LIFE JACKET


Hari ni aku ikut suami pergi ke salah satu kedai kegemaran >>>iaitu kedai jual alat2 menangkap ikan.

S
ebenarnya suami nak cari pump kolam ikannya yang baru siap tetapi kedai yang menjual alat tu belum buka lagi . Walaupun kedai yang kami masuk ni tak jual pump ,tapi tokehnya mesti happy dapat pelanggan yang pertama iaitu 'aku'.

Kadang2 aku sendiri rasa pelik dengan diri aku ni ,walau sebenarnya tak lah pelik sangat kalau kita tinjau semua fe'el orang lain.

Ada orang sanggup keluarkan duit atas makanan tapi sayang bila nak beli baju cantik (macam tak kamcing le kalau dah suka makan mesti badan over size...camane nak beli pakaian yang tergantung dalam butik pula),so its lojik lah.

Ada juga manusia yang tak kedekut beli CD atau DVD tapi kedekut nak beli buku...and so on.

Mula2 aku nak argue mungkin orang2 ni termasuk 'aku' tak punya cukup 'wang' jadi kena pilih antara nak atau tidak ,kemudian tak leh masuk di akal pula.Kenapa aku pilih 'NAK' sedangkan aku boleh pilih 'TAK NAK'.

Seperti ada sesuatu dalam diri kita ketika tu yang buat kita tak boleh atau tak mahu fikir yang tak eluk kecuali yang bagus2 je tentang barang itu. Macam dirasuk benda halus,belilah...belilah....Masih tak lojik kan?

Ok ,cuba perhati orang yang banyak duit...rumah besar ,kereta besar, bank besar...kalau fakir miskin datang depan pintu rumah dia nak minta sepuluh,sikit sangat tu let say seratus ringgit ,rasa-rasa orang kaya tu nak bagi ke tidak.

Sebenarnya hari ni aku cuma nak tulis...yang aku beli dua life jackets which costs me RM170 .So what is so great about it...itu yang aku nak cuba explain ....kenapa aku bab2 ni macam tak sayang duit je....dulu beli fishing rods dengan anak. Suami pula beli khemah , beli sleeping bag ,beli dapur gas ,lampu suluh and so on....ingat nak beli goggles sekali tapi bentuknya kurang cantik ...so nak tenguk kedai lain dulu...

Semua ni actually sepontan ,kalaulah aku boleh fikir cara tak nak mesti aku bagi reasons buat ape nak beli...bukan nya selalu jumpa laut OR umur macam aku ni layak ke lagi pergi ke laut....but then i realised one thing...its my spirit....i never think about my age whenever i think about camping ,snorkling ,swimming or may be for a simple picnic like bakar2 ikan yang datang dari pasar!


Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH