Berat isipadu di perlukan....

Hari ini semasa pulang dari Kajang ke Kluang ,salah satu tayar MPV kami pancit.
Pengalaman yang menyeronokkan, hari ini aku dan anak2 dapat pelajaran baru..iaitu bagaimana isi padu berat badan dapat membantu membuka screw tayar...lebih berat isi padu lebih mudah screw berputar....nasib baik hari tak hujan....

Dan apabila anakku, Khaliq membaca blog ini dia rasa tak puas hati kerana ceritaku terlalu pendek.....dia suruh aku ceritakan bagaimana pada mulanya abangnya,Qayyum yang berat badannya lingkungan 50 kilo cuma memijak besi pemulas screw tetapi gagal membuat screw bergerak.Kemudian dia pula meancubanya sambil melompat2 atas batang besi pemulas/pemutar itu tetapi tetap gagal.Dan akhirnya ayah mereka yang berat badan lingkungan 80kilo pula melakukannya dan ternyata dengan mudahnya screw itu berputar.




Oleh itu kami membuat theory ,"size does matter".




Kami dengan girang hati memaklumkan bahawa kami sudah pandai membuka dan memasang semula tayar kereta...Nasihat kami, jangan sekali2 tidak membawa alat2 seperti jek kereta,pemulas screw tayar yang besar tu, playar dan lain2 yg bersangkutan...atau kalau nak lebih mudah lagi minta je khidmat PLUS.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH