ERA

Aku dilahirkan 3 tahun setelah merdeka dan umur ibu ku waktu melahirkan aku adalah dalam linkungan 30 tahun....bandingkan umur ibu dalam eranya. Era jajahan British, Jepun dan komunis.Membesar dan hidup dalam era kesusahanEra *survival yang tinggi*,era di mana elektrik dan air paip belum ada hanya menggunakan pelita sumbu, minyak tanah dan sumber air dari sungai atau telaga.Era di mana berpindah randah dari tempat kurang selamat ke tempat yang lebih selamat .Era di mana bila waktu2 kecemasan dan darurat terpaksa lari dan menyorok dalam rimbun2 bendang dan pokok2 ubi kayu.Era di mana makanan terlalu susah kerana selalu di rampas oleh tentera Jepun atau Komunis.Era di mana kain adalah barang yang paling bernilai dan susah untuk di dapati....era di mana daun nenas di tumbuk supaya mendapat siratnya untuk membuat benang bagi menampal kain yang koyak.Dan tidak ada satu kain pun yang ibu pakai tidak bertampal .Era dimana menyekolah anak adalah satu mimpi atau angan2 *mat jenin*.

Aku adalah anak generasi sesudah merdeka!

Aku tidak merasai semua itu kecuali ,pelita minyak tanah dan dapur kayu.Aku pernah juga mandi di telaga dan berak di tepi sungai dan di semak2. Pada waktu itu arus kemodenan yang di bawa oleh British ,semakin berkembang. Sistem persekolahan berjalan dengan lancar.Aku tidak sedar akan pergolakan politik pada waktu itu kerana aku masih kecil tetapi keadaan darurat seperti *curfew* masih berlaku.ini bukan kerana penjajahan tetapi kerana perbedaan idelisma dan sifat perkauman yang kuat.Masing2 bimbang dengan ketidak adilan dan juga perasaan curiga yang menebal antara kaum.

Era datuk ku hanya sempat melihat TV hitam putih dan aku juga ....Waktu tv hitam putih pertama kali sampai ke Smenanjung tanah Melayu ramai orang di era itu kehairanan apabila tersebar bahawa radio tidak lama lagi akan ada gambar hidup.....kemudian hebuh pula tv tidak lagi dalam hitam putih tetapi akan mempunyai warna.Datuk ku tidak sempat menyaksikan tv bewarna tetapi aku dapat......

Dan kini era teknologi canggih,era komputer....era internet ,era dunia tanpa sempadan..... alhamdulillah bapaku sempat melihat era digital ini malahan dapat merasai memakai telepon bimbit,manakala datuk ku tidak....

Aku yakin lima puluh tahun akan datang manusia tidak lagi mengguna jalan darat untuk sampai ke satu distinasi yang lain ...aku yakin kereta boleh terbang...seperti sekarang apabila kereta boleh di gunakan di atas air...tidak mustahil...tapi apakah aku sempat menunggu sampai era itu?
Kalaulah Datuk ku boleh hidup semula tentu dia akan terkejut besar dengan perubahan dunia ini....dan andainya pula aku sudah tiada di era itu.....adakah sesiapa yang dapat menceritakan kepada ku ?

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH