FavIcon




Hari ni cuba favicon gunakan gambar pushie tapi entah tak keluar2 pun gambar icon tu...aku cuma paham sekerat je cara nak apply tapi bila dia suruh apply before and after and tag aku dah tak jumpa apa yang arahan tu maksudkan..so aku main hentam keromo ..masa dia suruh check macam betul je sebab dia bubuh mark betul semua bukan pangkah.Tapi muka pushie tak kuar pung dekat address blog aku ......aku pun rasa macam tak betul je....

Semalam aku ngan suami gi jumpa anak ku Khaliq kat Low Yat Plaza .Teruk betul budak tu , minggu lepas dia call abahnya kata minggu ni boleh balik rumah overnight. So aku ingat boleh le relaxkat rumah minggu ni. Malam Jumaat siap gi pasar malam dengan abngnya si Amat nak cari ayam sembelih tahu dia suka sanagt makan ayam.

Hari Sabtu ,Alan dengan Qayum pula nak balik,cantiklah boleh berkumpul ramai2.Dah petang pun dia belum call ,aku dah syak yang dia tak jadi balik.Tiba2 petang tu pula ada kelibat tentera dua orang masuk kawasan rumah menuju betul2 ke depan pintu tempat aku tengah tercangak2 berdiri. Udah lah mata aku blur tak nampak muka dengan jelas ,hati aku risau yang datang tu warrant officer anak aku. Telipon suami katanya memang ada tentera nak tumpang buat khemah dan pacak tiang pemancar apa tah. Mereka kena buat operasi apatah dekat Bukit Badong tapi Bukit Badong dah kena kikis sampai rata ,tinggallah sejemput bukit yang jadi tapak rumah ni .Nasib lak suami memang manager Bukit Badong Estate.Kalau ikut kan alamat rumah ni ialah kg sungai darah ,sebab belakang tu memang ada sungai. Mungkin kawasan ni dulu bekas zon peperangan jadi sungai tu penuh dengan darah merahke atau cuma tanah merah ke aku pun kurang arif. Yang aku nampak rumah2 kampung dah ghaib di ganti dengan taman perumahan.

Kalau ada orang datang ke rumah aku dua tiga hari ni sure nampak khemah tentera yang comel dengan bauaian tidur dan mejabewarna hijau di bwah sebatang pokok jering depan laman rumah aku ni . COMEL betul! Nak suruh suami tangkap gambar mereka lah dengan izin .Yang bestnya mereka ada bagi kami sekampit makanan tentera yang berupa paket bubur nasi ,biskut kering,jem nenas ,gula ,kopi, teh dan sekotah mancis api...belakangnya tertera Makanan Kerajaan Malaysia.Anak ku Amat bedal buburnya kata manis dan sedap, aku pula dok kunyah biskut nya yang tebal dan masuk hangin,makan dengan chesse, sekeping dah belahak....terkenang masa kecik2 dulu bila bapa bawa balik Makanan Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu yang tak abis.Sedapp!

Berbalik pasal kisah anak ku yang kat RMC tu ,dahlah dia tak balik hari Sabtu ,pada hari Ahad dia asyik call Qayum dua tiga kali suruh bapanya datang . Alasan yang di beri sebab dah sebulan tak kuar dan lagi satu dengan nada sedih , stok makanannya dah habis.(Trick ni selalu menjadi....)Mula2 ingat nak ambil dia dekat RMC kemudian bawa dia pergi The Mines..jadi boleh lah jumpa alan ,qayum and amat di UPM, bila aku dan suami keluar rupa2nya dia dah sampai dekat Times Square(RALAT)..jadi tak jadilah jumpa alan dan yang lain2. Sampai dekat BB beli barang2 keperlua nya dekat Parkson dan Watson's, RABAK POKET!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH