SuraT Untuk Wanita

Wahai Wanita,

Sudah sekian lama aku pendamkan sesuatu untuk kamu.Apa yang terkumpul di dalam benak hati ku sudah lama melekat seperti karat yang sukar hendak di kikis.Kini karat itu semakin menebal,dan aku perlu sangat membersihkannya,agar karat itu tidak memudaratkan hatiku.

Adakalanya aku merasa seperti getirnya menjadi wanita.Yang sering dianggap kaum lemah.Apa mesti kelemahan itu sahaja menjadi sandaran, bagaimana dengan akal, dengan perasaan atau dengan kesabaran.Sebenarnya wanita seperti aku dan juga kamu di beri Allah dengan akal yang sempurna dan boleh berfikir.Tetapi kenapa ya laki2 suka meletakkan akal ku di bawah.Kadang2 langsung tidak mahu menilainya dahulu.

Apakah ayat yang mengatakan wanita punya 9 nafsu dan 1 akal itu di jadikan sandaran...bagiku hanya manusia yang tidak berilmu sahaja akan menyandarkan ayat ini sebagai semata2 nafsu sex. Sebenarnya cabang2 nafsu itu banyak.Nafsu kami pada makanan,nafsu pada barang2 perhiasan ,pakaian dan lain2. Apakah ayat2 ini juga membuat kan kami hanya di pandang atau di label sebagai objek sex sahaja .Laki2 jenis ini adalah yang terkutuk dan mudahan Allah mengutuk mereka dengan keras.

Wanita sepertiku memang beremosi.Hati ku juga kadang kala boleh menjadi keras seperti batu.Aku boleh melawan kalau mahu tapi untuk apa...kerana yang merasa sakit nanti ialah diriku sendiri .Dari terus aku di sakiti lebih baik diam, tetapi ketahuilah ada kalanya hati ini mahu memberontak supaya di dengari supaya di beri peluang untuk melakukan cara aku sendiri.

Tidakkah kamu tahu wahai laki2 ,ego mu tanpa kamu sedari telah mengongkong akal ku dari berfikir.Kamu lebih suka aku menuruti setiap perintahmu.Dan jadilah aku manusia yang paling malas untuk berfikir.Lalu kamu menegurku tidak melakukan apa2.Apa yang harus aku lakukan hanya sekadar memuaskan hati mu ,bagaimana dengan hatiku...bebaskah aku melakukannya?

Memang aku selalu bersyukur kerana memiliki mu wahai laki2,yang tanpa mu aku rasa terlalu kekurangan,terlalu lemah.Di sini aku cuma sekadar ingin memberitahu padamu.Berilah satu pengiktirafan kepadaku bahawa pendapatku juga benar .

Sekian ,

Dari Ku Untuk Wanita.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH