KERA

Oh ya, tak berapa ok hari ni, berhingus sikit sebb lebih makan sotong semalam/atau mungkin terlebih hidu habuk ,bermakna supplements yang aku dok telan dalam sebulan ni belum memberi daya tahan yang optimum bagi sarung dan isi badan yg berusia hampir separuh abad ini , tetapi aku kira masih ok jika di bandingkan tanpanya.

Ada dua cerita lagi yang aku nak tulis dalam satu posting , pasal ketidak perihatinan anak aku dan perangai buruk kera.

Aku tak percaya cakap2 yang aku dengar dari mulut orang2 tu yang kononnya kita kena buat baik dengan kera2 ni sebb nanti dia pandai berdendam dan tunjuk perasaan.Apa ? Buat baik di balas baik kononnya. Aku tak nafikan sifat dia ada sedikit sahaja persamaan dengan kita jadi mudah sangat nak buat andaian.

Mereka pun pandai 'auta' (berlakon) macam kita.Juga pandai bak kata ahli politik , 'main gemparq ' dan pandai tenguk gender atau sexist.Kekuatan fizikal penting untuk naik dan lantik diri sendiri jadi ketua.Kat sinilah mungkin timbul makhluk inteligent yang bergelar manusia panggil sebagai 'hukum rimba', tak de pakai undi... berhukum juga ye kera2 ni.

Cuma satu je yang aku belum tenguk untuk kepastian samaada kera2 ni pandai dak berkomplot dan berkonspirasi. Yang aku tahu mereka macam ada satu law ,yang muda kena takut pada yang tua. Sebb aku tenguk mereka suka tunjuk taring .Lagi panjang dan besar taring tu lagi kecut le saingannya .Kat aku pun dia nak tunjuk taring,mentang2lah taring gigi aku pendek... tak payah le nak nguap2 depan aku , show off pulak.

Semalam aku sakit hati sangat denagn kera2 ni ,habis pokok heleconia (daun macm pokok pisang) yang aku tanam dia cabut untuk kunyah bahagian bawahnya yang lembut.Yang kera putus ekor tu tunjuk samseng ngan aku..dia siap lompat dan 'jerkah' (guna daya imiginasi)kat aku. Bila aku buat 'cool' tanpa reaksi tergempar dia pun buat bodo dan berlalu...tau tak dalam banyak2 pokok dalam taman aku cuma pokok cabai je yang merimbum daun dan buahnya?

Sebab aku bukan kera so aku pun bertindak dengan memesin cili padi dan simbah atas pokok2 yg aku sayang tu dan tindakan ku berbaloi kerana memang kera, tak tahan pedas!Lain kali aku nak simbah air belacan pula sebb aku tahu kera tak suka bahu busuk!Aku declare perang saraf dengan kera2 ni walaupun yang salahnya ialah spesis aku kerana hutan tempat kera tinggal dah semakin pupus jadi taman perumahan.Sebab tu aku tak marah pada kera macam aku marah anak aku ni.

Petang semalam dia call kata semua students kena balik sebb ada kes H1N1 di Maktab Tentera, dia suruh ambil. Bayangkan perbezaan mentality yang terlalu ketara tahapnya...yang satu boleh berkata2 dan mengarah dan yang lagi satu hanya boleh paham dengan perbuatan...seperti tunjuk taring!The rest of the story malas nak cerita di sini......

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH