BerKaWan


(Gambar Che' Mat sedang menyanyi)

Terlalu lama rasanya tidak luah kan perasaan2 halus yang ada di benak hati.Perasaan yang hanya diri sendiri yang dapat mndengar dan memahami.Tetapi hari ini hanya sekadar ingin menulis apa saja yang terlintas di kepala dan terasa di hati.

Detik ini perasaan terkilan kerana digi-cam telah di curi orang masih terasa...kerana melalui gambar juga kia dapat melahirkan perasaan jadi disini mungkin separuh dari perasaan itu tidak dapat di paparkan di sini.
Walaubagaimanapun aku yakin akan dapat penggantinya,Insyaallah.

Kedua, bukan kerana rasa terkilan akan kehilangan digi-cam yang hendak aku tuliskan di sini tetapi watak2 manusia yang aku tidak dapat terima dalam kehidupan ku.Dalam jangka masa setahun ini aku tinggal di sini, aku tidak pernah mempunyai kawan baru.Duniaku dan kawan2 ku banyak berligar antara suamiku dan anak2 ku.

Aku jarang merasa kekosongan kerana tiada kawan baru itu, malahan aku sudah terbiasa dengan keadaan keseoranganku.Aku cuma berjumpa kawan baru dengan secara tidak langsung kalau di kenalkan melalui kawan suami dan itupun sekadar menegur sapa.

Sungguh aku kagum dengan pemberian Allah yang satu ini ialah keupayaan kita menilai sesuatu atau seseorang dengan mengimbas pertuturan atau keadaan. inilah yang dinamakan *instinct*.Aku menilai dan aku juga pasti di nilai orang.

Ada beberapa manusia kebelakangan ini yang aku temui tetapi terlalu berbeda rasa dengan ku.Aku kagum dengan kecenderungan mereka bercakap tetapi ada sesetengah isu itu aku tidak suka mereka bercakap .Tetapi mereka akan bercakap terus kerana dari percakapan inilah mereka akan menjebak kita.

Aku sebenarnya tidak suka kepada percakapan yang hanya untuk menjebak!

Suatu masa dulu aku mengenali Mami - dan aku telah lama putus hubungan dengan nya.Dia tidak lagi datang atau memanggilku melalui telepon.Anak2 serta suamiku juga tidak selesa dengan sikap nya yang terlalu pro-aktif atau mendesak.

Mula kenalnya pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 2005,apabila dia mengikuti rombongan marhaban ke rumah ku.Pada hari pertama bertemu aku sudah kehairanan kerana di dalam majlis di rumahku dia sudah berura2 mengadakan rombongan untuk membawa *orang2 marhaban* ke Kuala Lumpur.

Selang dua hari dia datang kerumahku dengan suaminya .Waktu itu seperti biasa HANYA aku sahaja di rumah.Seboleh2 nya dia mengajak aku mengikuti rombongan ke KL dengan alasan masih ada 2 bangku kosong.Alasan lain ialah untuk aku mengenali orang kampung dengan lebih dekat dan mempelajari sesuatu yang baru.

Aku menolak kerana aku dan suamiku sudah selalu ke KL.Yang menjadi tanda tanya ku ketika itu kenapa dia sanggup mengambil masa berjam2 untuk memujuk aku sedang kan dia tahu aku tidak mahu pergi dan tidak akan pergi tanpa izin suami dan yakin suami tidak akan benarkan aku membuang masa dengan bangun jam 4 pagi untuk menaiki bas dan bila sampai di KL akan mandi- manda serta sembahyang subuh di masjid negara.Kemudian pulang semula pada malam itu juga setelah melawat beberapa tempat.

Aku sudah merasai seperti ada sesuatu yang dilindunginya.Dan bila alasan ku ia memenatkan dan akan memburukkan lagi tumit ku yang *SAKIT*.Barulah aku tahu yang dia adalah direct selling agen.Menyesalnya aku bukan kepalang kerana terpaksa mendengar KHUTBAH UBAT nya pula dari barangan LUXOR untuk tambahan masaku.

Taktiknya amat mudah kalau kita tidak begitu yakin disuruhnya kita ambil daulu tanpa bayaran dan tenguk keberkesanannya. Selepas itu timbullah perasaan RIMASku apabila dia mengunjungi tempat ku hampir setiap hari dan menyuruhku membuat makan2 dan mencari orang datang mendengar ceramah LUXOR.Dan ada satu2 ketika dia seperti mengarahku untuk mendengr LUXOR di Johor Bahru (100km) dan hendak menumpang orang2nya dengan NAZA suamiku,MASYAALLAH apa jenis manusia yang tak ada rasa segan silu ni.

Akhirnya, aku langsaikan semua harga barangan walaupun tidak habis dipakai dan belum ada apa2 kesanpun dengan kata2,* Mami barangan2 ini langsung tidak sesuai dengan saya.Kulit saya rasa pedih seperti terbakar ,apakah ada jaminan jika kulit saya rosak?*

Aku tidak menyukai perangai mami kerana dia mahu memperalatkan aku.Aku jenis yang menghurmati orag tetapi tidak bermakna aku boleh dipermainkan.Aku tidak menyukai dia kerana cara dia menjual barangannya dengan menjebak bukan membantu.Dia hanya pentingkan kantung duitnya,tetapi tidak memikir kantung orang lain.Dan diriku tidak menyukai dia kerana apabila dia bercakap dengan ku mata nya melilau ketempat lain.Dan dia akan membanding2kan diri aku dengan orang lain yang boleh di bodohkan melabur beribu2 kerana termakan dengan kata2nya ingin menolong kita jadi kaya.SAYA BUKAN KAWAN DIA tetapi saya berterima kasih padanya kerana telah mengajar saya sesuatu dalam hidup.

Kemudian muncul lagi kawan baru nama CT,yang saya rasa tidak serasi dengan diri ini.Dia tidak macam mami kerana dia tidak jual ubat tapi dia terlalu amat sangat peramah sehinggakan semua akan di ceritakan nya walau pun kita tidak ingin tahu dan ingin bertanya.Dua hari mengenali nya seperti sudah kenal dua tahun.Express kan?Tidak kah dia ingin menyimpan sedikit cerita supaya kita sebagai kawan baru terasa ada thrill untuk tahu akan dirinya?

Kemudian aku mengenali Che' Mat ,kawan suami di bangku sekolah rendah lagi.
Dia juga peramah yang amat sangat,tetapi beza nya dia laki2, dia bercerita soal pengalaman, dia tidak menjebak .Dia juga tidak menceritakan hal peribadinya terlalu mendalam.(sebab itu masih ada thrill untuk mengetahui peribadinya)Dia banyak bercerita mengenai pengalaman dan kawan2nya...dan sama juga ada masa2 tertentu suami tidak rasa selesa bila bersama2 nya tetapi pada satu2 masa suami perlukan keberadaannya.

Dan yang terbaru aku mendapat kawan baru ialah bila ada parti direct selling ELKEN ,di rumah EN Hamid,bekas OCPD Kluang tetapi asal orang Perak.Orang2 di situ semuanya ok termasuk kawan kami Che'Mat.

Syam ex KE semasa mempromosi barangan nya cuba memberi penjelasan perihal kebaikan produk suppliment nya itu.Sebenarnya secara tidak langsung aku seperti mengulangi mata pelajaran biologi bab sistem organ dalam badan.Aku dapat menyoal dan mengeluarkan pendapat ku dan aku puas hati kerana tidak timbul perasaan di paksa.Tetapi isteri Syam pula memainkan peranan yang lain,dia suka menjebak.

Ada 4 kes selama 6 jam aku berada dalam parti Elken itu yang kata2nya berniat menjebak kami untuk membeli barangannya.

1)Bila suamiku duduk terlampau lama tapak kaki nya jadi merah.
Bini Syam: tenguk tapak kaki suami u, tu tanda kolestrol tinggi.Puan Azimah bole buat GUASA.(sambil mengambil alat merupakan tanduk kerbau yang nipis dan menggosok atas kuli belakang suami.)

Pendapat ku:SEORANG DOKTOR PUN TERPAKSA AMBIL DARAH UNTUK TENGUK KANDUNGAN KOLESTROL DALAM DARAH ,BUKAN MAIN TENGUK TAPAK KAKI ATAU GOSOK KULIT BADAN.

2)Bila air RO yang jual dengan mesin di tepi jalan (air ini dibawa oleh Che'Mat)dan di test kandungan pencemarannya dan jawapannya ialah O(bagus).
Bini Syam : Eeeee jangan belilah air tepi jalan tu kadang2 bekas botol yang dia orang guna tu ada bekas2 air liur mereka.

Apabila kami bertanya Up Linenya samaada penapis air nya boleh menapis kuman kerana terlalu halus ibarat rambut di belah 500per belahan,katanya ya..Bagaimana pulak dengan kuman dari udara bagaimana pulak dengan imun sistem kita melawan kerana tiada kuman langsung dalam badan.Ia mengiakan kata2 kami.

3)Bila dah hampir selesai semua nya.
Bini Syam : kulit u nampak kusam le biar Puan Azimah buat facial,kulit muka i dulu pun teruk juga.I pakai Nutrimatics ,masih ada lagi ,habis ni i pun nak tukar.
(lantas Puan Azimah melakukan facial atas ku)


4)Bila dah bayar dan nak angkat punggong untuk pergi.

Bini Syam: Sambil tenguk pada Qayum,anak i pun macam ni le kurus je,kulit pun ada jerawat....dan aku terus mencelah.

Aku: budak sekarang mana suka gemuk2, tenguk orang gemuk sikit pun dia dah phobia........

Bini Syam: Diam terus.Mungkin terasa ,mungkin juga tidak !



Dan aku seperti biasa ,sudah terbiasa tanpa KAWAN.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH