku so aku nekad kali ni kalau dia tak dapat bas di Kuala Selangor jangan harap aku nak suruh abngnya gi ambil.

Malam tu di Kuala Selangor dia talipon dan naseb baik aku yang angkat maka sempurnalah Kemarahan aku. Esuk pagi dia sampai sambil bagi tahu dia kena migrane- alasan tak dapat t idur dalam masjid sebab banyak nyamuk...lepas sarapan bihup sup dia terus naik atas dan sambung tidur sampai petang.....aku suruh dia fikir satu je...kalau dia pandai keluar nak enjoy, kami pun ingin juga ...kenapa dia pergi enjoy sorang2 tak bagi tahu orang dekat rumah kemudian bila susah baru nak talipon. Alasannya tak tahu jadual bas aku tak boleh terima sebab dia boleh tanya ankku yang terrer pasal BB ni....sebagai anak aku harap dia paham kenapa ibunya tiba2 je boleh dapat virus kejam ni!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH