KeTaKUTan WAniTA -POLIGAMI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

Aku saja ambik topik di atas sebab baru2 ni ada video gambar orang atasan bercumbu dalam lif,DAN IA BERSANGKUTAN DENGAN KEBAHAGIAAN...Masyaallah, apa nak jadi dengan akidah orang2 Islam ni. Kut kita asyik sibuk dengan gejala sosial remaja tiba2 gejala orang tua yang timbul pun dasyat juga.....mana letaknya akal mereka yg waras dan iman mrk sbgi orang Islam.

Aku dah lama nak tanya pendapat kawan2 perihal suami yang ingin kawen lg kerana ia berkait rapat dengan kebahagian tapi menunggu masa yang sesuai.Apabila Cenah antr je video tu yg sebenarnya aku dah tenguk,ia memberi aku peluang untuk aju soalan.walau tidak semua kawan2 yg jawab tetapi ia memadai untuk sekadar melihat reaksi mereka....so here it goes......

Dari Cenah ,
Sham..tu baru kena provok ngan aku.....Hehehe......... Aku komen lain kali plak....kena balik dah nih...jemput anak balik ko-K dia...

shamsuddiar ramli wrote:



Salam again,

Pendapat aku tu cuma pendapat buat masa ni, kan aku cakap if it ever happened to me, I might change my mind. Tengok lah masa tu , I cannot predict my mind. But I really hope I my stand remains. Mcm aku ckp lah, depend jgak on the other party ie pompuan yg satu lg tu camne. Payong, payong jgak, kesabaran ada had. Harap2 payong tk bocor. Insya Allah.Moga2 laki aku n aku kuat iman. Heheh, suspend jgak bila kena provoke!

noor aini wrote:

Hmmmmmmm.........cara cenah jwab macam tenguk wayang pulak siap boleh terbayang2 dalam kepala.......Here i want to make a special request to Lah,if u are willing to tell ur part of stories and i promise u there wont be any prejudice.

Rosnah Yahaya wrote:

Salam semua,
Sorry Arah...may B U X dpt video sensasi tu...rasanya aku tertinggal...if U nak tngok nnti aku fwdkan...kot U kenal org bdua tu..
Ttng Ani ckp may B depa dah kahwin sorok2... dari maklumat yg aku dpt... that guy adalah Tn Haji - Gred 54.... n the lady is Gred 52 - her husband kijer di Terengganu....kejadian berlaku di one of the hotel di K.L lah... masa tu 'Jabatan depa buat retreat kat hotel tu...'
Ttg persoalan yg Ani tanyakan tu.... Memula mintak maaf dulu dgn member kita C Lah... jgn berasa hati... ur kes mungkin lain....Just to tell U all aku ada kes kat C ni... "heart to heart" talk dgn mangsa... mmg lelaki sebelum dpt janjinya semua Ok... tapi nkorang tau?.. C mangsa ni dah 10 tahun bermadu... n utk selama itulah jugak TIADA NAFKAH BATHIN utk dia!!!.. Bila tiba giliran C suami tidor umah dia... benda tu mesti X naik!!... buat mcm mana pun mmg X naik!! So apa yg boleh hanyalah 'oral' shj (maaf Arah....) tapi itulah realitinya... dah puas berubat kesana-sini...namun mcm tulah jugak...nak kata mmg dah 'mati pucuk.... anak mangsa ni bagi tau kat mak dia yg 'mem' kat sana le ni sedang sarat mengandung!!!! So mcam mana tu?...just nak provok... Sham bila jadi mcm tu nko sanggupker? If U kata OK... tabik springlah aku!!!....Walopun kehidupan kita bukan fokus pd tu shj.... tapi mmg kwn aku tu bnyak benda yg dia 'tertinggal'... tiba giliran dia... hubby buat kijer out-station...weekend X pernah ada...anak2 semua dgn dia.. if dia out-station...member ni X pernah hubby ctc... tapi madunya akn dpt call..dia dpt tau sbb adik hubby yg G = out-station ckp sbb dia tidor sebilik - adik akan tanya abgnya kenapa X call kakak ipar yg ni (member aku nie..). Abg X jwab... diam shj.... tapi X jugak buat call....
OK... gotta go... ada masa sambung lagi..
Wassalam





khairiah wrote:


Ani, bagus kerana menjentik topic yang sensasi macam ni. Dapat sambutan. Banyak respons.

Pandangan I sebagai single woman,

Possibly, dengan izin Allah memang tak nak kacau rumah tangga orang but I don’t know my own fate. In the right frame of mind, memang tak mau jadi perampas tapi orang cakap kalau dah jatuh cinta tu dah jadi buta, hati lebih mengatasi fikiran yang rasional. Bagaimanapun I sentiasa mendoakan supaya I tak jadi macam tu.

Secondly, kalaulah jugak I ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan suami orang, I must be certain that I’m being accepted by the family (wife or wives and children included). Honestly, at this age, chances nak jumpa lelaki bujang tu is very slim… dan kebanyakkannya yang baik tu dan boleh kata berkenan dihati adalah suami orang. Jadi, banyakkan berdoa supaya sentiasa dilindunginya.

Just my 2 cents.

BTW, dah dapat ke video sensasi adegan dalam lift u….


From: shamsuddiar ramli [mailto:shamsuddiarramli@yahoo.com]
Sent: Wednesday, March 21, 2007 8:53 AM
To: noor aini

Salam everybody,

Agak lama jgak aku tk bbalas berita ngn nkorg. Tk tau lah apa yg aku sibukkn. Smpaikan reunion 25 yrs diploma itm grad last Saturday tun aku tk dpt g. Wal hal aku ngn Dee sama dlm comiti, Camne Dee? Tntu best kan jmpa member yg kebanyakannya terputus langsung hubungan.

Psl kes yg Ani bagi....mmmmm, aku tk tau samada reaksi n fikiran aku akan sama atau berubah apabila perkara camtu berlaku, tp buat masa ni pendapat aku camni dan sebolehnya aku nk terus berpendirian camtu.

Kalu husben kata dia dh jatuh hati ngn satu pompuan n kata nk kawin, aku akan minta dia introduce n aku akan interview dlu budak tu( lbh tua dr kita???).
Who ever that woman is, alu kena pastikan dia sesuai utuk husben, n boleh get along ngn aku n anak2 aku. Pada aku penting sbb bila pompuan tu kawin ngn lelaki yg dah ada famili, dia jgak akan 'kawin ngn anak bini lelaki tu, that is me!

Kalu pompuan tu bersifat mcm aku , aku rasa insyaAllah harmoni kehidupan bermadu. Biasalah kalu ada tersinggung terkecik hati sekali sekala, as long as ada sifat pemaaf. tapi lebih penting sifat tk segan mintk maaf.

Itu kes kalu dia blum kawin, tp kalu dia kawin dlu baru bagi tau atau kita dpt tau dr org lain??? Mgkin lain skit perasaan n pendirian aku. Sbb ini soal kepercayaan yg kita bina dlm rumhtangga kita. Breach of trust ni lain skit.

What I can say is, I hv to accept the situation coz they are already married. Its dosa to runtuh a masjid. Cuma keharmonian mgkin kureng, n I might tpaksa get along ngn madu yg blum tntu mengikut my expected spec. Dalam hal ni pompuan tu tu la yg patut bertimbang rasa. Husben? Kalu dia bleh sorok2 kawin, what else yg dia tk bleh buat? Berserah lah selepas berusaha.

Tp apa2 pun dlm ati aku tk dpt nk telaah, bila dia blum ada anak mgkn aku tk berasa sngt, bila dia dh ada anak nnti aku takut aku jeles kt anak dia. Aku lbh memikirkn perasaan anak aku sebenarnye.

Aku fkr camni Ani, aku ni pahala tk banyak dalam hidup ni. Jadi kalu dpt payong emas mgkn dpt mudahkn aku di akhirat nnti. Hati masa ni mgkin boleh di adjust, di akhirat nnti ??? Wallahu'alam.

I hope my writings (thoughts) didnt hurt anyone. It's just my sincere thought.

noor aini wrote:

Salam again ,sori leha tadi aku send kat kau sorang pendapat aku...so here i have to repeat.

first i thank leha for her prompt answers.I rasa banyak wives akan sependapat dengan leha tapi banyak pulak husbands yang tak akan sependapat dengan syarat yang leha bagi anyway lain orang lain pendapat so friends ,whats your answers.


noor aini wrote:

Salam again ,sori leha tadi aku send kat kau sorang pendapat aku...so here i have to repeat.

first i thank leha for her prompt answers.I rasa banyak wives akan sependapat dengan leha tapi banyak pulak husbands yang tak akan sependapat dengan syarat yang leha bagi anyway lain orang lain pendapat so friends ,whats your answers.

alia ali wrote:
salam.
kalo la satu hari nanti suami aku tiba2 bagi tau aku dia dah jatuh cinta dgn pompuan lain dan nak kawin dgn pompuan tu.... mmm.... sebagai wanita mesti la aku terkejut. aku akan cuba tahan diri aku supaya tak mengamuk. ofcorse la mesti menangis punya, tapi aku cuba tak meraung. thats not the end of the world
bila dah cool hati aku ni , aku tanya suami aku balik ,betul2 kah dia nak kawin lain. kalo dia confirm betul, aku terpaksa minta dia fikir utk pilih yg mana satu. kalo dia pilih pompuan tu aku terpaksa undur diri bersyarat. aku tak mau dimadu walaupun aku tau dapat pahala kalo bermadu.pahala tak pahala belakang kira. pada aku lebih baik aku berpisah dgn suami aku dari aku masih lagi bersama dia.buat apa aku masih setia dgn lelaki yg tak jujur, tak setia dan buat aku hilang kepercayan pada dia. pada aku lebih baik berpisah dari aku makan hati menunggu suami aku yg dah makin lupa jalan pulang kerumah. aku tak kan halang ia kawin dgn pompuan tu, buat apa aku halang orang dah menggatal sgt tu. better let it go. pada aku sekali suami aku tak jujur selama2 nya aku dah tak percaya. aku tak mau simpan suami cam tu. aku minta cerai sebab aku tak mau aku dan suami aku berdosa. susah nak dapat suami yg akan bersikap adil pada isteri2nya. kot ada pun dalam sepuluh org ada la sorang yg ok.so daripada suami aku berdosa sbb lupa tanggung jawap dan aku pulak berdosa menyumpah seranah suami aku dlm hati lebih baik aku minta cerai.
tapi sebelum berpisah tu aku akan buat syarat. aku mahu rumah, wang sara hidup, dan kereta sebiji. lepas tu aku tak mau dia ganggu aku lagi. apa2 urusan dgn anak2 dia urus dgn anak2 sendiri. aku tak mau campur. aku nak rehatkan diri aku betul2 sementara tunggu mati aku nak buat amal ibadat banyak2 yg mungkin masa aku masih jadi isteri dia aku tak mampu buat lebih amalan. Biasa la isteri ni, nak buat posa sunat pun kena minta izin suami. lagi pun aku punya banyak masa lepas tu. tentang anak2 terpulang pada diorang. tapi aku rasa anak2 aku mesti masuk belah aku punya.

Idah wrote;

ASSALAMUALAIKUM,

PASAL BERMADUNI, BOLEHLAH AKU CAKAP MCMNI..

- SATU MOMENT GILA BG LELAKI.
- SELAMANYA PENDERITAAN BG WANITA.
- DLM PERKAHWINAN, MESTI ADA KESETIAAN.
- MESTI ADA KEIKHLASAN UNTUK SALING MEMBAHAGIAKAN.
- KALAU SUDAH ADA ORG KETIGA, HM.....AMAT MALANG.........(NAUZUBILLAHMINZALIK.......)
- TIDAK AKAN MEMBAHAGIAKAN ISTERI, EVER. OLD OR NEW.
- ANAK2 - TETAP THE VICTIM.
- ZAMAN INI, JANDA, BALU, ANAK YATIM, ORG MISKIN, BUKAN TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI, TETAPI TANGGUNGJAWAB BERSAMA MASYARAKAT DAN BADAN2 KEBAJIKAN LAIN....BUKAN TGJWB SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI!!!!!
- SO, WHAT'S THE EXCUSE? NAFSU. FULL STOP. PERIOD.
- MY SUGGESTION: BILA DIMADU, BLAH. DON'T GIVE ALTERNATIVE. NONE WHATSOEVER. IT JUST DOESN'T WORK.
- NEVER HOPE FOR THE BEST. COS IT IS JUST NOT FOR THE BEST. ANY FOOL CAN FIGURE THAT.
- PAYUNG EMAS? DREAM ON.....

Tamat-
---------------------------------------------------------------------------------------

From: noor aini
To: Khairiah Ahmad , rosni ahmad , leha alias , Mardhiah Ariffin , Faridah Basaruddin , saodah husin , naimah mahmud , Rohaya mohamad Mohamad , Fadzilah Mohamad , rahimah , shamsuddiar ramli , Rosnah Yahaya
CC: pon sebon
Subject: Tolong beri pendapat
Date: Tue, 20 Mar 2007 22:47:47 +1100 (EST)

Salam again,

Nampak macam tak aktif je ...what happen to all..mungkin tak ada cerita yg bagus...anyway thanks Cenah for showing U-Tube tentang hubungan terlarang tu...but still kita tak leh menghukum tanpa usul periksa ..mana tahu mrk dah kahwin secara senyap2 ke.......yes who knows except God....And my questions this time are related with the video...

So here go my questions again......


Dalam dunia yang penuh cabaran ini di mana kebanyakan perempuan boleh berdikari dan bersifat materialistik..kita dapati banyak yang belum berumah tangga...atas sebab2 tidak berjumpa dengan pasangan yang sesuai.Pasangan yang mereka inginkan biasanya ialah laki2 yang stable dari segi pekerjaan,bertanggung jawab dan mempunyai pendidikan agama.

Sebagai seorang muslim kita juga beriman pada ayat2 Al Quran dan salah satu ayat yang di turunkan ialah pada laki2 yang ingin beristri...bunyinya lebih kurang begini......maka khwini lah oleh mu wanita2 itu yang kamu sukai tetapi
cukuplah dengan satu sekiranya kamu takut berlaku adil,dan sesungguhnya kamu tidak akn dapt berlaku adil.(Tolong perbetulkn apa2 yang salah)

Soalan saya;

Apa reaksi anda apabila suami anda berterus terang pada anda yang dia telah mengenali seorang wanita yang pada hatinya di anggap baik dan meminta izin untuk mengahwininya....... apakah anda setuju/tidak.....apa alasan anda.?


Seandainya suami anda telah mempunyai segala jwapan untuk alasan anda di atas contohnya sayangnya serta tanggungjawapnya(masa dan material) pada anda dan keluarga anda tetap sama ,apakah anda akan bersetuju?


Seandainya suami anda bekerja di luar kawasan ,tanpa anda ketahui telah pun beristeri dan pulang menunaikan tanggung jawapnya seperti biasa dalam keadaan harmoni dan keadaan ini telah berlangsung bertahun2 lamanya tanpa ada sebarang masaalah dan tiba2 pada suatu hari anda mendapat berita dari seseorang,apakah reaksi anda dan kenpa begitu...?sekiranya rasa
tertipu itu jawapan anda boleh kah ada rasionalkan dengan alasan dia tidak mahu anda terluka dan tidak mahu kehilangan anda dan keluarga.

Sebagai seorang wanita Islam yang percaya pada takdir...apakah anda masih tidak mahu merelakan dan memaafkan suami dan perempuan itu.KENAPA.?


Sekian ,tolong jawab dengan seikhlasnya.......

After reading their answers i boleh rumuskan disini....most wives tak mahu di madu....but some do willing to make a try with certain conditions..including me i guess.Setelah membuat sedikit rujukan sebenarnya poligami bukan lah undang-undang yang sewenang2nya boleh dipakai apabila mahu berkahwin lagi. Ia merupakan satu undang 2 istemewa seperti undang2 waktu darurat.Saya akan letak fakta ini di lain posting.Ada negara2 yang setelh membuat study secara terpeinci melalui Al quran dan hadis telah membuat hukum bahawa poligami itu tidak dibenarkan.Contohnya negara Cina (seperti cerita Syam), Indonesia dan Mesir.Hanya laki2 yang bersifat tamak saja akan mengatakan poligami adalah SUNAH NABI.

Harapan saya setelah membaca posting saya yang akan datang lebih ramai laki2 yang bertaqwa akan bersetuju dengan fakta tersebut.......sekian salam harmoni dari saya.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH