JOM CAKAP BAHASA PASAR!!!

Suka sangat dengan bidalan Datuk A Kadir di bawah ni jadi saya tanpa izin copy and paste kat bawah . Untuk pengumuman saya pun vote 'No' untuk Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia ,kalau dalam Bahasa Melayu mungkin saya yes ,yes kan juga.

Sekali -sekala tu eluklah dengar berita Indonesia. Banayk bahasa Inggeris ceduk dari bahasa sendiri.Tak lama lagi Malaysia pun ikut sebiji macam tu, dah lah dulu nak ikut orang Indonesia baca bahasa baku sebab bunyi pelik 'bank' bunyi 'bang' ,nak bakukan sebiji-biji huruf tu bunyi dah jadi macam robot,lama-lama hilang dengan sendiri baku nya tu. Orang Negro dekat Amerika pun tak sibuk nak bakukan bahasa Inggeris mereka. Pelik betul denagn orang2 Malaysia ni khususnya ahli2 pujangga kot!Jangan sebab novel mereka dalam Bahasa Malaysia tak laris sebab orang muda lebih banyak beli novel Inggeris sudah. Kalau boleh menulis sebiji macam cerita Harry Potter , tak mustahil satu dunia akan translate cerita tu.

Kasihan tenguk budak2 sekolah yang tak paham apa2 dengan orang politik ni sekejap bahasa malaysia sekejap bahasa inggeris nasib lah buku teks semua orang dah dapat free.Kalau tak, dah kena beli baru,yang abng punya tak boleh bagi pada adik.

Kalau aku dapat A1 dalam Bahasa Malaysia pun ,dekat pejabat, dekat rumah dekat kedai kopi ,bila bersembang dengan kawan2...aku lebih selesa guna bahasa pasar.Sebab dari situ aku boleh mula perbualan ku dengan soalan,'kamu orang Kedah ke? Penang?'.'Oooo, orang Kelantan .Apa sal tak bunyi Kelantan?'....rupa2nya dah tinggal di P.Pinang 10 tahun.


Petikan dari blog A Kadir Jasin " Ada tidak pun, saya hanya hendak bercakap sedikit mengenai betapa
nenek moyang kita sudah memberikan kita pelbagai ilmu, petunjuk dan peringatan. Mungkin elok kita melawati semula kebijaksanaan mereka.

Mereka berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tetapi, kata mereka, kalau malu bertanya (atau dalam konteks semasa tak tahu guna Google Maps) sesat jalan.

Bunga yang cantik warnanya dan wangi baunya, akan hancur rosak jika diberikan kepada kera. Kera yang diberikan bunga itu tetap kelaparan. Kera tidak tahu apa gunanya bunga.

Tetapi jika bunga yang wangi dan cantik itu ditemui oleh lebah ia akan mengumpul madunya dan diterbangkannya balik ke sarang. Madu yang manis banyak khasiatnya.

Beri labu kepada tikus, labu yang baik menjadi rosak labu yang rosak jahanam terus.

Berikan labu tempat mengisi air kepada si Luncai dia akan terjun ke sungai bersama-samanya. Biarkan, biarkan.

Tidak mengapalah jika labu itu milik si Luncai, tetapi apa halnya jika labu itu milik kita semua dan yang terjun ke sungai itu bukan si Luncai tetapi para Yang Berhormat kita?

Kerbau suka tanah berlumpur. Dijadikannya kubang. Seekor kerbau membawa lumpur habis satu kandang terpalit.

Tetapi ada rahsia di sebalik kegemaran kerbau berkubang. Lumpur menyejukkan badan, membunuh kutu dan pijat serta mengelak lalat dan langau.

Beri ketulan tanah dan kayu mati kepada anai-anai dan ia akan membina busut yang kukuh dan kalis air. Kata nenek moyang kita, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

Buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya. Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang – tak laku dan diketepikan.

Teringat saya kepada lirik lagu Allahyarham seniman agung P Ramlee yang, antara lain, berbunyi:

Walhasil balik asal
Walasal balik hasil
Walhasil cari fasal
Itu fasal tak hasil.

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, melalui blog raksasanya membuat pungutan suara dengan bertanya soalan berikut:

“DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?”

(Adakah anda penyokong keputusan Kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia?)

Sehingga beberapa waktu sebelum saya membuat tampalan ini, 23 peratus (4,117 orang) berkata “yes” dan 77 peratus (13,603) berkata “no”.

Saya akhiri dengan mengucapkan syabas kepada para “pejuang bahasa”. Tahniah kepada para cauvinis semua kaum. Bravo kepada si penakut dan yahoo kepada para hipokrit."

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH