Bangkok







Melancung adalah satu aktiviti yang menarik bak kata paepatah jauh berjalan banyak pengalaman..itu apa yang aku selalu rasakan setiap kali berpeluang melancung tak kira lah dalam negeri ke atau luar negeri. Tambah gembira kalau boleh melancung beramai2 dengan famili atau kalau dengan kawan biar lah yang satu kepala orang kata...

Aku cuma nampak satu je keburukan melancung...poket cepat kempis jadi kalu boleh ,carilah tempat penginapan ,transport , tempat makan, tempat shopping dan hiburan yang murah yang boleh melambatkan poket kempis....dan lagi satu cari orang yang boleh membantu kita ,bertolak ansur ,paham memahami dan cekap kerana ini juga boleh membuat perjalanan kita jadi lancar dan menarik.






My memory lane:

Pada 24 Dec malam ,kami (aku, suami, anakku ,Azlan dan Nodee ,kawannya Ifran, Kak Miah dan kawannya Kak azizah)bertolak dari Selangor ke Taiping degan Naza .Sebelum tu kami ke Klang dulu untuk jemput Ifran .Tidur semalam di Tping dan keesukannya selepas sarapan lebihkurang pukul 10 pagi kami teruskan perjalanan ke Butterworth. Sampai stesyen keretapi dalam pukul 12 tengahari ,oh ya lupa nak beritahu perjalanan hari tu dari Batang Berjuntai sehinggalah ke Butterworth kami pakai GPS.Ia sungguh lah tepat dan membantu.Kak Miah dengan kawannya yang bertolak dari Penang pula sampai beberapa minit kemudian.

Di Stesyen keretapi terdapat kedai ,buku ,money changer ,kedai makan dan juga tempat sholat. Selesa sebab tempat menunggu ada ruang berhawa dingin...jalan ramai2 yang bagusnya boleh ganti2 tunggu beg yang besar2 dan banyak tu.Kami sempat lakukan sembahyang jamak kasar kerana keretapi bertolak pukul 2.20 ptg cuma yang ralatnya kami tak sempat tukar duit RM ke Baht kerana kedai tutup separuh hari lupa yang hari tu jatuh hari JUMAAT!

Perjalanan dalam keretapi ambil masa 22 jam....dari Butterworth digalakkan beli makanan dan minuman terlebih dahulu sebab dalam perjalanan yang jauh tu dah tentu perut rasa lapar dan tekak rasa haus...dan yang paling kami tak sangka cuma dua gerabak penumpang sahaja tanpa gerabak kantin.Bila sampai di Padang Besar(Boarder) baru ada berberapa gerabak di sambung termasuklah gerabak kantin dan di situ juga kami kena turun untuk chop pas port dan visa.Nasib kami agak baik sebab ada penjaja menjual nasi goreng bungkus dan minuman sejuk untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga atas keretapi.Dan kami baru tahu harga sarapan keesukannya cecah 12 RM satu kepala!

Sampai Hadnyai hari mulai gelap, staf keretapi yang berbangsa Thai mula menjadikan bangku yang kami duduk menjadi katil yang di lapik dengan tilam .Katil di bawah jauh lebih besar dan selesa dari yang di atas jadi harga tiketnya tentulah lebih sedikit tetapi tetap berbaloi....malam tu aku tidur di bawah saja dengan suami sekurang2nya tak lah kesejukan sangat walaupun berselimut...hmm selimutnya berbau harum dan segar kerana setiap hari ia akan di tukar dengan yang baru.

Lepas 22 jam akhirnya sampai juga ke Bangkok,di stesyen keretapinya juga disediakan tempat sembahyang dan ada gerai makan Islam yang sedap ... ia amat menyeronokkan kerana kami travel dalam kumpulan jadi tak lah rasa lama dan bosan sangat dan ia satu pengalaman yang bagus.Satu lagi nasihat saya kalau ada sesiapa yang ingin ke Bangkok terutama orang islam bersedia dengan bebrapa alat memasak untuk sehari dua sebelum kita tahu seluk beluk jalan kerana disana amat susah berkomunikasi untuk bertanya kedai makan halal. Kalau kita bernasib baik kita akan terjumpa orang pattani yang pandai bertutur bahasa kita dan sanggup menjadi pemandu pelancung dan bawa kita ke tempat2 yang bagus dan tidak tertipu.

Tempat2 yang menarik yang saya pergi ialah pertunjukan kabaret di hotel Asia, floating market (tempat ni kena banyak bertanya dan compare harga sebb banyak sangat agen ) monkey show(kurang menarik) saya tak galakkan tenguk sebab di Malaysia ,tak boleh challenge persembahan di A Famosa Melaka.Elephant ride ,bayarannya agak mahal tetapi sesiapa yang benar2 teringin mungkin ok kot.

Transport antara satu tempat ke satu tempat di sekitar Bangkok lebih baik naik teksi bermeter ,ia jauh lebih murah dari naik tut tut atau motor roda tiga tu . Paling bestnya tut tut yang ada tempat duduk untuk dua orang boleh naik seramai yang mungkin ,tak ade masaalah dengan polis trafik..manakala teksi juga kami boleh naik sampai lima orang ..huuh betul2 jimat kalau di bahagi per kepala.

Dan paling best perjalanan kali ini ialah bila anak2 dapat kawan baru dan salah sorangnya orang Thai sendiri yang sanggup bawa kami berjalan hujung minggu .Dia jadi tukang tranlate dan tukang bargain untuk kami....kami panggil dia Su...nice meeting u Su!

Sebab kami duduk di sana sampai New Year ..barulah kami tahu bahawa di sana New Year sudah jadi sambutan rasmi .Adat disana bila new year bertukar2 hadiah...pihak hotel juga telah hadiahkan kami anak patung comel bersama chocholate .... patutlah Su excited sangat nak beli barang hadiah untuk adik2 dan kawan nya...sebelum berpisah esuknya..aku just bagi kerongsang biru pada su tanda terima kasih...i hope she likes it.

Satu lagi pelancung harus tahu ,jangan sekali2 guna teksi yang di panggil oleh pihak hotel, jangan malas nak jalan sedikit dengan luggage yang banyak..bak kata orang berat sama dipikul ringan sama dijinjing ...setengah km tak jadi halnya ....bezanya besar harga teksi di luar lebih kurang 4.90x2 rm manakala dari hotel untuk 7 orang 120rm.Check bilik betul2 takut ada barang yang tertinggal sebab once kita keluar barang tu sure lesap!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH