Sekarang aku lagi sedang dengar lagu2 dari fail Ares.Ku ulang2kan dan sengaja aku kuat kan speaker suround system Altec Lansing....itu cara ku bila mendengar musik suka bunyi yang kuat dan rancak kalau slow nama nya lembab dan boleh buat aku tidur.

Kalau lagu2 rancakmemang mudah buat aku menghayun kan tangan dan menggoyang2 kan punggong dan mungkin aku boleh excercise semula...tapi susah nak download lagu2 yang sesuai sebabnya aku sendiri kurang tahu nama lagu maupun album atau penyanyinya. Oh ya aku dah tahu gaimana nak ke radio channel yang bagus2 tapi kadang2 ada juga masaalahnya bila selalu tergendala.Sekarang ni aku bosan kerana most of the blogs yang aku baca kadang2 tak update their postings. Aku kena fikir apa aku harus buat seterusnya.

Sekarang ni diri aku dah terurus..bukan itu maksud ku, aku tidak bermaksud yang aku tidak mandi ke tidak makan ke, bukan aku tapi keliling ku. Sekeliling aku tak terurus kerana aku yang tak mengurus jadi samalah tu aku tak terurus kerana tak mengurus semua tu...

Aku kena ada jadual waktu untuk diri aku ...sejak aku gila surf internet ni aku langsung tak gerakkan badan aku,bukan, bukan tak gerak macam orang mati tu tapi tak bergerak untuk keluarkan peluh.Aku pun dah tak kisah sangat rumah aku semak ke tidak, cis tak leh jadi ni.

Dalam kepala aku sebenarnya dah ada list nak buat tu nak buat ni...Tapi tak mula2 jugak....Aku nak start dengan berjoging pagi2 sekurang2 nya keliling rumah 10 kali macam dulu2.Hirup udara segar ,tenguk matahari naik atau kadang2 boleh juga nampak kabus pagi.Lepas tu buat sembahyang Dhuha.Arrghhhh! apa nak jadi dengan hidup aku ni.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH