RMC

Maa...ive survived till this day n dont know until when i can stay here..
Nanti kalau masuk final temu duga ,aliq kena korbankan rambut yg chantek ini....

From:Aliq

Isnin lalu aku dan suami hantar anak ke RAMD Batu Tiga untuk anakku melalui beberapa ujian kelayakan untuk masuk Royal Military College. Dia kena tinggal dalam kem selama 4 hari untuk menghadapi IQ test dan Fizikal Test.

Sebelum aku jejak kaki dalam kem tu aku rasa confident anak akau akan berjaya terpilih kerana ada ciri2 atlit dalam dirinya ,tetapi bila sampai je dan lihat kehadiran orang ramai tiba2 perasaanku berubah . Calon2 yang datang tu bukan calang2 orang. Kebanyakannya terdiri dari pengawas sekolah..ada yang datang dari Muar, Melaka ,Johor Baru dan seluruh kawasan Johor yang lain. Badan mereka tegap, pakaian dan rambut mereka kemas dan keyakinan diri mereka nampak tinggi macam seratus peratus yakin atau sekurang2nya 100% bersedia.

Anak aku seperti biasalah ..suruh potong rambut pun tak potong..persiapan last minute , baju sekolah pun pinjam kawan sebab katanya uniform sekolah dia tinggalkan di asrama...dah lah pakai uniform pengawas ,tag nama AHMAD ZAHARI pun masih terpampang di bahagian kiri Vest tu.Bila aku sebut kalau penemu duga tu perasan nama adik lain dengan uniform , apa adik nak jawab...dah gelabah .... Nak tukar pakai T- Shirt... lepas register tukar balik pakai baju tu ..lastly aku suggest tanggal je nama tu....so kelam kabut la guna pin tudung untuk tetas benang.

Sebab itulah aku dan suamiku tak berapa yakin ....tapi tak mahu tunjukle ....dalam hati cuma terfikir kalau dia dapat..itu adalah usahanya sendiri dan aku akan kagum dan kalau tak dapat pun aku tak terkilan sebab kehadiran nya itu ada faedahnya dari segi pengalaman.Sebelum berpisah aku sempat pesan...kalau jawab soalan tu jangan tergagap...kalau tak tahu pun jangan cakap tak tahu tetapi guna ayat pada pendapat saya jawapan nya macam tu macam ni...Orang lebih minat tenguk cara adik menjawab bukannya salah atau betul.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH