PASAL AKU


Hari ini kepala aku rasa berat...bukan saja kepala rasa berat, perut pun rasanya semakin berat(kerana kurang bersenam)....Aku belum lagi rasa nak ke klinik walaupun pergelangan tangan kiri ku dah lama sakit.

Bukan tak pergi langsung ke klinik tetapi bila jumpa je muka doktor ..terlupa nak cakap pasal penyakit yang memang dah lama dalam list maklumlah banyak penyakit...bila nak discribe dekat doktor tenguk muka doktor yang macam senyum tapi tak senyum...malu pulak.Dalam hati dia entah2 fikir aku mengada2 atau tak paham itulah penyakit ketuaan bukan ketuanan.

Tadi semasa aku nak buat teh ,tekan air panas kat water dispenser tu kering kontang..masyaallah siapa orang terakhir yang buat kopi ni...setahu aku yang ada dalam rumah ni semua laki2 tetapi yang perempuan ni la yang kena dok isi air 20 liter dan angkat botol yang berat tu ,dan barula aku terperasan kenapa pergelangan tangan kiri ku sakit selalu.... Aku gunakan lengan kiri ku untuk menahan 20 liter air dan mengangkat untuk meletaknya semula atas dispenser.

Kata Khaliq kawan2nya tak percaya umur ku dah cecah 48...aku jawab balik mungkin ibu mereka tak dye rambut kot ...jawab Khaliq lagi bukan pasal rambut tapi rupa mereka ..jawab aku lagi mungkin ibu mereka kerja berat banting tulang, berkebun....jawab Khaliq mereka pun duduk rumah macam mama... kalau macam tu mereka tak pakai krim muka kot....tetapi yang sebenarnya cara berpakaian juga boleh menipu umur yang sebenarnya..tenguk pelakun yang boleh jadi muda dan tua dalam jangka masa yang sama kerana pakaian yang mereka pakai...mungkinkan?




Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH