Pushie oooo pushie

Badan Pushie semakin kurus kerana tak makan....hari ni pun dia tak mahu makan...nak kata demam pun tidak sebab hidung nya basah....apa dia tak selera makan ni disebabkan keletihan yang melampau ke?

Kebelakangan ni tiap2 malam dia keluar dan pulang semula esok pagi dan terus masuk bilik air untuk minum kemudian tidur terlentang macam letih sangat...apa disebabkan itukah dia keletihan sangat sampai tak berselera nak makan....macam tu punya letih ke !

Pushie selalu buat aku kerisauan....dia tak balik pun aku risau,dia tak makan pun aku risau...susah nya sebab dia tak boleh bercakap dengan aku dan dia juga tak tahu betapa risaunya aku pada dia...Kenapa dia buat aku macam ni hah! tak tahu ke dia kat luar tu bersepah kuching2 kelaparan ,dia bertuah kerana aku sediakan makanan untuknya tiap2 hari ,itu pun dia tak mahu makan.Bila aku sua cokelat dia bedal pulak...tak paham le aku dengan feel dia ni.

Aku tak mahu dia mati meragan depan aku...anak2 pernah suggest aku cari kuching betina sekor bagi untuk Pushie...nak mampos ,nanti beranak-pinak pula ,siapa nak jaga. Cukup le sekor Pushie ni saje...nanti tak pasal2 aku kena high blood preasure pulak...Pushie oooi....makanle sikit !

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH