Oh my ! Am i glad to be in Malaysia.............

Today after what happened in Holiday Plaza, Johor Bahru.I am so pleased to be a Malaysian...yes,yes saya sugguh bangga jadi rakyat Malaysia hidup dengan berbagai2 kaum,bangsa,dan agama....

Saya mau tanya patut ke kalau ada orang marah2 orang lain dengan tujuan nak jatuhkan air muka orang tu...tambahan pula orang yang dia marah2 tu hanya menjalankan tugasnya ....kalau u kerja main2 dan tiap2 bulan u dapat gaji penuh silap2 gaji yang u dapat tu di kategorikan tak halal tau...ye lah u tak amanah dengan kerja yang di berikan pada u....

Dalam dunia ni macam2 jenis manusia dengan macam2 ragam...kadang2 u boleh terkejut dengan hal2 yang tak di sangkakan...rupa hansome,macho macam film star, pakaian dengan jaket kulit siap dengan beg sandang n kasut kulit...siapa sangka kaki shoplifting....sekali pandang memang nampak dia seperti orang 'berada' or atau 'kerabat2'punya orang...tapi siapa sangka...Hari tu adalah hari pengajaran bagi dia ...ruginya aku tak bawa kamera dann rakam gelagat orang2 yang berkumpul depan kedai famasi tu....( aku dulu pun berpengalaman kena tangkap sebab tak bayar satu barang...mula2 memang tak de niat nak ambil free masa nak cari barang lain aku bawa pen tu ke hulu ke hilir tak jumpa kaunter sampai hampir terlupa benda tu dalam tangan jadi bila time's up aku terus jd malas nak cari cashier dan habis tu bila kawan ajak balik aku terus belah walau pun masa tu aku baru teringat barang belum berbayar tapi kenapa aku tak patah balik dan bayar...thats the problem lah...)Bila sampai kat gate ada one lady panggil masuk ofice....u know what aku tak rasa terkejut atau takut pun bila kena soal terus mengaku aku ambil pen tu...bila beg aku kena punggah semua barang seperti note book kecil and other stationaries dibeleknya satu persatu ...pegawai tu tuduh semua barang tu aku curi tapi aku jawab tidak ini pertama kali aku ambil barang tak bayar...bila dia tenguk notebook ada tulisan mungkin dia puas hati kot dan suruh aku bayar harga pen tu ..katanya lama betul dia suruh budak perempuan tu ikut aku ...aku pun perasan cuma waktu tu aku langsung tak tahu dia ikut aku....dia sambung lagi ...dia bangga kalau aku berpatah balik dan bayar barang tu jika aku benar2 terlupa...dan menyesal kerana aku tak buat begitu...sampai sekarang aku hairan kenapa aku langsung tak rasa bersalah ,infact i feel glad sebab dapat tenguk pejabat mereka.Sekarang ni aku akan letak je barang yang aku ambil dekat mana2 rak jika aku malas bayar.....

Berbalik pada cerita aku tadi aku hairan dengan lakonan yang dia persembah kan pada orang ramai...bila security nak check dia siap marah2 lagi kata jangan dok kurang hajar dengan dia ...bila orang ramai mula sedar sorang demi sorang pun datanglah tenguk dan dengar....aku tabik hurmat betul dengan kaum cina ni ...walau pun perempuan dan datang dari kedai lain dia siap berani suruh budak security tu check laki2 tu habis2san....di sokong pula dengan cina laki2 yang pakai singlet putih siap bertatoo di belakang tengkuk ..." tenguk sekalang siapa malu? lu kasi olang malu lu lagi malu." Kesian pula aku tenguk jejaka kacak bergaya tu terpaksa tanggalkan jaket kulitnya dan badannya dibiar kena raba keatas kebawah dengan security guard tu yang masih budak2 lagi.Tadi dia dok marah dan maki hamun budak security tu sekarang giliran dia pulak kena kutuk dan dimarah2 dengan orang ramai.....paling tak sangka bila got one Indian man siap cakap ngan orang tu "apa ni islam dengan islam pun mahu gaduh ke??????"siap masuk hal ugama lagi...Malaysia oh Malaysia.....

Suami kata jejaka tu mungkin from Singapore sebab sombongnya lain macam...bab ni aku berkecuali....aku cuma nampak apa yang aku cakap di atas tadi dia nampak ranggi macam orang kaya jadi bila orang macam security guard tahan dia tentulah dia rasa tercabar dan buat reverse psycology konon.Marah2 orang so that yang nampak bersalah tu budak itu bukan dia...berani kerana benarkan!

Di pedekkan cerita....semua orang bersurai bila si jejaka ini mula mengikut arahan security tu...yang aku nampak sebelum beredar dari kompleks tu jejaka tu masih dalam kedai farmasi tu tenguk2 barang...kata suami tau pulak dia takut cina2 gangter akan tunggu dan lepuk dia sebab buat kacau dalam premis perniagaan...orang cina memang tak suka perkara2 macam ni berlaku di tempat mereka mencari rezki kata cina tu lagi "tak syiok la kita mau meniaga ,dia mau buat bising !!!"

So what to say..berani buat berani tanggung lah !!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH