DIAM LEBIH BAGUS

Dulu Arwah ibu pesan kalau ada orang terutamanya yang amat rapat dengan kita contohnya suami ke, anak ke , abang ke ,saudara ke dan seterusnya bagi kita hadiah.Ucap saja terima kasih dan jangan bersungut kalau tak berkenan di hati....nanti lain kali orang tu akan serik nak beri lagi.

Dari saat tu saya yang pada mulanya suka pakaian yang bewarna kelabu ,terima saja pemberian suami yang suka warna merah garang! Hikmahnya, saya baru perasan yang kulit saya (ala-ala kulit peranakan India) bila di padankan dengan kain bewarna merah, tersangatlah sesuai!Sedikit demi sedikit minat saya bertukar dari warna kelabu ke warna terang.


Pengajarannya: Jangan terus menolak sesuatu yang kita tidak suka, mungkin ia lebih bagus dari apa yang kita suka.

Kebiasaannya seorang ibu memberi nasihat kepada anak lebih mudah daripada seorang anak hendak menasihati si ibu.

Contohnya,
a)Anak bawa balik barang makanan atas alasan untuk menjamu orang ramai , tiba2 dia kata nak buat apa beli banyak2 !

b)Bila ternampak je botol cincalok ,dia dah tanya siapa yang nak makan cincalok ,sebab dia tak makan jangan ingat orang lain tak makan juga.

c)Bila belacan habis dia sibuk suruh beli, bila dah beli dua ketul dia sibuk suruh ambil dan bawa balik seketul...bila orang kata tak payah sebab boleh beli lain ,dia kata nak bagi orang lain. Belacan tu bukan nya nak rosak kalau di simpan dalam peti ais.Daging yang tinggal besar telapak tangan pun dia nak suruh kami bawa balik ..bila orang masak dia bedal sampai kenyang.

Bila buat kuih banyak pun katanya tak ada orang datang ....kalau dia tak ucap terima kasih pun saya tak kisah cuma tak boleh tahan lah dengan feel cerewetnya. Awal2 lagi saya dah cakap ,mana yang tak mahu saya bawa pulang ,habis cerita ,tak payah bebel2.

Masa nak pulang saya jadi jahat(sebenarnya tak berapa sihat) ....saya masukkan semua barang yang di beli suami ke dalam beg plastik. Dia cuba nak pilih2 barang yang dia mahu tapi saya tak bagi chance .Bila saya nak ambil saki baki biskut raya untuk bekalkan pada anak2 ,sempat pula dia tahan satu bekas tu kononnya sedap.

Lepas ni ,harap2 dia pahamlah .

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH