LELAKI, SUAMI DAN dot DOT DOt bah-2

Cuba bandingkan dua ungkapan ini .....
Lelaki,suami dan jalang dengan perempuan ,isteri dan jalang.....dari persepsi lelaki dan permpuan.
(untuk sape2 yang tak de benda yang nak fikir)


Ok sekarang nak sambung lagi perasaan dan persoalan yang tersembunyi dalam diri saya ni. Saya sambung sikit lagi.

Saya rasa lelaki cepat berubah bila dia ada i)duit ii) status iii) rupa iv)Bini*****

Kadang2 saya sangka lelaki kaum yang berani tetapi rupa2nya banyak perkara yang mereka takut..mereka takut Tua. Mereka takut Sunyi. Mereka takut takde duit dan tak kurang penting mereka takut mereka bukan lagi 'orang penting' di tempat kerja mahupun di dalam keluarga.

Banyak orang perempuan anggap lelaki yang suka main kayu tiga miang ,tak bertanggung jawab dll.Saya pula anggap hati mereka rapuh.Kenapa kebanyakan suami walau kononnya ada calon lain masih mahu menyimpan isteri pertama mereka? Kata orang sifat lelaki kononnya tak suka kalau milik nya di ambil orang lain ,betulkah? Atau mereka rasa tercabar kerana diri mereka tidak lagi jadi fakta 'orang penting'.

Siapa lagi selain pekerja mereka yang sangguh di arah kalau bukan isteri mereka.

Kata arwah ibu di zamannya perceraian amat mudah...semudah menyalin pakaian. Jadi tak terkejut kalau ada orang laki-laki dulu boleh kahwin berbelas-belas kali.Sekarang kerajaan telah menguatkan beberapa syarat sebelum perceraian supaya nasib wanita Islam dan waris2 nya terbela...tak jadi macam kain buruk atau pengelap kaki.

Beristeri muda hanya menaikkan satu status sahaja pada orang laki-laki iaitu mereka ada DUIT.Kalau mereka fikir mahu menunjukkan kegagahan,mereka seratus peratus silap besar.Kalau zaman dahulu isteri yang memang masih muda berkahwin lelaki tua akan merana bathin tetapi rasanya pada zaman serba moden dan berilmu ini sudah ada berbagai pilihan .

Dan saya tak fikir hati lelaki yang mempunyai isteri muda akan tenang seratus peratus -jika ada duit sure pasang spy.Tapi kalau a bit sengkek terpaksalah mengekori isteri ke hulu ke hilir kerana takut di goda jejaka yang lebih ,muda ,tampan dan kaya dari mereka.Dan bila malam pula apa cerita?Isteri cerita huruf G suami kena cari mr V.

Itulah keistimewaannya isteri lama, kalau nak kemana-manapun tiada yang melarang, di tinggalkan berminggu-minggu pun hati tetap tenang dan aman.Tak pandai demand atau mengugut kalau tak di beri. Cukup dengan pemberian seadanya.Hatinya selalu mendoakan suaminya selamat .Sayangnya mungkin tak dipamerkan depan orang ramai tetapi di rumah suami dilayan macam pemerintah.

(I think i already bored myself to death with this entry.)


DELETE*******this statement.
Potong cerita,
Lelaki ,suami dan jalang....
Lelaki perlukan perempuan untuk di jadikan isteri, dan memerlukan isteri untuk menjalang ...so kalau seorang perempuan tak sanggup jadi jalangnya ,jangan jadi isteri dan kalau tak sanggup jadi isteri jangan jadi perempuan...So nak jadi ape?

Saya tiba-tiba terfikir lagi bila pasangan suami isteri (yang sudah berkahwin selama berbelas2 tahun )bergaduh..apa yang mereka fikirkan...

perempuan selalu fikirkan jangka masa 17 tahun bersama.
lelaki pula berfikir jangka masa 17 tahun terbuang....

AM I RIGHT?RiGHT ? NO?











Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH